Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, July 22, 2011

Lekat-lekat Lagi [1]

Dulu-dulu, tetapi tidaklah lama.
Cumanya, gambarnya sahaja yang lama dalam hp ni.

Lekat di sini buat kenangan :)

Berprogram sana-sini.
Baru sedar suka bersosial sana-sini.
Jumpa kenalan baru, rapatkan ukhwah yang telah terjalin sekian lama.

Program pertama :
Semasa cuti panjang, alhamdulillah dapat meluangkan masa bersama-sama adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke alam matrikulasi.

Alhamdulillah bukan sahaja dapat berkenalan dengan adik-adik semua.
Juga berkenalan dengan AJKO-AJKO yang mantap.
Bergerak tanpa kenal erti penat.


KMM 217, 218 memberi amanah padaku untuk terus bergerak.
Walaupun tugasan pada masa itu telah berlapis-lapis, Ingat kek lapis sarawak yang tidak sempat ku bawa bersama. InsyaAllah lain kali ya.

Terfikir,
Mengapa hari ini aku tidak mampu bergerak sepertimana aku bergerak di sana?

Laju, sehingga kaki sakit-sakit, namun terus berjalan.
Laju, sehingga kaki sudah pada tahap kritikal.
Laju, walaupun kadangkala sesak nafas.
Laju, walaupun tahu diri sudah tidak mampu.

Terfikir,
Mengapa di sana aku mampu tidur cuma sejam, 2 jam?

Kerana,
Semangat itu melebihi gerak geri tubuhku.
Tenang dengan apa jua tugasan yang diberikan.

Kerana,
Mungkin sahaja niat itu aku perbaharui selalu.


Sila muhasabah diri.
Kembalikan semangatku seperti aku di sana.

Program 2 :
Di sarawak, sebelum meninggalkan bandar kuching.
Sebelum bergerak ke Sibu.

Lihat,
Betapa bertuahnya diri ini.
Miliki segala, hidup dengan serba lengkap.

Namun,
Lengkapkah ia tanpa iman dan ihsan?
Lengkapkah tanpa memikirkan insan lain?

Menatap wajah insan ini, membuat hati tersentuh.
Betapa mereka dambakan hidup bahagia, berkeluarga.
Namun, inilah kisah perjalanan hidup mereka, yang perlu mereka tempuh seadanya.


Lihat,
Betapa beruntungnya diri ini.
Mampu peroleh apa jua yang dipinta.

Senyum, tawa mereka hanyalah luaran.
Dalaman mereka, siapa tahu, siapa mahu ambil tahu.

Kita resah, gundah gulana dengan nasib yang menimpa diri, bertimpa-timpa kononnya. Namun, itu tidaklah sebesar mana kerana semuanya sesuai dengan kemampuan kita. Kita mampu, tetapi kadangkala rasa tidak mampu, pada akhirnya kita lupa yang telah pun kita lalui semua ujian itu. Kita mampu!

Adik-adik yang disayangi,
Kalian beruntung!
Hebat!

Semoga kelak menjadi hambaNya yang berguna untuk agama ini.
InsyaAllah.

Sila muhasabah diri.

Mahu jadi yang beruntung?
Atau menjadi yang rugi?

Kata kunci, sila muhasabah diri.
Wallahua'lam.

22/7/2011 Jika mahu berprogram, sila jemput ya :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates