Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, May 29, 2010

CC 014 : Siapa Aku

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ini telah dikejutkan dengan beberapa perkara yang boleh dikata mengejutkan. Pada masa itu, hanya Allah yang tahu segala yang tersirat dan tersurat. Aturan Allah itu Maha Adil buat sekalian hambaNya. Semenjak dua menjak ini juga membuat diri ini termenung, siapa aku?

Aku manusia ciptaan Tuhan,
Sempurna penciptaan bergelar insan,
Diselimuti kelemahan dan kekurangan,

Aku bernafas dalam jiwa hamba,
Tetapi kekadang ku terlupa,
Siapa hamba, siapa pencipta,

Aku melangkah mencari redha,
Dalam kelesuan menunggu hujan reda,
Mencari sebuah sinar bahagia,
Disisi Tuhan tercinta,

Aku melangkah mencari redha,
Redha siapa?
Redha Yang SATU..
Hidup bermatlamatkan SATU,
Kerana kembalinya ke sana,
menghadap Yang SATU.


Siapa aku berbanding mereka, kerdil punya banyak kelemahan. Wahai diri, manusia itu semuanya sama disisi Tuhannya. Taqwa itu kayu pengukur imanmu, nilaian bagi darjat disisi Tuhanmu. Sedarlah wahai diri.
"Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal". [Surah al-Hujurat :13]
Ingin aku bangkit tetapi sering kali tersungkur. InsyaAllah dengan kekuatan kurniaanMu aku bangun sekali lagi, lebih cermat dan berhati-hati memperbaiki diri walaupun aku tahu aku boleh jatuh lagi.

Apa ada padaku? Aku ada Allah, peneman hidup suka dukaku. Membuat aku tersenyum kerana Dia sediakan semua ini buatku dan tanpa aku sedari Dia mencukupkan keperluanku. Adakah aku masih tidak bersyukur?

Waallahu'alam.

29/5/2010 'Aku' diatas merujuk kepada kita semua. Hamba yang bersifat turun naik imannya.

Moga diberi petunjuk agar hilang segala kekeliruan. Muhasabah diri mampu membentuk peribadi yang utuh. InsyaAllah.

2 Buah fikiran:

sinar_islami said...

Kita hamba-Nya yang sering lupa..
Moga Allah ampunkan dosa2 kita..
Moga Allah trs memelihara kita..

Amal Athirah Zarzilah said...

Ya..hamba yang sering lupa, lalai dan leka..InsyaAllah moga diberi keampunan :) Syukran'alaik ya ukht..bila agaknya akk balik malaysia?

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates