Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 3, 2010

CC 001 : Pesanan

Assalamualaikum,

Lama laman ini terbiar tanpa penghuni. Pengunjung datang sekali sekala menyebabkan laman ini berhabuk sedikit :) Hari ini laman ini akan dihiasi dengan panorama indah alam tetapi malangnya belum upload lagi gambar-gambar itu.

Alhamdulillah 3 hari percutian bersama keluarga menggamit banyak kenangan kami bersama. Biarpun berempat, tetapi kemeriahan tetap dirasakan. Kali ini destinasi kami adalah Terengganu Darul Iman, tempat percutian yang amat menarik.

Aku biarkan entry ini tidak bergambar kerana selepas ini kita akan lihat gambar-gambar pesona alam yang indah tiada tandingan dengan kekuasaanNya merangkumi segala.

Dalam cuti-cuti --- CC ni, adik-adikku di Sarawak sana sedang bertungkus lumus bermujahadah untuk End of Year Examination (EOY) yang merangkumi semua yang telah dipelajari dalam 1 tahun ini.
"Adik-adik, bermujahadahlah dengan bersungguh hati. Betulkan niat adik-adik ye. InsyaAllah akak akan doakan adik-adik dari jauh." Pesan seorang kakak yang suka menyakat.

"Adik-adik, jangan nakal-nakal. Study baik-baik biar sampai nak muntah-muntah, jangan lupa stabilkan tahap iman, jangan lemah-lemah." Pesan seorang kakak yang nakal.


Ini pesanan buat adik-adikku, disebabkan balik awal, tidak sempat ke usrah untuk berjumpa adik-adik.
"Jangan nakal-nakal, kalau nakal juga, balik ke Sarawak nanti akak 'ketuk'." Pesan seorang kakak yang garang. [Garang ke...?]
Jika adik-adik rasa lemah, di sini Kak Amal ada penawar lemah iman, bukan lemah badan. Jika lemah badan penawarnya samada tidur sebentar, atau boleh ambil supplement, atau pergi ke bilik teman-teman untuk dapatkan semangat dan seangkatan dengannya.

Penawar lemah iman --- manusia itu lemah, lebih-lebih lagi di saat kesedihan, kedukaan di kala musibah datang melanda. Jangan khuatir, kerana itu semua telah tercatat sejak azali lagi.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (al-Baqarah: ayat 153)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” ( al-Baqarah: 45)

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” ( al-Imran:139)
-- Menerima setiap keputusan denga penuh kepasrahan.

Dia tahu lebih daripada apa yang kita tahu. Mahu pertikaikan? Pertikaian itu tidak membawa sebarang perubahan. Hanya mengundang kemurkaan disebabkan kufur dengan nikmat Tuhan.



-- Sentiasa bersyukur dan sabar harungi segala onak duri kehidupan.

Ya! Hidup ini penuh duri. Untuk melalui jalan-jalan berduri ini, kesabaran perlulah tinggi, kena tahan sakit sedikit. Perlulah juga kita bersyukur kerana diberi kudrat untuk terus berjalan melalui jalan-jalan itu. Semua dengan izinNya, Yang Maha Berkuasa.

-- Beramal dengan penuh redha dan yakin.

Yakin pada siapa? Yakin pada Pencipta bahawa kisah hidup kita telah ada dalam pengetahuanNya. Kenapa perlu berasa lemah? Kerana kita menusia, tetapi perli ingat berlemah-lemah itu hanya sia-sia, tiada guna.

-- Penyerahan hanya padaNya.

Tidak menyerah dengan tipu daya musuh kita. Musuh sentiasa mengambil kesempatan untuk memesongkan matlamat asal kita keranaNya. Musuh sentiasa mengambil peluang untuk bertindak, di kala mangsanya lemah. Bersedia!

-- Kembalikan segalanya pada Pencipta.

Jika berjaya sekalipun, kejayaan itu perlu di kembalikan kepada Pencipta yang menganugerahkannya pada kita. Itu hanya pinjaman. Ya! Kejayaan juga merupakan punca lemah iman. Berhati-hati kerana di kala kita rasa gembira, musuh kita akan cuba dekati mangsanya.

-- Berpegang teguh dengan Islam.

Islam itu sejahtera. Siapa berpegang teguh dengan agama Allah ini, maka sejahteralah mereka. Di beri kesejahteraan, kenapa masih tercari-cari sumber ketenangan dan kebahagiaan. Islam itu cara hidup, bukan hiasan di masjid-masjid atau tag bagi alim ulama' sahaja. Islam milik semua!

Waallahu'alam.

3/5/2010 Percutian kita bermula. Buku makin jauh nampak. Buku, meh sini dekat-dekat...

:)

Buat teman-teman yang masih bertungkus lumus tu, study molek-molek deh..sik maok malas-malas [Amal suka mencampuradukkan bahasa..apa nak jadi..suka3!]

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates