Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, April 27, 2010

Ba

Assalamualaikum,

Ba ---- Bacalah!
Ba ---- Bangunlah!

Bacalah dan bangunlah dengan nama Tuhanmu yang Maha Menjadikan.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Muhammad S.A.W, Rasulullah, Kekasih Allah. Alhamdulillah di panjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk melakar kata di blog yang tidak seberapa ini.

Untuk kita membangunkan diri, perlulah terlebih dahulu kita bersedia untuk bangun, mahu bangun dan tahu bagaimana hendak bangun.

Di sini ada beberapa tips daripada usrah harian kami di Kolej Perubatan Lot 77, semoga ini menjadi panduan untuk kita bangun. Membaiki kekurangan diri, walaupun untuk untuk menjadi insan yang sempurna bagi semua aspek itu amat sukar tetapi tidak salah untuk kita bangun.

:)

Aku perlu bangun, kita mesti bangun kerana kita bukan dijadikan untuk terus duduk dan berlemah-lemah kerana kudrat yang Allah kurniakan untuk manusia ini bukan untuk dipersia-siakan. Aku juga lemah, mudah letih, dan tidak akan mengalah untuk melawan itu.

Kita perlu bergerak seiring dengan kemodenan tetapi itu tidak bermaksud kita perlu mengikut arus kemodenan yang kadangkala membuatkan kita lebih cinta pada dunia yang dipenuhi dengan perkara-perkara indah tipuan maya.

Kita perlu bergerak seiring dengan kemodenan semasa dan kita ada agama sebagai panduan arah hidup kita. Ingat, kita ada agama. Agama bukan panduan di kala kesusahan, agama panduan dalam setiap helaan nafas kita.



Kita mesti segera bangun dari lena, jangan biarkan ia berpanjangan. Jika tertidur, maka bangunlah. BANGUN!

Ada 5 aspek penting dalam pembangunan diri:

1. Yakin pada Allah -- yakin itu bukan sekadar percaya :)
2. Perlu mempunyai disiplin diri yang mantap -- itu usaha hambaNya
3. Ada motivasi dan inisitif diri -- tekad dan azam takluki diri
4. Tingkatkan kemahiran -- perlu belajar untuk tahu
5. Sentiasa muhasabah diri -- kita insan lemah, perbetulkan nawaitu kita

Sekarang sudah ada gudeline untuk bangun, adakah kita bersedia dan mahu bangun? Tepuk dada, tanya iman :) Selamat bermujahadah memperbaiki diri.

27/2/2010 Setiap detik itu membawa ke penghujung jalan. Setiap detik itu juga penentu kejayaan dan kemenangan. Teruskan usaha jadi hamba terbaik!

Semoga berjaya buat adik-adik year 1 dan pelajar tahun akhir!

:)

Monday, April 26, 2010

Pesanan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari demi hari dilalui :) semakin hampir dengan hari itu. Nak jumpa mama, abang-abang, saudara-mara, guru-guru dan sahabat handai. Semalam, umurku genap 21 tahun. Semakin tua diri, semakin dekat aku pada ajalku. Semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, perlu dilaksanakan sebelum bertemu Dia.

Terima kasih buat teman-teman dengan pesanan mereka yang sangat berguna. Antaranya, peningkatan amalan seiring dengan peningkatan ilmu dan usia. Aku amat hargai setiap pesanan itu untukku mengatur langkah, akui kelemahan, tingkatkan amalan. InsyaAllah.

Terima kasih semua atas pesanan yang tiada nilainya untuk dibalas. Semoga Allah membalas jasa kalian diatas pesanan untuk hamba yang seringkali lupa ini.

InsyaAllah, entry bersambung malam ini dengan 'PEMBANGUNAN DIRI'. InsyaAllah, semoga Allah buka jalan ini untukku menulis lagi.

:)

26/4/2010 Terima kasih semua. Semoga persahabatan terus berkekalan sehingga ke hembusan nafas terakhir, insyaAllah :)

Thursday, April 22, 2010

Berterima Kasih

Assalamualaikum,

Esok paper akhir bagiku sebagai pelajar tahun 2. Minggu hadapannya akan ada oral presentation dan poster presentation bagi research kami. Selepas itu akan bertemu mama tercinta yang sedang menunggu kepulangan anaknya di seberang Laut China Selatan [tidak jauh]

Buat guru-guru, nantikan kedatangan anak muridmu ini. Rindu kalian semua. Tanpa kalian sebagai penyampai ilmu Tuhan, tidak mungkin aku akan berada di sini hari ini. Ya murabbi, kalian makhluk ciptaan Tuhan yang terpilih bagi berbakti di jalanNya mendidik jiwa-jiwa muda yang dahagakan ilmu Tuhanmu.

Berterima kasihlah selalu..

Jika diizinkan ingin sekali ku kirimkan NOTA CINTA buat AR-RAHMAN. Ingin sekali.

Ar-Rahman,
Engkau anugerahkan langit tidak bertiang,
Buat si pemikir memikirkan 'di mana tiangnya',
Langit diselaputi awan nan putih,
Bagi yang beriman, kemenangan diraih.

Ar-Rahman,
Engkau anugerahkan tanah hijau nan subur,
Menutupi liang bumi,
Tumbuhnya makhluk menghijau,
Buat si pengembara menghargai nilai kurnia,
Hidupan di setiap bucu alam,
Buat si musafir syukuri dunia as-salam,
Bagi meniti laluan ke alam yang SATU.

Melihat sekeliling, alam ini banyak mengajarkan diri untuk hidup berTuhan. Bertuahnya mereka yang hidup berTuhan, setiap langkah itu terarah, setiap hela nafas itu datangnya daripada jiwa hamba.

Cuma manusia seringkali lupa setiap nikmat kurniaanNya. Manusia sememangnya mudah lupa. Dilihatnya benda yang jauh tanpa dilihatnya benda yang berada dihadapan mata. [cuba pembaca letak buku lima depan-depan mata, nampak tak? Jauhkan perlahan-lahan, ya! objek kian jelas]

Buka mata, hayati setiap ciptaanNya. Ya! Hidayah Allah dapat mengatasi segalanya. Mahu atau tidak? Mari bersama memperbaiki setiap kelemahan, sedikit-sedikit kerana perubahan yang tergesa-gesa itu kurang kesannya. Berterima kasihlah selalu :)

Waallahu'alam.

22/7/2010 semalam bercerita dengan seorang kawan. Nampaknya ramai yang tidak sabar hendak kahwin :) cuma tunggu kewangan stabil ya. Rancanglah selagi mana tidak menafikan kuasa Tuhan kita. Dia sebaik-baik Perancang, tiada rancangan sebaik rancanganNya.

Ya Allah, jika aku leka, peringatkan insan lemah ini. Aku ada tugas penting sebelum aku pulang bertemuMu ya Rabb.

Adakah perkataanku terlalu tegas bagi dia. Semoga kita terus belajar ilmu Tuhan.

:)

Wednesday, April 21, 2010

Perubatan di UNIMAS (Part 1)

Assalamualaikum,

UNIMAS atau nama penuhnya Universiti Malaysia Sarawak yang sudah pastinya terletak di Sarawak. UNIMAS pada masa ini mempunyai dua cawangan utama iaitu di Kota Samarahan (Kampun induk) dan Kuching (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)

Kenapa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan berasingan?

Ini kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan Hospital Umum Sarawak. Ini memudahkan sesi praktikal dan klinikal pelajar perubatan dan kejururawatan. Lebih-lebih lagi ketika berada dalam tahun ke-4 dan tahun akhir.

Perubatan di UNIMAS guna sistem apa?

Perubatan di UNIMAS menggunakan block system. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah block system ini. Di sini, sistem semester tidak digunakan di fakulti ini tetapi diamalkan di fakulti-fakulti lain. Oleh yang demikian, pelajar perubatan UNIMAS tidak ada cuti semester, tetapi boleh balik semasa cuti perayaan.

Pada masa ini, berebut-rebutlah kami untuk pulang ke kampung halaman :) Cari tiket murah, tengok promosi tiket penerbangan di sana sini. Itulah kerja kami.

Ramai saudara-mara yang pelik mengapa kami tiada cuti. Cuti selalunya tidak sama dengan universiti lain. Inilah hakikat kami di sini. Tidak cuti, kecuali cuti perayaan dan cuti selepas peperiksaan akhir tahun, perantaraan memasuki sesi pembelajaran yang baru.


Bagaimana block system ini dilaksanakan?


Ini mungkin akan mengelirukan sesiapa sahaja :) Nak mulaka daripada mana ya..Di sini, kos perubatan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pre-klinikal (tahun 1 dan 2) dan fasa klinikal (tahun 3, 4 dan 5) Ya! Perubatan di UNIMAS mengambil masa 5 tahun.

Pre-klinikal (Tahun 1)
- Foundation Block
- Man in Environment Block
- Immunology and Hematology Block
- Musculoskeletal Block
- Endocrinology Block

Pre-Klinikal (Tahun 2)
- Central Nervous System Block
- Gastrointestinal and Hepatobiliary Block
- Cardiovascular and Respiratory Block
- Renal and Reproductive Block

Inilah pelajaran sepanjang dua tahun di sini. Dalam setiap block ini akan merangkumi anatomy (struktur organ, saluran darah, saraf), physiology (fungsi organ, mekanisme), pathology (penyakit-penyakit berkaitan dengan sistem badan, pathogenesis, macroscopic, microscopic), microbiology, pharmocology (ubatan-ubatan berkaitan), parasitology, biochemistry dan radiology (x-ray dan sebagainya)

Nampak banyak kan? Memang banyak :) Tidak dapat dinafikan. Apa yang penting? Kekuatan rohani dan jasmani. Pada tahun seterusnya, tahun 3, 4 dan 5 akan lebih kepada klinikal. Hospital menjadi tempat tujuan kedua. Pesakit menjadi teman seharian :)

Mulai tahun 3, pelajarnya akan diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut posting yang telah ditetapkan.

Posting untuk tahun 3
- Medicine
- Paediatric
- Obstetrics and Gynaecology
- Surgery

Posting untuk tahun 4 dan 5
Kurang pasti kerana belum sampai tahap ini tetapi InsyaAllah akan ada posting psychiatric, ophthalmology, forensic, community dan sebagainya. Banyak lagi perlu dilalui, perjalanan masih jauh lagi. Perlu kuat dan kuat lagi. Perlu dekat dan dekat lagi dengan Dia, kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bagaimana peperiksaan dalam bidang ini?

Jika dikira daripada awal kemasukan hingga tahun akhir nanti, mahu lebih 50 peperiksaan yang perlu ditempuhi termasuk kuiz, peperiksaan End Of Block (EOB), 1st Professional Exam, Peperiksaan End Of Posting (EOP) dan Final Professional Exam.

Hakikat sebenar belajar dalam bidang ini di UNIMAS memang sukar hendak digambarkan. Buat pengetahuan semua, perubatan di UNIMAS, tiada re-sit paper. Apa yang ada? REPEAT. Ini yang paling menggerunkan, menyeramkan. Kerana repeat mengambil masa satu tahun. Tahun pembelajaran akan menjadi lebih lama.

Tetapi apa yang penting? Kita perlu dekat, dekat dengan Yang Maha Menjadikan. Usaha, doa dan tawakal, itu menjadikan senjata kami di sini menghadapi setiap perang yang telah dirancang.

Seperti yang pernah diungkapkan sebelum ini, tahun itu bukan kayu ukur kepada nilai ilmu itu sendiri. Ya, mungkin senang diungkap tetapi berat lagi bahu yang memikul. Kalian insan terpilih, gunakan kelebihan itu untuk agamamu yang kian ketandusan golongan berilmu dengan ilmu Tuhan. Rezeki manusia itu telah tertulis sejak azali lagi.

Sebagai tambahan, EOB adalah peperiksaan setiap kali akhir sesuatu block itu. Setiap block mengambil masa kira-kira 7-8 minggun untuk dihabiskan. Professional Exam pula tiada jam kredit diperuntukkan tetapi perlu LULUS untuk melayakkan diri ke tahun ke-3. Ia merangkumi pelajaran selama 2 tahun (tahun 1 dan 2)

Kisah ini mungkin agak mengerikan. Ya kah? :) Tiada yang mudah bagi mencapai sesuatu kesenangan, kemenangan dengan redhaNya.

Bagi adik-adik atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui apa sahaj mengenai perubatan di UNIMAS boleh ajukan soalan. InsyaAllah, akan sedia untuk menjawab.

Dengar cerita, UNIMAS akan ada matrikulasinya sendiri. Mari meramaikan Matrikulasi UNIMAS (Asasi UNIMAS mungkin..)

21/4/2010 Menghitung hari untuk pulang. 8 hari lagi :)

Plan..Perancangan harus dibuat supaya masa tidak berlalu begitu sahaja. Plan sekarang!

Pemilik blog ini baru hendak memasuki tahun ke-3. Pertanyaan mengenai tahun ke-4 dan 5 mungkin akan diajukan pada senior lain.

Suka gambar di atas ini. Awan disebalik pokok dan cahaya mentari disebalik awan. Indah kan. subhanallah. Rahsia disebalik kerahsiaan :) suka3!

Tuesday, April 20, 2010

Tadabbur Alam (Part 2)

Assalamualaikum,

Kali ini, kali kedua ku mentadabburi alam disini, Taman Rekreasi Ranchan, Sarawak. Nikmatilah keindahan alam ini, subhanallah. Indahnya menarik setiap mata yang memandang :)






Watak utama dalam gambar-gambar ini adalah Cik Safra dan Cik Amalina, ku memegang watak minor sahaja. Tak penting kan. Air mengalir tanpa henti menjalani kehidupan ini walaupun terpaksa melalui batu-batu yang besar. Haluan arus bertukar-tukar setiap masa tetapi masih mengalir menuju destinasi yang sama.

Aku terfikir..

Begitu juga manusia. Kehidupannya sentiasa berjalan walaupun kita berhenti melangkah seketika dan meneruskannya semula. Halangan yang perlu ditempuhi juga bermacam-macam sehingga kadangkala mengugat iman kita ibarat haluan arus air yang berubah-ubah itu. Turun naiknya iman kita.

Tetapi hidup ini perlu ada matlamat. Bermatlamatkan SATU, bersedia menuju jalan bertemu dengan Penciptan alam yang indah ini.

Jangan biarkan fikiran ditakluki dunia yang memperdayakan. Biarlah diri dan fikiran ini ditakluki alam akhirat yang menjanjikan ketenangan yang abadi. Berfikirlah dalam penghayatan, teruskan berfikir untuk memahami rahsia penciptaan makhluk Tuhan.

Waallahu'alam.

20/4/2010 Makin giat menulis ketika ini. Semoga bermanfaat terutama buat diri ini.

Bebaskan jiwa dari perasaan itu biarpun dengan tangisan. Biar tenang bercinta dengan Pencipta dan kekasih Dia. Cintai alam kita :)

Sunday, April 18, 2010

Tadabbur Alam (Part 1)

Assalamualaikum,

Lokasi kali ini adalah di Ranchan Recreational Park. Tempatnya, subhanallah sudah lama ku tidak mentadabburi alam ini. Alam ciptaan Yang Maha Menjadikan.






Mari mentadabbur alam ciptaan Tuhan. Esok insyaAllah akan ke sana lagi. Tadabbur kali kedua, kali pertama tidak puas rasanya. Indah bumi ciptaan Tuhan, tiada tandingan, tiada apa yang setanding dengannya.

Melihat dengan mata hati. Ketenangan itu akan dapat kita rasai. InsyaAllah.
Melihat dengan bebola mata. Hanya melihat tanpa mentafsir..

Subhanallah walhamdulillah.

Mari datang Sarawak. Cuti-cuti Malaysia, eksplorasi minda, mewujudkan rasa. Rasa cinta akan Tuhan yang menjadikan kehijauan alam, kebiruan langit tinggi :)

Baru-baru ini juga ada Majlis Penutupan Program Keluarga Angkat. Ini gambarnya, banyak kenangan. Akan diingat sampai bila-bila. Keluarga ini banyak mengajar aku.


19/4/2010 Mengenali manusia itu bukan mudah. Apabila sudah kenal, susah betul hendak menghargai. Dia mengingatkan aku, hargailah sesiapa sahaja, gembirakanlah semua manusia walaupun kita sedih sekalipun.

Berbeza

Assalamualaikum,

Hidup manusia itu berbeza-beza, tiada yang sama kerana itu tentunya aturan Yang Maha Kuasa atas segala yang ada antara langit dan bumi. Lebih jelas lagi dengan berbezanya rupa paras manusia itu sendiri, kesempurnaan itu hanya ada padaNya.

Kegemaran kita juga berbeza antara satu sama lain. Mungkin kadangkala ada samanya. Kebetulan sama, mungkin juga citarasa kita itu ada sedikit perbezaannya antara satu sama lain.



Contohnya ABC,
Ada yang suka ABC special dengan ais krim
Ada yang suka ABC tetapi tidak sukakan kacangnya
Ada yang suka ABC dengan extra aisnya

Berbeza-beza..

Pandangan manusia itu juga berbeza. Sesetengahnya berbeza antara satu sama lain. Apabila melihat sehelai kertas dengan dot hitam ditengahnya. Apakah yang akan kita lihat? Ada yang melihat lebih kepada dot hitam itu dan ada juga yang melihat pada keluasan kawasan yang putih yang ada.

Sudut pemikiran juga berbeza. Banyaknya perbezaan ya. Dan hari ini aku sedar, kita berbeza. Biarpun berbeza, biarlah matlamat kita sama. Bermatlamatkan SATU, demi agama yang kita cintai.

Waallahu'alam.

18/4/2010 Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-21 buat Nurul Atiqah Baharuddin! Semoga berjaya dunia dan akhirat. Bila cuti bah?

Kita berbeza. Tidak akan mungkin sama seperti dulu. Aku bukan sebahagian hidup kamu.

ABC juga banyak maksudnya dari perspektif yang berbeza-beza.
Allah Bagi Chance. Maka banyakkanlah amal kita.
Amal Budak C.... Maka terimalah seadanya :D

Esok kembali mentadabur alam..Suka3
:)

Saturday, April 17, 2010

Belajar Lagi

Assalamualaikum,

Aku belajar lagi,
Akan kuasa tawakkal yang indah,
Ketenangan yang dirasai tiada tandingan,
Buat hamba yang memikirkan qada' qadar Tuhan,

Aku belajar lagi,
Sifat harus Dia menakluk dunia,
KepadaNya tempat berserah segala,
Walaupun usaha melangit tinggi,
Kudrah dan iradah Tuhanku dapat atasi segala,
Ketidakberlangsungan itu datang dari Dia,
Tundukku atas kelemahan diri,

Aku belajar lagi,
Belajar menerima aturan Ilahi,
Aturan sejak azali lagi..



Hari ini, dapat belajar perkara yang amat bermakna. Walaupun kita telah laksanakan tugas kita sebaik mungkin [mungkin tidak sebaik mana..] tetapi jika Allah tidak membenarkan ia terjadi dengan kudrat dan iradatNya, maka terimalah seadanya. Kerana itu terbaik bagi kita.

Biarlah perit lelah itu mengajar kita. Mengajar kita mensyukuri nikmat kudrat kurniaan Tuhan. InsyaAllah, aku ingin belajar lagi dan belajar lagi.

Mengapa manusia itu lemah sifatnya?
Kerana manusia ciptaan Tuhan ini bersaudara.
[Renungan bersama]

17/4/2010 Kurang sihat akhir-akhir ni..Kenapa? Kerana itu termasuk dalam aturan Tuhanku untukku, kerana itu terbaik bagiku.

Tak boleh banyak cakap..tak boleh senyum :)
[apa kes? Aphthous ulcer.. + ketidakselesaan hidung]

Apa boleh buat?
:) try harder

Tuesday, April 13, 2010

Antara 2

Assalamualaikum,

Sedar atau tidak kita, kita berada di mana kita berada sekarang. Bagaimana boleh jadi sedemikian rupa? Kekuasaan Allah itu menandingi segalanya, antara langit dan bumi. Ya! Hidup kita antara 2, sedar atau tidak, itulah hakikat hidup. Pilihan kepada yang satu itu terletak pada sejauh mana keimanan kita.



Antara 2? Pilihan hanya ada 2, tidak pernah lebih walaupun dalam peperiksaan ada A, B, C, D, E tetapi akhirnya, hanya ada jawapan yang BETUL atau SALAH.

Walaupun di restoran ada pelbagai set makanan,
SET 1 : NASI BRIYANI AYAM + SKY JUICE
SET 2 : NASI KERABU SPECIAL + FRESH ORANGE
SET 3 : NASI AYAM PENYET + PANDAN DELIGHT
SET 4 : LAKSA SARAWAK + TEH C PENG
SET 5 : .....
Tetapi pada hakikatnya, pada akhirnya itu hanya ada MAHU MAKAN atau TIDAK MAHU.

Di pasaraya [The Spring, Boulevard..] :) ada jualan murah..30%..50%..70%..90%
Tetapi pilihan hanya ada 2, NAK BELI atau TIDAK, dan pilihan antara dua itu, hanya SATU yang akan terpilih.

Begitulah hidup ini. Kehidupan kita penuh dengan pilihan.
MAHU JADI BAIK atau sebaliknya.
MAHU BERAMAL dengan kebaikan itu atau sebaliknya.
MAHU TERUS atau berhenti di pertengahan jalan.
MAHU UBAH atau membiarkan diri diubah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaun itu sendiri mengubah nasibnya" [Surah Ar-Ra'd : 11]
Kita ada pilihan, antara dua. Mari bersama kita memuhasabah diri. Masa itu terus berlalu sedangkan kita masih lalai dengan dunia. Peringatan terutama buat penulis blog ini kerana dia juga insan lemah yang punya banyak kelemahan, dan seringkali khilaf dalam perbuatan.



Jalan-jalan kehidupan ini seringkali menjadikan kita keliru. Mana jalan yang harus ku lalui, jalan manakah yang akan menuju ke arah pengakhiran yang baik? Itu juga pilihan, pilihan yang memerlukan tajdid dalam niat kita, perbetulkan niat kita sentiasa.
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya segala amal perbuatan itu tergantung kepada niat, dan sesungguhnya tiap-tiap orang memperoleh sesuatu dengan niatnya. Barangsiapa yg berhijrah di jalan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrah karena ingin memperoleh keduniaan atau untuk mengawini seorang wanita, maka hijrahnya adalah ke arah yg ditujunya tersebut"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam peperangan, pilihan ada 2, MAHU IKUT SERTA DALAM PERANG atau menyembunyikan diri, tidak mahu turut serta.

Dalam peperangan juga, akan ada kumpulan yang MENANG dan pasti ada yang KALAH.
MAHU MENANG atau KALAH?

Perjuangan di zaman ini pula, memerlukan kita bermujahadah dengan hawa nafsu. Yang pastinya, ia memerlukan senjata yang moden juga kerana hawa nafsu juga pandai upgrade sekarang. Bahaya..Cara mengatasinya juga berbeza.

Senjata yang lemah, apabila berhadapan dengan hanya nafsu yang high-resistance akan mengundang bahaya kepada pemilik senjata itu :) Ayat seperti makin bermetafora ni. Lebih baik ku tamatkan kata-kataku di petang hari ini.

Apa-apa sekalipun, ayuh tingkatkan keimanan kita kepada Pencipta. Perbaiki segala lubang-lubang yang ada, tampal dengan taubat dan amalan kebaikan :)

13/4/2010 Dua minggu sebelum pulang..Mama!!! :)

Banyak lagi tugasan yang perlu dilaksanakan. Esok, Serian waterfall wait for us :) Semoga ukhwah lebih erat terjalin. InsyaAllah.

Diana, kamu kena belajar rajin-rajin, jangan nakal-nakal :D

Monday, April 12, 2010

2 Tahun (Part 3)

Assalamualaikum,

2 tahun akan berakhir di sini. Baru sedar ada banyak kenangan ku lakar di setiap kehidupan di UNIMAS, Sarawak ini. Suka dan duka, tawa dan tangisan kadangkala menjadikan kita insan yang lebih berdikari.

Ya! Kisah 2 tahun itu akan berakhir di sini.
:)

Matured PBL 6 : Matured?

2 tahun,
Bukan sebarang tahun,
Bukan tahun pengajianku,
Bukan menunjukkan hebatnya diri,
Bukan saja-saja..
Bukan sia-sia..



Bubur Asyura made in Sarawak [versi kelantan]

2 tahun,
Pilihan kita ada dua,
Kebaikan atau sebaliknya.


Di kebun rambutan Kak Sap [Kak Safrina]

2 tahun,
Memberi pilihan,
Samada mahu terus hanyut,
atau berpijak di bumi nyata,
Itu adalah pilihan..




Text ColorPantai Damai 2009

"Jadilah arus yang mampu mengubah suasana"

12/4/2010 Tamat kisah 2 tahun aku di bumi Sarawak :)

Mula kisah baru yang pastinya lebih mencabar, aku kena sedia!
InsyaAllah semoga dipermudahkan.

:)

Sunday, April 11, 2010

2 Tahun (Part 2)

Assalamualaikum,

2 tahun versi kedua. Kelak ku akan merindui saat ini, di mana lagi dapat merasai suasana seperti ini. 2 tahun mungkin sudah cukup bagiku mengenali Sarawak, cukupkah? Seperti tidak, teruskan belajar!

:)

Setiap minggu ada PBL, kuliah, praktikal.
Setiap minggu ada usrah.
Setiap minggu ada kuliah fiqh. [kadangkala miss kelas]

Setiap minggu..setiap detik itu dilalui dengan penuh debaran.


Menjadi ahli dalam Jawatankuasa Perwakilan Kolej Perubatan ini banyak mengajar diri supaya lebih bertanggungjawab dan mendidik diri supaya ebih bijak dalam pembahagian masa. Ya! diakui kadangkala rebah dek amanah tetapi itu amanah Tuhanku, jikalau rebah, bangkit semula. Dia seringkali memudahkan, walhamdulillah. Kemudahan itu hanya datang daripadaNya.

Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar!

Usrah setiap Jumaat. Kelak ku akan merindui saat ini :)


PBL Group 6 : Congratulations!



Ku kelak akan merindui pemandangan kampung ini :)





Sejenak bersama adik-adik dari Rumah Anak Yatim Laila Taib 2008




Kampung Budaya Sarawak 2010



MCColl at Lundu Resort 2009

Cukup-cukup. Sudah banyak sangat gambar :)

Kesimpulannya..

Walaupun di mana kita berada,
Walaupun di mana kita dicampakkan,
Walaupun sejauh mana sekalipun,

Ingatlah bahawa kita berpijak di bumi milik Tuhan,

Tidak kira samada kita bakal doktor pakar,
bakal consultant engineer ,
bakal guru bertauliah,
bakal ahli politik ternama,

Kita adalah Hamba,
Khalifah bumi.


11/4/2010 Perjuangan tiada titik noktahnya!

Bila aku ingat dia, aku sedih..
Bila aku ingat dia, aku terharu..
Bila aku ingat dia, aku terfikir 'apa yang aku lakukan ni'

Aku berazam, berkorban segalanya demi dia.
Menjadi ummat dia yang terbaik.
Menjadi hamba terbaik bagi Tuhan dia.

Dia Muhammad, pesuruh Allah.
Kekasih Allah.

:)

Thursday, April 8, 2010

2 Tahun (Part 1)


Majlis Khatam Al-Quran 2009


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008



Lundu 2008



Buka Puasa Jamai' Pelajar 1st Year 2008






Lundu 2008


Aidiladha 2008

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, puji-pujian buat Pemilik seluruh alam. Selawat dan salam kepada junjungan yang mulia, Muhammad S.A.W, pesuruh Allah yang teragung lagi terpuji.


Alhamdulillah, professional exam berlalu pergi meninggalkan kenangan buatku. Sesungguhnya kejayaan ini bukan milikku, kejayaan ini milik Yang Maha Esa. Buat semua teman-teman, perjuangan kita masih terlalu panjang dan masih banyak liku-liku yang perlu kita lalui. Semoga terus bertahan dan berjuang!

Pejam celik mata. Ku kini sudah dua tahun di bumi Sarawak ini. Pelbagai perkara ku pelajari demi cinta agama dan Tuhanku. InsyaAllah, semoga niatku sentiasa itu.

Dua tahu
n, mungkin nilainya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan nombor lain.
Tetapi yang sedikit itu banyak mengajarku. Lebih-lebih lagi umurku kian menjangkau 2 dihadapan dan 1 dibelakangnya. Itu juga banyak mengajarkan erti hidup walaupun tidak semua, kerana kini aku masih 'belajar'.

Biarkan kenangan kita bersama disematkan dalam blog ini. Gambar-gambar kenangan kita bersama. Semoga kejayaan itu milik kita semua, yang hakikatnya daripada Allah.


9/4/2010 Upload bahagian pertama dahulu :) akan bersambung kemudian.


Nice donut!! Nyum2..Alhamdulillah, thanks to ukht nurul nadrah. :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates