Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, February 27, 2010

Hari Kekasih

Assalamualaikum,

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Baginda mengimami solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiapkali Baginda berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Setelah selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah Engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah Engkau Sakit ya Rasulullah?" "Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar."

Jawab Rasulullah. "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh Baginda saling bergesekkan? Kami yakin Baginda sedang sakit." Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabat pun berkata, "Ya Rasulullah, adakah bila Baginda menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?"

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kamu semua korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti."




Subhanallah sungguh mulia budi pekerti Rasulullah, Pesuruh ALLAH. Tepat sekali kekasih pilihan ALLAH :) Kekasih ALLAH. Al-Amin. Semua gelaran baginda indah-indah belaka. Sehari berlalu hari kelahiran Kekasih Dia. Semoga cinta kita kepada baginda mampu mengalahkan cinta kita kepada insan-insan lain di bumi ALAH ini.
"Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia"[HR. Bukhari]
Mari kita contohi akhlak insan mulia :)
Waallahu'alam.

27/2/2010
Akhlak baginda tiada tandingan. Jika mahu lelaki seindah akhlak Rasulullah, perbaiki diri, muhasabah diri mencontohi akhlak Siti Khadijah :) Jangan cuma mahukan yang terbaik tanpa melatih diri menjadi yang terbaik terlebih dahulu.

35 days more before professional exam. Adakah patut berhenti menulis buat seketika waktu? Doakan kejayaan kami di sini.

Thursday, February 25, 2010

Gambar Kehidupan

Assalamualaikum,

Susah juga akhir-akhir ini ingin menaip di laman ini. Masa? Manusia itu bermain-main dengan masa yang kadangkala masa itu sendiri yang mempermainkan kita. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Jika tidak percaya, soal diri kita, berapa banyak masa kita ada dalam sehari? Apa yang telah kita buat?


Cuba hayati gambar ini. Nampak biasa-biasa sahaja bukan, tetapi jika dilihat kali kedua mungkin akan buat kita berfikir. Ini GAMBAR KEHIDUPAN penulis blog ini. GAMBAR KEHIDUPAN yang pada hakikatnya hanya objek yang tidak bernyawa kecuali kaktus penulis.

Tetapi sedarkah kita bahawa objek-objek ini diperbuat daripada bahan-bahan asasnya adalah milik ALLAH. Ya! Cuma manusia itu kadangkala melihat daripada sudut luarannya sahaja.


GAMBAR KEHIDUPAN. Kaktus? Berduri, itu adalah kehidupan kita. Kehidupan penuh duri di jalanan, perjalanan kehidupan yang bersulam dengan pahit dan manisnya. ALLAH tidak mencipta alam ini hanya untuk kesenangan dan kemegahan.

Oleh itu kita perlukan air [seperti dalam gambar] sebagai bekalan kita. Apa bekalan kita? Bekalan kita adalah iman yang perlu sentiasa diperbaharui dengan istiqamah dalam pengabdian. Begitu juga air, kita memerlukannya selalu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.

Buku dan kertas? Iman tidak akan lengkap tanpa amal. Untuk beramal, kita perlulah terlebih dahulu mempunyai ilmu. Ilmu bukan datang bergolek.

"Wahai manusia, aku ILMU datang kepadamu. Kamu mahu aku ke tak?"

Untuk memperoleh ilmu, diperlukan juga usaha, ikhtiar dan tawakkal. Jangan lupa berdoa :) Itu senjata mukmin, ALLAH beri senjata, jangan kita lupakan atau jangan juga disalahgunakan. ILMU ITU MILIK ALLAH.

"Wahai manusia, tuntutlah ilmu ALLAH ini hingga ke liang lahad. Carilah sehingga kamu jumpainya dan pelajari dan fahamilah."

Ha..Ada duit syiling? Duit walaupun nilainya sedikit, jangan lupa pula kita hendak mensyukuri nikmat itu. Wang banyak mana sekalipun, tidak ada nilainya jika tidak disertai dengan syukur kepada Pemberinya. Jika IMAN DAN AMAL, maka NIKMAT DAN SYUKUR. [Hipotesis baru dijumpai!]

Akhir sekali, gambar kehidupan bercerita lagi. AL-QURAN dan AS-SUNNAH menjadi peta menjalani onak ranjau kehidupan. Ada peta, insyaAllah tidak sesat tetapi perlu belajar dahulu bagaimana hendak tengok, analisis dan fahami peta itu ya!

Ya! Gambar itu berbicara kepada penulis dan penulis ingin sekali berkongsi dengan semua pembaca. Bukan gambar ini yang berbicara, Dia sedang berbicara. SEMOGA BERMANFAAT!
:)

26/2/2010 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1431H SALAM MAULIDUR RASUL! Semoga Rasulullah menjadi ikutan sepanjang zaman kerana baginda adalah contoh tauladan yang TERBAIK!
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Al-Ahzab, 33:21]
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya

Saturday, February 20, 2010

Sesat

Assalamualaikum,

Kini, ku jejak semula bumi Sarawak ini. Dalam perjalanan pulang penulis blog ini ke Sarawak, persinggahan keduanya selepas rumah, dia terfikir akan sesuatu.
KENAPA APABILA SUDAH SESAT, BARU KITA TERFIKIR UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN?
Pangkal?

Sebelum sesat, kita ada pilihan untuk bertanya. Kita ada peluang berikhtiar dengan pelbagai cara, peta..arah jalan..kompas.

Apabila sudah sesat, sudah pastinya sukar untuk kita mencari jalan pulang tetapi mencari jalan pulang itu tidaklah mustahil. Di sisi ALLAH itu tiada yang mustahil, segalanya boleh terjadi sekiranya itu kehendak-Nya.



Kenapa perlu tunggu sesat baru hendak mencari jalan yang sebenarnya?
Kenapa apabila jalan buntu itu kita jumpai, baru hendak bertanya mana jalan pulang?

Setiap masa kurniaan-Nya itu perlulah kita 'sedar diri'. Di mana kita? Sentiasa perbetulkan jalan yang kita lalui. Hendak perbetulkan itu ada banyak cara antaranya berguru, menghayati isi alam, melalui bahan bacaan dan sebagainya.

Hanya NAK KE TAK NAK?

20/2/2010 Hujung bulan April nanti, akan ku bawa pulang hadiah paling berharga buat mama! InsyaAllah. Ya ALLAH, permudahkanlah dan izinkanlah.

Aku perlu lupakan segalanya sebelum matlamat ini terlaksana. Sempatkah?

:) Selepas Abu Bakar, InsyaAllah ada Umar.
Semoga bermanfaat, gunakan sisa hidup sebaik mungkin :)

Thursday, February 18, 2010

Pagi Hari 0310

Assalamualaikum,



Mari bersama kita hayati,
Pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,
Madah tersirat untuk diselami..




Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa orang sahabatku mengalami musibah. Kecil atau besar, sebetulnya mereka sedang diuji. Ujian kesabaran antara ujian yang paling besar buat manusia, cuma yang membezakan ujian itu adalah tahap keimanan kita dan bagaimana kita berhadapan dengannya.

Buat sahabat-sahabatku yang sakit, kurang sihat, SEMOGA KESABARAN ITU MILIK KALIAN. Barangkali ia penghapus dosa, peningkatan darjat tahap, keimanan atau pengajaran buat manusia seluruhnya. Pengetahuan itu milik ALLAH. Waallahu'alam.




Semasa mencari-cari gambar di pagi hari ini [orang selalu sebut pagi buta..butakah pagi itu?] terjumpa pula gambar ini. KAMEK SAYANG KITAK! KAMEK SAYANG ISLAM!

Sarawak,
Walaupun kini ku di semenanjung,
Namun kau tetap dekat di hati..
[nak balik sarawak dah, semenanjung bakal ku rindui]
:P

18/2/2010 Apakah...Penulisan di pagi hari. 2 hari lagi sebelum berangkat semula ke sana. Perjuangan..perjuangan, kenapa meletihkan? [soalan tidak relevan] Nama pun perjuangan, bukan PERCUTIAN :)

Wednesday, February 17, 2010

Tipu + Daya

Assalamualaikum,

Aku kecewa dengan manusia yang diperdaya dengan dunia,
Aku sedih melihat diri diperhambakan dunia,

Dunia ini kian menutup mata manusia,
Dunia menyediakan kemewahan melimpah ruah
Sehingga manusia lupakan Pencipta,

Pencipta yang menjanjikan kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya,
Kebahagiaan di akhirat SANA
Manusia itu mudah lupa..

Hari ini, sedang penulis blog ini melayari internet, di periksa emelnya. Ada seorang teman lama di jumpai di FB dan ada satu emel daripada adik di matrikulasi. Gembira rasa di hati apabila jalinanpersaudaraan yang jauh itu mampu dikekalkan.

Tetapi penulis blog ini kecewa. Apabila terlihat satu gambar, bukan gambar teman lama itu ataupun gambar adik itu. Gambar seorang lagi teman lama.

Dahulu dia lain,
Dahulu dia menjadikan Al-Quran sebagai teman,

Teman di sekolah,

Teman di waktu pagi,

Dia berbeza dengan lelaki lain,

Sehingga menjadi pelajar kesayangan ustazah,

Pelajar harapan sekolah,
Ya! Dia peroleh anugerah ALLAH,

Sayangnya, itu dahulu..

Bukanlah hendak membuka aib sesiapa. Siapalah penulis blog ini, juga insan biasa. Mungkin temanku itu tidak mambaca blog yang tidak seberapa ini. Pengaruh dunia mengalahkan dia hari ini. Semoga hari-hari lain kian berubah, berubah ke arah kebaikan.

Jika orang seperti dia mudah diperdayakan, bagaimana pula dengan kita? Bergetar hati kerana aku insan biasa. Tetapi biarlah hari ini menjadi pengajaran buat HAMBA yang masih dalam lindungan-Nya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [55:13]
JANGAN LUPA SIAPA KITA. Ajal itu menanti kita disetiap penjuru hidup.
JANGAN LUPA SIAPA KITA. Kiri dan kanan dijaga oleh malaikat 24 jam.
JANGAN LUPA SIAPA KITA.
Hanya HAMBA yang tidak punya apa-apa.

JANGAN LUPA DIMANA KITA.
Dunia ini hanya pementasan yang banyak tipu helahnya. JANGAN LUPA DIMANA KITA. Syurga neraka destinasi akhirnya.

Penulis ini berharap dia akan membaca blog ini. Tetapi besar kemungkinan tidak. Ya! Hidayah itu milik mutlak Allah. Mohonlah hidayah itu sentiasa bersama kita. NAK KE TAK NAK? tepuk dada, tanya iman.

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan." [36:83]"
Waallahu'alam.

17/2/2010 Bila kita lupakan MATI, masa itu dunia akan mengambil alih pemikiran kita ke arah DUNIA. Selamatkanlah dunia. Syukuri nikmat, kejar akhirat :)

Tuesday, February 16, 2010

Nilai

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, tangan kian perlahan untuk menaip ditambah pula dengan idea yang semakin hari semakin luput daripada pemikiran. Sebab apa? Mungkin kerana terlalu banyak idea, maka apabila hendak dikongsikan semuanya berserabut di dalam kepala dan perlu disusun semula. Kadangkala idea itu boleh hilang begitu sahaja.


Ya! Penulis blog sekarang berada di rumah kesayangannya :) Dengan bilik yang penuh dengan barang-barang hiasan hantaran [hantaran abang..]. Sempat juga penulis blog sekeluarga keluar ke
shopping complex, meluangkan masa bersama, makan bersama. Kelihatan muda mudi yang pelbagai ragam, sedih hati melihat segelintir daripada mereka.

Adik-adik, kalian muda-muda belaka. Kenapa bazirkan sisa-sisa hidup ini? Ya! Kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya. Banyak faktor yang menyumbang kepada tingkah laku mereka ini.
Adik-adikku sayang,
Hidup ini bukan selamanya,

Hidup bukan sekadar gembira,
Hidup juga bukan sekadar duka,

Hidup bukanlah pentas hiburan semata,
Hidup bukan ladang himpunan dosa,


Adik-adikku sayang,

Hidup ini hanya sementara,
Hidup ini ada suka dan duka,

Hidup merupakan pentas cereka,

Ciptaan Yang Maha Esa,


Hidup ini ladang semaian pahala,

Pahala serta rahmat kurniaan-Nya,
Bagi tuaiannya di SANA :)


Temanku pernah berkata, "Aku kagum dengan orang tinggal di KL tetapi tidak terpengaruh."

Penulis blog menambah, "Bukan mudah menetap di KL, banyak pengaruh. Orang luar kebanyakannya terpengaruh tetapi tidak semua. Kesabaran kena tinggi sebab KL selalu sesak jalanrayanya." Tersenyum.

***************

Sahabatku pernah katakan,
"Saya suka tinggal di KL berbanding di sini [tempat dirahsiakan] Walaupun KL begitu tetapi jika dibandingkan di sini, saya lebih suka KL."

Penulis blog berkata,
"Kalau orang sana tahu, habislah.." Menyakat menjadi kemestian buat seorang bergelar sahabat itu.

***************

Rakan bertanya,
"Amal orang mana?"

Dijawab,
"Cuba teka."

Rakan meneka, "Orang Terengganu kot." Salah!

Kenapa? Muka Amal ada macam muka orang terengganu ke? Jauh berbeza. Tidak pasti dari sudut mana mereka memandang. Ya!
Pandangan manusia itu berbeza dan kerana itu juga gelagat manusia itu berbeza.

Bagaimana gambar ini dinilai?
Adakah dengan melihat saki bakinya atau keadaan sekelilingnya?

Mata manusia itu akan melihat dan menilai, semoga penilaian itu berlandaskan panduan-Nya. Jangan biarkan penglihatan mata itu menipu dan memperdayakan pemiliknya.

Tetapi apa yang pasti, matlamat sebenar hidup kita adalah sama walaupun pandangan hidup itu berbeza. Daripada mana sekalipun sudut pandangan kita, ianya tetap sama. Tetap akan bermatlamatkan SATU! ['prof' sudah faham sekarang dengan maksud hidup bermatlamatkan SATU]
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" [1:5]
16/2/2010 SELAMAT BERTUNANG buat kakak kepada sahabat baik, Ukht Izatul Hayati Abdul Hadi. Pulanglah wahai adiknya, kakak kesayanganmu menanti di rumah :) Abu Bakar menanti di rumah!

Buat solehah, SELAMAT BERJUANG di negara orang! Perjuangan ini tidak akan pernah selesai. Ayuh teruskan walaupun hingga ke hembusan terakhir :)

Biar alam itu menghubungkan kami. Hanya DOA penghubung kami, biarkan dunia sepi tanpa mengetahuinya. ALLAH tahu. Masa menilai diri, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Wednesday, February 10, 2010

Pilihan

Assalamualaikum,

Hidup ini semuanya berpasangan bukan? Ada kiri ada kanan, ada depan ada belakang, ada atas ada bawah. Ada syurga ada neraka. Itu adalah abstrak tetapi dapat dinilai, diketahui baik atau buruknya.

Adanya nikmat sihat dan ada juga musibah sakit [sakit juga merupakan nikmat jika kita mengetahui hikmah disebalik kejadian] Semuanya dibawah perancangan-Nya. Agenda Dia adalah agenda terbaik! Wahai manusia, gunakan akal fikiran kita ke arah hidup berTuhan, bukan membiarkan nafsu mengawal diri ciptaan-Nya.

Panduan telah disediakan. Semuanya telah sedia ada. Tetapi kita masih melihat dengan mata yang buta. Adakah begitu kita mensyukuri nikmat ALLAH?

Rasulullah bersabda, "Agama itu adalah nasihat."


Pilihan itu terletak pada diri kita. Pilihlah dengan bijaksana kerana itu akal fikiran itu dikurniakan kepada manusia. Haiwan juga mempunyai otak [brain is to think..] tetapi anugerah berfikir dengan akal itu hanya bagi manusia bergelar HAMBA [HAMBA ALLAH itu tidak seperti HAMBA manusia yang lemah dan lesu]

HAMBA ALLAH itu sentiasa bersemangat untuk bermujahadah.
HAMBA ALLAH itu tidak mengenal erti lemah dan putus asa.
HAMBA ALLAH itu syukur akan nikmat kurniaan Pencipta dengan laksanakan kewajipan sebagai khalifah bumi.
HAMBA ALLAH itu kuat, kental hadapi tentangan nafsu dan musuh agama.
HAMBA ALLAH itu melihat dunia dari jendela akhirat.

Ya! Pilihan hidup kita. Pilihan ke arah yang diredhai atau sebaliknya. Jalan manakah ingin kita lalui. Sama ada yang singkat atau yang jauh. Sama ada jalan yang sedikit sahaja orang yang melaluinya atau jalan yang asing. Waallahu'alam.
"dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa." [surah al-An'am, 6:153]
14/2/2010 Pilihan itu sukar untuk ditentukan dan kadangkala menyebabkan kita keliru dan sesat. Aku biarkan dia berfikir..dan aku juga berfikir tentang PILIHAN. [Homey!]

Tuesday, February 9, 2010

Bertunang

Assalamualaikum,

Setelah lama aku menanti, akhirnya tibalah masanya..Hari meniti hari, dilalui dengan rasa seinfiniti kesyukuran kepada Ilahi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W :)

Hari yang dinanti telah tiba, seawal pagi lagi keluarga pihak lelaki telah berangkat ke Kuala Terengganu.

Aku di sini mendoakan mereka selamat sampai. Semoga hari ini berjalan sepertimana yang telah dirancang. Ya! kita hanya layak merancang tetapi segala-Nya sudah ada dalam genggaman-Nya.

Kepada jari manis siapakah cincin ini akan disarungkan?

Hijau sudah, warna cream pun sudah. Biru bila lagi? :) Mesti ada yang menyangka penulis blog ini yang bertunang kan. Insya-Allah penulis blog 3-4 tahun lagi. 30/1/2010 adalah tarikh pertunangan abang sulung a.k.a abang A :) SELAMAT BERTUNANG!

Amal tidak dapat pulang kerana keadaan yang ada keutamaan lain di Sarawak ini. Mama kata, "takpelah Amal, masa abang bernikah nanti Amal balik." Itu sudah semestinya, Insya-Allah. Sudah dua minggu Amal tunggu gambar ini di upload di FB tetapi baru hari ini dapat :)




Mak Usu, Mama, Kak Noni (tunang abang a) bersama keluarga Kak Noni


ooo..baju baru :P

Insya-Allah, pada 12/6/2010 ini mereka akan bernikah dan 3/7/2010 pula bagi pernikahan abang yang kedua, abang Ejat :) Insya-Allah 10/7/2010 akan diadakan walimatulurus serentak. Insya-Allah, SEMOGA SEMUA BERJALAN LANCAR..amin.

10/2/2010 Tanggungjawab itu melebihi masa yang ada tetapi tanggungjawab yang diamanahkan itu bertepatan dengan kemampuan kita. Usah gelisah, lalui hidup dengan panduan dari-Nya.

Wednesday, February 3, 2010

Terbakar!

Assalamualaikum,

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..


Inilah nyanyian kanak-kanakku dahulu. Pastinya bukan aku sahaja yang pernah mengalunkan lagu kanak-kanak ini. Saat itu tidak akan berulang kembali walaupun diputar putaran jam itu pada arah yang berlawanan. Masa kian berlalu, meninggalkan kita. Cuba hayati lirik lagu dibawah ini dan alunkan mengikut rentak yang sama. [Ulang 3 kali..hehe]

Berzikir dalam perahu,
Mari kita ingat ALLAH selalu..

Hidup ini sekejap cuma,
Mari berAMAL sentiasa :)

Bersabar amalan mulia,
Didik diri, insan biasa..

Sudah-sudah, penulis mula buat hal :) Apa salahnya mengenang zaman kanak-kanak kan? Setelah selesai bernyanyi, ingin membawa pembaca sekalian pada perkara yang sebenar.


Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba..

Ya! Hidup ini atau lebih tepat lagi, dunia ini ibarat sebuah rumah yang terbakar. Terbakar? Di dalamnya terdapat 3 jenis penghuni :
(1) Penghuni yang lena dalam tidurnya
(2) Penghuni yang terjaga daripada lena tetapi tidur semula
(3) Penghuni yang peka kepada keadaan sekeliling

Kita mahu menjadi penghuni bumi yang mana satu? [sesiapa yang membaca entry ini, boleh menjawab soalan ini] Kebayakan kita adalah golongan yang (2) terjaga tetapi tidur semula. Tahu rumah itu terbakar tetapi masih lena dibuai mimpi nan indah.

Mari berubah ke arah kebaikan :)

Sejak akhir-akhir ini, kesibukan melanda diri. [bukan akhir-akhir ini sahaja..] Sibuk sehingga terlupa suatu perkara.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP DENGAN AGAMA.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA HIDUP BERTUHAN.

Walaupun sesibuk mana kita,
Jangan lupa, KITA BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA
BUKAN MUDAH BERNAFAS DALAM JIWA HAMBA. [credit to atiqah khuzaini]

:)

Renung-renungkan. Muhasabah diri yang mudah alpa ini supaya selalu sedar dan peka. AKU ADALAH HAMBA. DUNIA INI MILIK DIA. Suatu ketika nanti, aku akan berhijrah ke sana :) Destinasi yang ku nanti.

4/2/2010 Jiwa hamba dan jiwa insan itu berbeza. Tetapi jiwa hamba itu milik insan yang ingin hidup berTuhan.

Tuesday, February 2, 2010

Alahai..


Assalamalaikum,

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan oleh tuannya. Hari ini, tangan ini akan terus menaip walaupun kandungannya tidak seberapa. Pelbagai perkara berlaku sepanjang seminggu yang lalu antaranya, diadakan Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara Islam [Insya-Allah akan dikongsikan dengan pembaca semua kelak], Sukan Inter-apartment [alahai..saingan sengit!], dan banyak lagi. Bersungguh!

"Sesungguhnya ALLAH suka apabila seseorang daripada amu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya." [Riwayat al-Baihaqi]
Kursus Pengurusan Pesakit mengikut Tatacara Islam

"Ustaz, sekiranya pada badan pesakit terdapat 'wayar-wayar', bagaimana dengan wudhuknya dan solatnya?" Tanya seorang peserta kursus.

"Cukuplah sekadar mengenakan air pada tempat yang boleh sampai air padanya atau boleh bertayammum. Sekiranya penyakitnya itu boleh sembuh sepenuhnya, hendaklah diqada' semula solat itu setelah sihat." Jawab ustaz. Ringkas.

"Ustaz, bagaimana jika..." Diskusi yang menarik.

Sukan Inter-apartment

Alahai, tersesat seorang superman di dalam kumpulan. [jatuh sampai koyak seluar pada lutut, tak patut] Aduh..huhu :D

"Bukan superman, superwomen" Real ke? Palsu..aku HAMBA.

"Main sakan lah tu, padan muka jatuh!" Semuanya padan pada ciptaan-Nya. Sempurna! Tiada yang hidung dijadikan pada kaki. Waallahu'alam.
Hari ini, hajat dihati untuk membantu. Tetapi nampaknya aku yang perlu dibantu. Sistem badanku seakan tidak normal. Kenapa ya? Apa sebenarnya yang terjadi? Mungkin sahaja permainan perasaan [ayat apakah..]



Kena diet [kawal pemakanan, makan makanan yang seimbang] kerana kandungan CHOLESTEROL dalam badan TINGGI! TEKANAN DARAH RENDAH! [I'm not qualified to be a blood donor..poor me] Bukan rezeki hendak menderma, insya-Allah lain kali :) Sedapkan hati.

Oleh itu, penutup ini yang penting. Yang diatas cuma peringatan untukku :) Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, dan masa HIDUP SEBELUM MATI." [Riwayat Imam Ahmad]

2/2/2010 Tekanan kian memuncak! Prof..Prof..Apa yang penting? Ketenangan daripada ALLAH itu penting. Mama! Minggu hadapan Amal balik cuti raya cina. Study di rumah :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates