Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, September 3, 2009

Debu Dosa Dunia

Assalamu'alaikum,

Masa mencemburui blog ini sejak akhir-akhir ini. Jari-jemari terus menaip walaupun kesibukan seringkali menghalang kegiatan menaipku ini. Apakah? Ayat apakah ini? Baru-baru ini ada usrah mingguan muslimat di surau, DETIK KEMATIAN menjadi tema utama. YA ALLAH, dahulunya aku selalu mengingatinya tetapi kini..adakah aku kian alpa?

Sesungguhnya daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Tetapi bila? Ajal kita diibaratkan seperti bayang-bayang yang selalu mengiringi perjalanan kita. Tatkala pada malam hari, bayang-bayang itu hilang dan tika inilah manusia itu lupa sehinggalah adanya bait-bait cintakan dunia itu didalam hati. Sedangkan ALLAH telah berfirman bahawa kehidupan dunia ini hanya mainan manakala akhirat itu adalah kampung yang kekal. Surah apa? Cuba kita buka Al-Quran, baca terjemahannya..Al-Quran bukan sekadar bahan bacaan semata-mata. Tidak salah jika kita baca terjemahannya malah alangkah baiknya jika setiap ayat yang dibaca itu difahami maknanya sebaik mungkin. Dengan itu, kita dapat mengambil setiap inci pengajaran, peringatan yang terkandung didalamnya. Subhanallah.

Bercerita tentang kematian, ayuh kaitkan dengan diri kita. Siapa kita? Apa status kita? jawapannya HAMBA..kita hambaNya. Berkuasakah? Ini yang kadangkala kita lupa sehingga timbul riak, takabbur didalam hati. Kita bukanlah siapa-siapa yang perlu disanjung, disegani..kita hanya manusia yang lemah, hambaNya yang ditugaskan sebagai khalifah diatas muka bumi dan hidup kita hanya sebentar. Bersyukurlah dengan segalanya nikmat kurniaannya selagi terdaya bagi kita menikmatinya.

Syukur hanya padaMu Tuhan..
Kau tunjukkan laluanku pulang..

Janjiku padaMu..
Abdikan seluruh jiwa..
Sehingga masanya..
Kau seru nyawaku..

Adakah kita sudah bersedia? Hadapilah dengan kesediaan bukan dalam kelenaan yang berpanjangan. Ayuh manusia kembali bangkit dengan agamamu, masa tidak akan berpatah balik tetapi sampai masanya ia tetap akan berhenti. Bersihkan debu-debu dosa di dunia. Waallahu'alam.

1 Buah fikiran:

Ummu Iman said...

sohih..kadang-kadang teralpa sebentar...cepat2 mengucap istighfar. moga kita sama2 saling mengingatkan sebab kita hanyalah hamba Allah yang imannya naik turun..chaiyok Cik Amal! adoi ponat tunggu cik Amal update hehe

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates