Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, July 26, 2009

Lupa vs ALPA?

Assalamualaikum,

Sudah sekian lama tidak menulis, hari ini insyaALLAH diberi sedikit kesempatan olehNya untuk menaip disini. Semoga nikmat kesihatan yang kita peroleh ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk berbakti kepada agama. Kita tidak perlu berlumba-lumba mencari kebaikan tetapi bersama-sama mengejarnya.

Lupa atau alpa?? Lupa suatu keperluan..ALLAH jua yang menciptakan manusia itu berperasaan, lupa juga adalah salah satu nikmatNya jika kita selidiki dan hayati dengan baik. Tanpa lupa, adakah selamanya kita akan bersedih dengan peristiwa semalam. Contoh, pemergian orang tersayang. Adakah begitu sehinga terganggu segala amal ibadah kita? ALLAH Maha Mengetahui..dijadikanNya kita lupa peristiwa itu supaya amal dan ibadah kita lebih sempurna dari hari sebelumnya.

Ada juga lupa yang membawa kepada kealpaan. Juga membawa kepada kelalaian semasa melaksanakan perintah ALLAH. Ia membawa kemurkaanNya secara tidak langsung. Oleh yang demikian, jagailah ibadah dan amal kita. Semoga redha ALLAH mengiring perjalanan hidup ini dan memperteguhkan kaki dimedan peperangan yang kian mencabar. InsyaALLAH.



Nyenyaknya tidur..hehe

Kita beralih ke kisah kucing. Tiba-tiba teringat kucing-kucing dirumah. Mama amal suka bela kucing =) Sekarang insyaALLAH ada 9 ekor semuanya sehinggakan amal tak dapat ingat nama kucing-kucing satu persatu. Gambar diatas ni, namanya (terlupa sudah...) CIMIT kot..ke TOMMY..ish, nama apa ni =)

Teringat satu kisah diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.

**
InsyaALLAH minggu depan exam End Of Block Nervous System. Banyak lagi tak cover tapi kasihan tengok blog ni tidak bertambah entry. Oleh itu, malam ini tertambah sudah satu entry walaupun kandungannya tidak banyak tetapi diharapkan dapat dimanfaatkan dan dihayati bersama. Hidup manusia itu berlandaskan AL-QURAN dan SUNNAH, berpegang teguhlah pada keduanya. Nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Amin.

Waallahu'alam.

Friday, July 17, 2009

Basic Finance

Assalamualaikum,

Al-kisahnya semalam, belajar BASIC FINANCE. Dahsyat! Tak disangka-sangka akan ambil course ni sebagai course pelengkap. Berlawanan dengan apa yang akan amal belajar sepanjang 5 tahun di Sarawak ni. Sudah sebulan lebih di Sarawak sejak sesi pembelajaran tahun 2 bermula. CNS? Block yang paling susah bak kata kakak-kakak senior.

InsyaALLAH kejap lagi nak pergi CPC. Gunakan masa dan waktu terluang. InsyaALLAH malam ni ada mesyuarat UPPS (Unit Perwakilan dan Pengurusan Surau) Perubatan di surau selepas isyak untuk membincangkan muktamar agung.

Lupa sering dikaitkan dengan kelalaian manusia. Tetapi sedarkah kita bahawa lupa itu merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Sedarkah? InsyaALLAH malam ni amal akan hurai berkenaan dengan hal ini. Actually, perkara ini ada dihuraikan oleh kak Nadrah a.k.a kak Cak sewaktu usrah tengahari tadi. InsyaALLAH.

Nak berehat sebentar. Sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang rajin singgah, tinggalkanlah komen dan pendapat anda. At least, kunjungan anda ke blog ini diketahui. Maaf, sudah jarang menaip disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan (sibuk?? alasan..) InsyaALLAH akan cuba menaip perkara-perkara yang bermanfaat buat semua. Entry malam ini..LUPA VS ALPA

Kalimah indah tersusun bicara,
Bertemu kelak di lain kalam,
Hidup didunia janganlah alpa,
Kelak diri akan tenggelam.

Suka pantun. Orang berbudi kita berbahasa =)
[Jumaat : 17/7/2009]

Tuesday, July 14, 2009

Buat adik-adikku..

Assalamualaikum,

Dalam kegelapan, malam ni xdapat nak fokus study sbb lebah datang menyerang. Semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam rumah masing-masing tetapi dilarang memasang lampu. Patuh pada arahan, sekiranya tidak tanggung sendiri akibatnya. Gelap......pedih mata mengadap laptop.

Alhamdulillah dapat satu idea. Kalau perintah manusia boleh kita patuhi, kenapa tidak perintah ALLAH? Jika kita melanggar perintah ALLAH, tunggukan tiba saat dan waktunya, azab seksa yang akan kita tanggung. Semoga dijauhkan azab seksa tersebut dan dihindari daripada perbuatan yang membawa kemurkaanNya.

Buddy? Semasa orientasi, pelajar-pelajar baru diagihkan mengikut system buddy. Apakah system ini? =) Sendiri pun tidak berapa pasti. Yang pasti, ingin membantu adik-adik yang baru masuk supaya tidak terkena culture shock (atau lebih baik lagi jika disebut study shock). Sekarang amal ada 2 orang buddies, dua-dua comel (buddy yang baca, anggap sahaja ini gurauan). Nama mereka ABU ZARIN ZAHARI dan NINA SYAZANA RAHMAT. Kami bertiga anak bongsu! (betul ke abu..nina?) Senior buddy mereka ada di Sibu. Kelak mereka akan berjumpa.

Buat adik-adikku,
Semoga kalian istiqamah dalam perjuangan,
Teguh dengan tekad dan azam,
Berniatkan ALLAH yang Maha Esa,
Putus asa tidak kan terdetik,
Walaupun ujian sebesar mana menimpa,
Hidup bukan selalu disinari cahaya mentari,
Akan engkau rasai kelak kehidupan disini,
Sebagai pelajar perubatan mithali,

Adik-adikku,
Perjalanan ini masih jauh,
Banyak lagi perlu engkau dalami,
Untuk menjadi insan yang berguna,
Untuk bangsa dan negara,
terutama agamamu, ISLAM,

Adik-adikku,
Jangan sesekali engkau berbangga dengan ilmu itu,
Kerana ilmu ini bukan ilmu mu,
Cukuplah sekadar rendahkan hatimu,
Ucapkanlah ALHAMDULILLAH,
Ilmu itu hanya milikNya,

Semoga kelak kejayaan itu milik kita,
Moga redhaNya seiring dengan perjuangan ini.

11.22PM : 14/7/2009

Saturday, July 11, 2009

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. (sumber : iluvislam.com)

SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN ANTARA KITA BERKEKALAN DAN DISUBURI DENGAN KEIKHLASAN. MOGA-MOGA TIADA TERSELIT NOKTAH ATAU TITIK HITAM KEBENCIAN DALAM MENITI TITIAN PERJUANGAN INI.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates