Selesai sudah selangkah perjuanganku, exam baru habis pagi tadi. Soalan? Very unexpected questions! Mana tidaknya, soalan yang dijangka sangat2 keluar…x muncul dalam kertas soalan (Malaria, why you do this to us? How could you..) Keluarlah soalan yang unexpected tu..jawab jugalah (Pneumonia, bersua juga kita..hehe) Tawakkaltu ‘alaALLAH. MEQ, SEQ, MCQ and BAQ..selesai sudah untuk block 2..Bersedia untuk block 3 - HAEMATOLOGY AND IMMUNOLOGY – New field in medicine area in a NEW BLOCK.
Seperti biasa setiap tengahari semasa muslimin pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat, kami muslimat pelajar perubatan dan nursing akan berkumpul untuk usrah. Alhamdulillah, ramai hari ni..Hari ni bincang tentang ujian ALLAH, hidayah dan muallaf.
Lepas usrah tu duduklah sekejap di surau..sambil baca buku MEDIA DAN ISLAM – BERPERANG ATAU BERDAMAI? Oleh Dr Zakir Naik. Terjemahan oleh saudara Mohd Effy Saiful yang sekarang menuntut di Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan. “Erm, best juga buku nih..” Amal meneruskan pembacaannya..BAB 1 – MEDIA MASSA – Kemudian disusuli dengan bab 2 – STRATEGI MEDIA DALAM MEMBURUKKAN IMEJ ISLAM – selesai baca bab 2 tu, tertarik pula pada baris perkataan ini, ‘Jika berlaku kemalangan, siapa akan dipersalahkan..kereta atau pemandunya?’ Menarik! Satu perkara yang perlu difikirkan. Setelah difikirkan sejenak, inilah hypothesis yang dapat dibuat.
kereta idaman..hehee
Kes 1 - Sebuah kereta Mercedez model terbaru..dipandu laju oleh pemandunya. Pada suatu hari, berlaku kemalangan. Siapa yang harus dipersalahkan? Sebab kemalangan melanggar lampu merah dan melebihi had laju. Apa nak jadi!
Kes 2 – Sebuah kereta Perdana V6 dipandu di atas jalan raya. Pemandunya hendak ke menuju ke lapangan terbang ( wa..teringat semenanjung) tetapi tak tahu dimana kedudukan ataupun lokasi lapangan terbang tu. Dia pandu dan terus memandu..Akhirnya, berlepaslah kapal terbang itu..Lalu tinggallah dia terus mencari jalan ke lapangan terbang ( sedih, tak dapat balik..) Kenapa jadi macam tu? Ha..apa tidaknya. Main redah je..tanya orang pun tidak, tengok papan tanda jalan pun tak reti kot =D Siapa yang harus dipersalahkan?
Kereta mewah (Mercedez dan Perdana V6) – Agama kita, ISLAM ( juga pegangan kita) Papan tanda + Bertanya orang – Panduan hidup kita (Al-Quranul Karim) Penerang dikala kegelapan..Penghibur dikala duka..Peneman dikala sunyi, InsyaALLAH =) Cuba baca balik dan fikir..SIAPAKAH YANG BERSALAH?? Dan fikirkanlah kenapa jadi sedemikian.
Harap saya dan kawan2 dapat renungkan bersama 2 kes diatas. Pada dasarnya ia adalah kisah kita di BUMI ALLAH, tetapi bila kita relatekan..amat bertepatan, berkaitan. Hidup di dunia adalah untuk akhirat. Jika berjalan di jalan ini, jangan sesekali kita lupakan mereka yang memerlukan bimbingan dan semangat daripada kita. Sama-samalah kita menggorak langkah menuju jalan yang diredhai ALLAH, insyaALLAH. Hidup kita hanya sementara. Akhirat jua kekal selamanya. Oleh itu, janganlah kita lupa, bekalan yang perlu kita bawa ke sana.
4 Buah fikiran:
Salam'alaik..
Hmm,betol3x..
Rasulullah dah tinggalkan kite dgn sebuah kalam suci yg Agung..
Semuanye sebagai panduan hidup..
Kalo tak guna,sia-sialah Baginda mengingati menyanyangi ummatnye hingga ke nyawa terakhir..
sebelum roh bercerai ngan jasad..
hmm,kite perlu rendah kan diri..
jgn biarkan ego menguasai..
kalo tak seperti kata penulis dgn sebuah kereta- terlepas kapal terbang kerana malas bertanya..
hmm,teruskan menulis.
wassalam
agak susah nak cta kat blog tp ble la kongsi
sgt sronok kat cni walau pon agak mundur
tp agama stilll lip top
masjid 2 toksah cte lakat berhampiran rumah ni kalau azan pon x clear sgt memndgkan ada 6 msjd dlm area 2oom persegi
mmg x bosan lgsong ble tkar2 msjd haha
medic kat cni mmg best sgt2
walaupon kemudahn kalah ngan MAS
tp prof2 bgus2
1 kelaz 10 org maka mcm2 la kta ble dpt
arab ni agak kasar mmg gaya dia cm2
tp bla kta dah knal dia mula la ajk mkn umah n mcm2 baru knal blum rpt lg kan ....
tahla best la tng kat cni cuma haha mcm2 la yg lawk kalau amal da tau la btapa lawaknya msir ni haha overall best
salam,amal...
nie kak shikin...suka sgt tgk blog amal.menarik dan tulus,betul2 mengambarkan jiwa penulisnya...ada entry yang akak tersentuh sgt.akak doakan adik akak sentiasa dirahmati ALLAH dan tabah dgn sgl ujian.teruskan menulis ye.Uhibbuki fillah.akak sayang amal... :)
kak shikin!
sudi juga lawat blog yg tak seberapa nih..rajin2 la lawat ye
skrg jarang update sbb agak bz..tp insyaALLAH entry baru akan menyusul..insyaALLAH akan terus meneruskan hidup ini..Harap akk pun mcm tu..Smoga akk senantiasa di bawah lembayungNya..Ssungguhnya, selepas kepahitan akan ada kemanisan..tidak di dunia, insyaALLAH di akhirat sana..Janji ALLAH itu pasti~
=) sokmo!
Post a Comment