Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, November 7, 2008

Kembara Hidupku..Mampukah?

Assalamualaikum..

Hari ni ada exam TITAS..Tamadun Islam dan Asia Tenggara..Alhamdulillah, tinggal bertawakkal shj sebab semua tu dah berlalu pagi tadi. Minggu depan, exam EOB..Exam End of Block..Doakan Amal ye, kawan2..hehee..InsyaALLAH, i'll do my best..tapi ALLAH yang berhak menilai hambaNya ini. Kekurangan yang ada takkan dijadikan sebagai penghalang kerana ALLAH yang menetapkan jalan hidup kita. Perlu apa kita mempersoalkan..tidak ada bahagia? Bila bahagia akan tiba? ALLAH ada semua jawapanNya..Tidak di dunia, ku harapkan di akhirat kelak =) Dua hari lepas ada dengar satu lagu..Macam ada kena mengena dengan diri. Nak kongsikan liriknya disini..Moga dapat di hayati dengan baik.

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan

Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan
SyurgaMu yang ku diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku untuk ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata..

Sejak akhir2 ni, ada kawan tegur.."Amal, kenapa nampak letih je?".."Amal mengantuk ke? Nampak macam tak bermaya je.." Jawab Amal dengan jawapan yang pasti, "Ye ke? Amal ok je.. =) " Adakah Amal Athirah binti Zarzilah dah lelah hadapi semua ini..TIDAK! Sesekali tidak..ALLAH tidak menjadikan kita untuk kita tunduk layu, mengalah dengan semua yang telah tersurat. Usaha mengejar hidup yang abadi dan hakiki disana itu sudah pasti. Mungkin Amal tak cukup rehat kot..ke muka mmg camni. Hehee.. =D

Biar rebah!
Jangan Berubah!

Biar terbuang!
Teruskan berjuang!

Senyum mujahid!
Memburu syahid!

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMUA!!! Khas buat Pelajar Tahun Pertama Fakulti Perubatan UNIMAS sesi 2008/2009 =) Gambate!

8 Buah fikiran:

Nurul Iman said...

salam..nk exm ea??..make sure dapatkan rehat y ckp..awk kan bakal doc:)..mst tau btpe pntg rehat y cukupkan? rsau biler dgr kwn2 awk kata mcm2..bkn pe,nnt sape nk share nasihat n semangat:)

Anonymous said...

salam..insyaALLAH dapatkan rehat yang cukup..mungkin kdg2 x cukup..doakanlah saya sekali ye..moga result btambah baik, cemerlang dan diredhai ALLAH =)

Unknown said...

assalamualaikum wbt
makin aktif nampak
ingat lg x bekas pengerusi yang x matang nii
insyaALLAH skrang ok sikit
medic ni agk memenatkan so ada ke nashat yg nak dikongsi

Anonymous said...

makin aktif??
energy makin low nih..ATP berkurang tp leh generate lg..
skrg amik medic dkat mana, pengerusi? lama hilang..
nasihat..penat lelah tu perkara biasa..yang penting kuat semangat, jangan putus asa, betulkan niat setiap masa..maklumlah kita manusia seringkali terlupa siapa kita..paling penting, ingat ALLAH~ kerana semua ilmu hanya milikNYA =)

Unknown said...

betol2 blajar krana allah bkan exam
skrang kat mansoura
...........
mesir
best kat cni plg best xda kuil dsap mata memndang.......
bla bc blog ni trasa gak kekdg... lbh2 lg part solat tahjud alahai mcm ksah diri pulak bla bc
medic kat cnix mcm mas tdo pon mcm x tdo jeeeeeeee
so pasal tdo 3 jam 2 apa tekniknya ?
x tertulis pon

Anonymous said...

chaiyok2!!!!!!!!!

Anonymous said...

mesir..mabruk'alaik!
psl tu..nnt akan bersambung
kuil..em, kat sarawak ni, cm sedih sikit sebab church merata2..kiri kanan, dpan belakang..masjid mcm je..tapi insyaALLAH akan terus istiqamah~
..................
mcm mana disana?
ceritalah sikit..ada notes tu jangan lupa kongsi dgn org dekat cni..rami juga kawan2 satu tutor kita amik medic ye..moga menjadi doktor yang bertaqwa dan ikhlas dalam berbati kepada agama dan masyarakat!

Anonymous said...

*typing error : berbakti

chayo'2 buat pengunjung yang x sertakan nama =) sokmo!

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates