Hari ini menjelma lagi, hari-hari dilalui dengan penuh harapan pada Ar-Rahman..Ar-Raheem..Dah baca sajak diatas? Ada sebarang kesimpulan?
Mujahidah solehah menjadi impian setiap muslimah, Insya-ALLAH..Sesungguhnya, perhiasan yang terindah di dunia adalah wanita solehah. Kepada sahabat-sahabat muslimahku, moga kelak menjadi mujahidah solehah, sayap kiri perjuangan Islam. Insya-ALLAH.
Hari ini, hari ke-6 bagi cuti semestaku..tinggal 3 hari je..hehe..Semesta akan bermula. Persediaan? Ada la cikit2..huhu..Nak cerita ape ek? Jap nak pikir..Hurm (",)
Ha..Di dalam al-Quranulkarim terdapat banyak ayat yang memperkatakan perihal azab dan nikmat di akhirat. Tetapi sedarkah? Meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak terus menuju ke jiwa tetapi ia berlalu begitu sahaja tanpa singgah di mana2 destinasi dalam jasad kita. Malah jika ia dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W. mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Berbeza kan?
Ada pepatah arab yang bermaksud:
"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnya
melainkan apa yang dibina dengan amalan-amalan-nya."
Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat. Di sini diharapkan teguran dan nasihat. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, emailkan kepada athir_amz@yahoo.com.my.
Hm, rasa mcm dpt ilham untuk buat analogy tapi kejap lagi la mula menaip. Ada kerja sikit nih..SELAMAT MEMBACA! Waallahu'alam.
3 Buah fikiran:
salam. sy ske pic dlm blog awk.. sy de amik satu.
Assalamualaikum
salam perkenalan
saya dah ambik gambar saudari yang ni ya.tahniah
salam kak
Post a Comment