Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, November 6, 2007

Selamatkan Masa Mudamu


Assalamualaikum, sahabat-sahabat sekalian..

Apa yang kita miliki apabila kita mati? Harta? Hm, tinggallah harta duniamu..kerana ia hanya melalaikan. Harta yang byk tidak berguna sekiranya tidak di infaqkan kepada yang berhak. Kenapa ada kemiskinan? Kerana itulah fitrah dunia..tidak dapat dinafikan. Sebut mngenai harta, pembayaran zakat jangan dilupa..Ingatlah mereka yang kesusahan diluar sana.

"Nikmat itu kadangkala datang tanpa kita sedari, tetapi apabila ianya hilang, barulah manusia benar-benar terasa"

Boleh pakai tak ungkapan dekat atas? Hm, Sendiri mau pikir la ea..hehe. Apa yang manusia tinggalkan apabila ajal datang bertandang? Sepertimana yang kita sedia maklum. Sesungguhnya, manusia itu meninggalkan 3 perkara ;
  1. Ilmu bermanfaat yang diamalkan
  2. Sedekah jariah dari hati yang ikhlas kerana Allah
  3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya

Sebenarnya bukan ini yang ingin dihighlightkan, just peringatan buat diri saya & rakan-rakan. Al-maklumlah, melayu mudah lupa..huhu..Berdasarkan karikatur diatas, jom kita imarahkan masjid atau surau. Jangan masjid 'hidup' bermusim je..Bukan apa, rasa sedih..masjid yg indah-indah. Lengang tanpa penghuni..Tapi bila menjelang hari raya? Sendiri mau ingatlah ye =) "Mana datang umat manusia seramai ini?" Ini persoalan yang bermain di fikiran. Ada siapa2 leh jawabkan tak? Erm...

"Hayya 'ala Sholah...Hayya 'ala Falah"

Sedarlah, muda kita dua kali..Pilihlah yang mana menjadi idaman hati. Muda di dunia yang sementara atau Muda di akhirat di dalam syurga yang kekal abadi. Rebutlah masa mudamu sebelum masa tuamu. Semoga tabah menjalani liku2 hidup yang mencabar pada masa akan datang kelak. SELAMAT BERJUANG, SAHABATKU!

"Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan"

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates