Tahan, bertahan, mempertahankan. Apa yang ingin disampaikan adalah mampukah manusia itu mempertahankan cinta. Penulis memang 'anti' perkataan ini tetapi perkataan ini adalah salah satu fitrah hidup kerana kehidupan ini penuh dengan cinta dan kasih sayang :)
Cinta akan ALLAH,
Cinta akan Rasul-Nya,
Cinta akan keluarga,
Cinta akan persaudaraan,
Cinta akan alam keseluruhannya.
"Mampukah kita mempertahankan cinta kita kepada ALLAH dan Rasul-Nya?"
Tetapi soalan ini sering kita lupakan. Apa yang kita ingat adalah, "Wahai kekasihku, mampukah kita mempertahankan cinta kita? Sanggupkah engkau bersamaku selama-lamanya, sehidup semati?" Rapuh jiwa, goyah iman dibuatnya. Nauzibillah min zalik.
Fikir-fikirkan, cinta mana yang kita pertahankan? Ucapan cinta secara lisan adalah tidak cukup untuk membukti cinta kita. Perlu disertai dengan perbuatan dan yakin dengan hati. Betul atau tidak? Tetapi ini seringkali di praktikkan bagi cinta sesama manusia, sedangkan cinta Allah itu lebih utama.
Secara tidak langsung konsep yang sama juga digunakan untuk menggapai cinta Teragung iaitu ucapan secara lisan, amalan melalui perbuatan serta keyakinan yang teguh didalam hati.
"Aku cinta dia, dia boleh beri aku kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan."
Sedar atau tidak, Allah boleh kurniakan kita lebih daripada itu. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sedarlah bahawa kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan yang kita kecapi hari ini adalah kurniaan Yang Esa.
Dalam hadis Qudsi dinyatakan: "Telah Ku-sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu (syurga) yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga dan terdetik di hati manusia." [Riwayat Bukhari dan Muslim]Pertahankan cinta kita pada Yang Esa, daripada kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Sesungguhnya kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa. InsyaAllah. Amin.
Waallahu'alam.
30/5/2010 Ku serahkan segalanya kepada Pemilik Jiwa untuk menentukan sama ada teruskan atau hanya selesai di sini.
2 Buah fikiran:
Amal~
i LOVE you <3
teruskan menulis..Gambarre!
Maryam~
<3 luv u t0o <3
InsyaAllah :)
Post a Comment