Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, May 20, 2010

CC 008 : Ikan

Assalamualaikum,

Buat adik-adik,
Juniorku di UNIMAS,
End of Year Exam bakal kalian hadapi pada minggu hadapan,
Semoga di permudahkan setiap urusan,
Dianugerahkan kejayaan yang diredhai,
Usaha menggali ilmu-ilmu khazanah alam milik Tuhan.

Buat adik-adik,
Juniorku di KMPk,
Perjuangan kalian baru bermula,
Yang pastinya selepas ini akan ada yang lebih mencabar,
Apa yang penting?
Berpegang teguh dengan janji Allah,
Percaya dan yakin bahawa kisah hidup ini aturan Allah.

Buat adik-adik semuanya,
Jadilah seperti ikan di laut masin,
Kalau tidak mahu ikan di laut masin, boleh pilih ikan laut tawar,
Walaupun airnya masin ataupun tawar,
Tetapi isi, dagingnya tetap lazat bila dimakan,
Tidak masin tidak tawar,
Kesedapannya pula bergantung pada cara masakannya,
serta cara penyediaannya.

Jadilah 'seperti'..bukan jadilah ikan :)
Ikan hidupnya hanya di air,
Darat jadi pujaan, namun tidak kesampaian.

:)

Tiba-tiba dapat idea ini. Mari bersama kita muhasabah diri, nak jadi lebih baik? Mari mulakan usaha, kita mesti tahu dan mahu untuk berubah kepada kebaikan.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

19/5/2010 Cuba dan cuba lagi. Masa makin suntuk, mampu untuk laksanakan amanah Tuhan? Amat berat. InsyaAllah.

Sayang adik-adik semua :) Sahabatku tidak ku lupa..

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates