Merasakan masa itu berlalu terlalu laju, mendahului setiap amanah yang dipikul. Sedangkan sepatutnya manusia itu sendiri perlu berlari mengejar masa tetapi masih berlengah, mendahulukan urusan yang kurang penting.
"Utamakan yang terpenting daripada yang penting, pentingkan apa yang lebih penting, kemudiankan apa yang kurang penting. Yang penting itu sudah semestinya penting tetapi yang penting itu tidak semestinya yang terpenting."Semalam jejak semula kaki ini di rumah selepas seminggu berada di Kolej Matrikulasi Perak. Orientasi yang menarik walaupun ada kekurangan di sana-sini, itu adalah lumrah kerana daripada kelemahan itu, pembaikan itu dapat dibuat.
Buat AJKO Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2010/2011, kenangan bersama kalian akan diingati selalu. Buat adik-adik KMM169 & KMM170, semoga azam dan tekad kalian terus membara sehingga ke akhir semester di matrikulasi.
Di sana, aku belajar banyak perkara -- alhamdulillah, terima kasih atas pengajaran ini ya rabb. Dapat hadiah -- daripada adik-adik KMM dan diana. Terima kasih, kakakmu ini akan sentiasa merindui kalian.
Baki cuti tinggal 3 minggu lagi. InsyaAllah akan digunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin.
Dalam meniti hidup-hidup ini-- Jangan kita lupa bahawa semua yang ada di hadapan mata kita ini adalah sementara kerana yang kekal itu hanya Dia. Bila tiba waktu temujanji bersama Pencipta, maka terpisahlah kita dengan makhluk-Nya yang lain dengan berbekalkan amal soleh serta doa anak soleh, solehah, sedekah jariah dan ilmu yang disampaikan.
Persediaan temujanji -- jika ada temujanji dengan teman, kita akan membuat persiapan, mahukan yang cantik-cantik, sedap mata memandang. Jika ada temuduga pula, persiapan yang rapi akan dibuat untuk memastikan kita dapat matlamat yang telah ditetapkan sebelum temuduga.
Temujanji atau temuduga ini lain pula daripada yang lain.
Chief Examiner -- Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa
Interviewer -- Munkar dan Nakir
Interviewee -- Kita [bakal ahlul qubr]
Bersedia?
Mari bersama kita ingat-mengingatkan antara satu sama lain.
Waallahu'alam.
15/5/2010 Gambar belum di upload lagi, InsyaAllah dalam masa terdekat ni.
Buat teman-teman yang berkelapangan pada 10/7/2010, jemput hadir ke walimatulurus abang-abang Amal [serentak kedua-duanya]. Sila beritahu jika berkelapangan untuk menghadiri majlis ini. Alamat akan diberitahu kemudian, beserta kad jemputan.
Harap maklum.
:)
0 Buah fikiran:
Post a Comment