Setengah lagi. Setengah lagi? Biografi Muhammad Bin Abdullah kian hampir ke punghujungnya walaupun banyak lagi kena baca :)
Hari ini kita berkongsi lagi. Al-maklumlah, blog ini tidak di commercialkan. Sesiapa mencari, jumpalah ia kecuali bagi teman-teman yang dekat. Dalam proses tukar banner, sudah hampir dua tahun rasanya banner itu berada di atas.
InsyaAllah, azam baru, tukar banner baru dengan masih bermatlamatkan SATU.
Semasa perjalanan hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah ditemani oleh Abu Bakar. Sebelum itu, Muhammad mengarahkan sahabat-sahabat yang lain untuk berhijrah ke Madinah. Abu Bakar datang meminta izin daripada Muhammad untuk berhijrah.Begitulah kasih dan sayangnya Sayyidina Abu Bakar terhadap Pesuruh Allah itu. Kita? Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk umat Muhammad yang sejati.
Muhammad berkata, "Wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu. Semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah."
Di dalam hati Abu Bakar, beliau amat berharap dapat bertemankan Rasulullah, pesuruh Allah.
Apabila sampai waktu yang telah ditetapkan, turunnya wahyu daripada Allah mengizinkan Rasulullah berhijrah.
Muhamad berkata, "Wahai Abu Bakar, Allah mengizinkan aku berhijrah."
Abu Bakar bertanya, "Adakah aku akan menemani kamu?"
Muhammad berkata, "Benar."
Pada masa itu, Abu Bakar menangis terharu kerana gembira dapat menemani Muhammad berhijrah.
Di dalam perjalanan Abu Bakar amat menjaga keselamatan Muhammad bin Abdullah, insan terpilih menjadi kekasih Allah. Semasa situasi cemas, kerisauan kalau-kalau di kesan oleh pembesar-pembesar Quraisy, Rasulullah sentiasa menenangkan Abu Bakar.Keyakinan yang teguh terhadap Allah dapat mengunci pintu jiwa ketakutan. Kerana segala itu atas urusan Allah. Dengan izin Allah semua itu berlaku atau sebalik, kita sebagai hambaNya perlu bersedia menerima, menghadapi dengan redha.
"Wahai Abu Bakar! Jangan kamu sangka kita berdua sahaja, tetapi Allah ada bersama kita."
Hidup berTuhan menjanjikan kenikmatan dunia yang dicari-cari selama ini. Bila melakukan dosa, rasa menyesal itu ada dalam hati. Lantas beristighfar, mencari pengampunan Pemilik jiwa insan yang mudah alpa, leka dengan kemikmatan dunia sementara.
Kenapa aku senang-senang, meruntuhkan tiang yang selama ini dibina dengan susah payah?
Kenapa aku senang-senang merosakkan keindahan yang selama ini penuh perhiasan?
Kenapa aku senang-senang pudarkan kilauan yang selama ini digilap setiap masa?
Tergadai nyawa. Biarkan, asalkan Muhammad sentiasa dilindungi, Islam terus tertegak tinggi.
Kita? Alahai, ampuhnya semangat umat di kala ini. Di mana datangnya kekuatan? Dari Allah. Di mana petunjuk? Dari Allah. Aku perlu minta, mohon dengan bersungguh hati. Tidak boleh sombong, ruginya manusia yang sombong itu.
Wallahu'alam.
22/5/2010 Selepas selesaikan buku ini, akan ku hadiahkan pada temanku. Lebih baik kenali dahulu Muhammad bin Abdullah sebelum sahabat yang lain.
Membaca menambah ilmu,
Tingkat ilmu menjadi tahu,
Mantapnya jawapan bila disoal,
Jangan dilupa ilmu itu untuk diamal.
Amal dah lama tak berpantun,
Bila berpantun pelik bunyinya,
Amalkan hidup bersopan santun,
Baik budi pekerti dan sahsiahnya.
:) suka3...
0 Buah fikiran:
Post a Comment