Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 17, 2010

CC 006 : Guru

Assalamualaikum



Dahulu aku budak yang tidak tahu apa itu A B C
Cikgu ajar aku semua itu
Sehingga aku mampu mengeja dan membaca

Dahulu aku budak yang tidak tahu apa itu 1 2 3
Cikgu ajar aku bagaimana untuk mengira
Sehingga aku mampu bermain kalkulator
Sin Kos Tan hanya di hujung jari
Itu jasa guru
Perantara ilmu Tuhan

Aku pelajar pendiam
Suara emas bersuara bila ada keperluan
Cikgu sabar mengajar
Aku tidak pernah ponteng
Cikgu sangat gembira
Kini aku sedar, cikgu gembira, aku gembira

:)

Dahulu cikgu tanya
"Amal besar nanti nak jadi apa?"

Budak pendiam jawab
"Amal nak jadi guru macam cikgu."

Cikgu tanya lagi
"Selain tu, Amal nakjadi apa?"

Budak tak suka ponteng jawab lagi
"Amal nak jadi pensyarah, peguam."

Cikgu tersenyum
Kini aku tahu
Cikgu tersenyum, aku juga akan tersenyum
Cikgu sayang aku
AMAL SAYANG CIKGU!

17/5/2010 Dahulu Amal tak suka jadi doktor, sebab semua orang nak jadi doktor :)

Tetapi itu dahulu, perancangan Allah itu lebih bijaksana daripada segala. Aku perlu teruskan perjuangan ini, kini ku di pertengahan jalan. Harus teruskan.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates