Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, May 18, 2010

CC 007 : Ikutan

Assalamualaikum,

Book addict..Mungkin ini adalah istilah yang boleh digunakan buat masa ini. Bukan ulat buku tetapi suka bagi buku itu berulat, itulah Amal Athirah Zarzilah.

:)

Sekarang giliran Biografi Muhammad bin Abdullah. Dahulu ustaz dalam IKIM ada menyebut, jangan sesekali kita mendahulukan untuk mengenali para sahabat tanpa berusaha mengenali keperibadian Rasulullah, Pesuruh Allah itu sendiri.



Dengan kesedaran daripada kata-kata ustaz itu [apa nama ustaz itu ya..] molek kiranya kita berusaha mengenali seterusnya menjadikan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah sebagai qudwah hasanah di akhir zaman ini.
Katakanlah Muhammad, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu, dan mengampuni dosa-dosamu" Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan Allah dan kedatangan hari kiamat dan orang yang banyak mengingati Allah [Al-Ahzab : 21]
Sedikit sedutan yang menarik di permulaan kisah..
Tempoh Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu daripada beliau berumur lapan tahun sehinggalah berumur 21 tahun. Dalam hadis ada disebutkan yang bermaksud, "Tidak ada nabi, melainkan semuanya pernah mengembala kambing."

...Para ulama' cuba mencungkil kelebihan-kelebihannya. Mereka berkata, "Orang yang mengembala kambing selalu berada di padang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Orang yang selalu bersendirian mempunyai banyak masa untuk berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di Langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya, Begitu juga akan selalu dapat menilai dirinya. Keadaan ini menjadikan jiwanya bersih dan jernih..."
Begitulah sebaliknya. Zaman ini mengembala kambing hanya di kampung-kampung sahaja. Siapa kata? Penternakan moden, bandar atau kampung, selagi mana mampu dijadikan punca rezeki, itu tidak menjadi masalah dengan izinNya.

Ambillah masa untuk kita berfikir dan meneliti segala isi alam. Walaupun tidak semua, sebahagian daripadanya juga memadai daripada tidak.

Lagi sedutan..
Muhammad bin Abdullah tidak pernah berebut makanan di rumah Abu Talib yang ramai anak. Tetapi kadang-kadang makanan tidak mencukupi. Kerana tidak tahu berebut, kadang-kadang Muhammad tidak dapat makan dan tidur dalam keadaan lapar.
Abu Talib yang sedar akan keadaan ini akan mengkhususkan makanan bagi Muhammad. Daripada kecil lagi Rasulullah belajar untuk mengutamakan manusia lain. Muhammad manusia agung, kekasih Tuhan. Baginda contoh terbaik, diam baginda tersirat pelbagai maksud.

Jadikanlah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah sebagai panduan dalam hidup dalam pembentukan syahsiah diri menjadi lebih baik, pembaikpulih akhlak islami.

Waallahu'alam.

18/5/2010 Kurang 3 minggu cutiku berbaki, bersediakah aku untuk turun semula ke medan itu? :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates