Di pagi hari yang hening, aku menulis lagi. Sekarang sedang membilang hari saki baki cutiku yang tinggal, seminggu lebih lagi. Rasa tidak puas cuti, al-maklumlah cuti itu nikmat tetapi sebenarnya belajar, menuntut ilmu itu juga nikmat.
Semakin banyak belajar, semakin banyak pula yang tidak tahu.
Betul nak? [nak, bahasa sarawak yang bermaksud 'kan']
Hari ini ingin sekali berkongsi kata-kata Imam Ghazali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Nak jadi 'orang yang bertemu dan melihat' :) Mulia manusia itu bukan pada pandangan manusia tetapi mulianya manusia itu disisi Tuhannya. InsyaAllah.Apabila bertemu dengan kanak-kanak,
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding kita.
Apabila bertemu dengan oran tua,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup daripada kita.
Apabila bertemu dengan orang alim,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita.
Apabila bertemu dengan orang jahil,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
Apabila melihat orang jahat,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf terhadap kesalahannya.
Apabila melihat orang kafir,
berdoalah dalam hati agar pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.
Waallahu'alam.
27/5/2010 Detik waktu memisahkan manusia dengan alam. Boosting..
Terima kasih haliza sebab temankan amal jalan-jalan :) farah nadiya, maryam hijrah dan shahir, gembira bertemu kalian.
0 Buah fikiran:
Post a Comment