Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 24, 2010

CC 012 : Dengar

Assalamualaikum,

Dengar dengan apa? Manusia itu dengar menggunakan telinga. Bagaimana daripada bunyi boleh ditafsir menjadi suatu maksud yang boleh difahami. Apabila difahami dengan maksud yang tertentu, suatu perbuatan akan menuruti di belakangnya. Untuk faham, manusia itu perlu berfikir untuk menentu baik buruk maksud yang tercapai.



Oleh itu, mari dengar dan hayati lagu pilihan Amal pagi ini. Selepas jatuh hati dengan Muhammad, terpikat pula pada Hamzah, sahabat Rasulullah. Pahlawan Agung, perisai Rasulullah yang tidak pernah sekali gentar berhadapan dengan pihak musuh.

Ketewasan dengan syahid yang dijanjikan syurga. Manusia tewas dengan apa? Manusia sering tewas dengan diri sendiri. Ketewasan ini apa jaminannya? Hanya lesu, putus harap dengan rahmatNya yang melimpah ruah lalu terjerumus di lembah larangan Tuhan.

Ada lagikah mujahid yang mengejar syahid?

Bersama muhasabah diri.
Apa yang kurang boleh ditambah bukan?

Waallahu'alam.

25/5/2010 Buka buku! Buku Muhammad bin Abdullah. Bila pula giliran Talley O' Connor ni?

:) Senyum sokmo. Kita berTuhan, usah sedih keseorangan.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates