Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, May 5, 2010

CC 003 : Pagar

Assalamualaikum,



Sahaja ingin berkongsi satu hadis. Buat renungan bersama, buat hambaNya yang sering lupa bahawa adanya syurga dan neraka yang di janjikanNya.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibrail : 'Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.'

Lalu malaikat pun pergi dan melihat kepadanya. Kemudian ia datang dan berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya.'

Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.

Dan Allah berfirman: 'Wahai Jibrail, pergilah dan lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang memasukinya.'"

Nabi melanjutkan: "Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: 'Pergilah dan lihatlah kepadanya.'

Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian datang dan seraya berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya.'

Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman: 'Wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya.'

Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaanMu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya.'"

[Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai dan Ahmad]

Begitulah janji Allah, syurga dan neraka itu telah tersedia. Kelazatan nikmat syurga itu dipagari dengan kepayahan dan ketidaksenangan. Keperitan azab neraka dipagari dengan kesenangan dan kemewahan yang melalaikan.

Bersama kita renungi kelemahan diri. Yang lemah diperkuatkan, yang kuat dilatih-latihkan supaya tenaganya terus ada.

Waallahu'alam.

5/5/2010 Ingat lagi hok yang tu..xsuka3! Di sini terseksa, tidak tahu di sana bagaimana. Kuat!

:) dalam ketidaksenangan, selagi mampu. InsyaAllah.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates