Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, May 6, 2010

CC 004 : Usah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semalam dapat SMS daripada Kak Shida, kali ini kali ke-3 aku menjadi AJK Orientasi MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru) sesi 2010/2011. Sungguh cepat masa berlalu, sudah 2 tahun aku meninggalkan alam matrikulasi, tetapi ia tetap menjadi kenangan yang terbaik buatku.

Tempat ini banyak mengajar hamba ini.
Tempat ini tempat pentarbiyyahan.
Tempat ini mendidik jiwa yang tandus.
Tempat ini pernah menjadikan aku lebih kuat.

Matrikulasi Perak, Gopeng. Itulah tempat yang penuh suka duka sebelum aku meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di UNIMAS.

Di sanalah aku rasai keperitan, kepayahan menuntut ilmu.
Di sanalah aku rasai nilai pengorbanan.
Di sanalah aku rasai ditinggalkan orang tersayang.
Di sanalah aku rasai kehebatan ukhwah.
Di sanalah aku rasai kegembiraan selepas kepayahan.
Di sanalah aku rasai hidup berTuhan.

Perjalanan masih jauh. Perjalanan perlu diteruskan.

Tetapi masa itu telah berlalu. Dimana aku ditempatkan disitulah aku akan berbakti, InsyaAllah. Usah terlalu memilih tempat kerana sejak azali lagi tempat itu telah ditetapkan. Sebelum kelahiran lagi sudah ditetapkan waktu kematian, rezeki dan jodoh kita. Kenapa perlu dipersoalkan lagi? Terima seadanya :)
Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda: Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (ertinya): Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering. [Imam Tirmidzi]
Semua dengan izin Yang Maha Menjadikan. Kelemahan diri tidak mungkin dapat dihapuskan 100% kerana manusia itu sememangnya bersifat lemah kerana itulah hidup manusia itu berTuhan. Diturunkan seorang penyampai yang agung, Rasulullah, pesuruh Allah bagi memimpin umat manusia ke arah kebenaran hidup beragama.

Islam ditegakkan dengan mulia oleh RasulNya tetapi segelintir generasi hari ini, lupa akan itu. Tiang yang lurus kian bengkok. Begitu juga aku, lemah, mudah bengkok. Setiap hari ku mula dengan tekad baru. Tetapi tidak kekal lama, sering lupa matlamat hidup yang SATU. Aku mesti selalu ingat!
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: "Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, mintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata: "KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: "Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan." [Riwayat Muslim]
Berusaha jadi lebih baik kerana Allah.

Waallahu'alam.

6/5/2010 Perlukah menangis untuk menghilangkan rasa itu? Ya, aku perlu.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates