Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, May 23, 2010

CC 011 : Guru vs Doktor

Assalamualaikum,

Semalam, terfikir akan satu persoalan. 'Hari Guru'?

"Selamat Hari Guru, cikgu!" Kata anak murid pada gurunya.

Tetapi semalam ada seorang kawan menimbulkan persoalan dalam diri. Dia ucapkan, "Selamat Hari Doktor" selepas aku mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepadanya yang merupakan bakal guru. InsyaAllah jika diteruskan boleh jadi profesor.

Apa beza guru dan doktor?

"Guru mengajar manusia mengenai kehidupan, boleh dikatakan guru bermain dengan hidup manusia akan datang. Sama ada pelajar itu berilmu dan mempraktikkan ilmu itu atau sebaliknya."

"Sedangkan doktor bermain dengan nyawa manusia. Merawat dengan baik atau hanya menambah kemudaratan"

Guru dan doktor berbeza. Bertambah yakin.



"Guru mengajar di dalam kelas, lengkap dengan kemudahan mengajar kecuali jika mengajar diluar bandar."

"Sedangkan doktor ditugaskan merawat pesakit di dalam hospital atau klinik. Lengkap dengan alatan perubatan kecuali di kawasan pedalaman dan luar bandar."

Guru dan doktor berbeza. Yakin dan terus yakin.

Tetapi tanpa sedar di situ ada kesamaan yang tidak dapat dilihat secara jelas. Kedua-dua kerjaya ini akan mengalami kesulitan dalam tugas sekiranya berada di luar bandar atau pedalaman disebabkan oleh kemudahan dan alatan yang tidak lengkap.

Selain itu, guru berkaitan dengan kehidupan dan doktor berkait rapat dengan nyawa. Ya! Kehidupan dan nyawa itu jelas sekali menunjukkan saling berkaitan antara satu sama lain. Kehidupan tanpa nyawa, apakah itu namanya?

Ditambah lagi dengan tugasnya sebagai pendidik. Guru dan doktor adalah pendidik, hanya warga sasarannya sahaja berbeza. Kita semua adalah pendidik, tidak kira apa juga kerjaya kita. Pelajar? Kita juga adalah pendidik generasi muda.

Ditambah dan ditambah lagi, matlamat utama guru dan doktor itu sama. Sedar atau tidak, itulah realitinya. Bekerja kerana Allah. Kejayaan dalam kerjaya juga kerana Allah.

"Aku guru hebat, anak muridku semuanya berjaya dan cemerlang."

"Aku doktor hebat, pesakit-pesakitku sembuh dengan rawatan yang ku berikan."

Sepatutnya,

"Ya Allah, Alhamdulillah anak muridku berjaya dan cemerlang, semuanya tidak lain hanyalah daripada pertolongan dan berkat izinMu."

"Alhamdulillah, Kau sembuhkan pesakit itu. Aku hanya insan lemah yang tidak punya apa-apa kuasa."

Jelas lagi bersuluh. Setiap individu itu memainkan peranan mereka dalam membangunkan ummah dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya. Tidak kira apa jua kerjaya kita kelak, kita ada tanggungjawab dan amanah.

Semua orang boleh jadi guru dan doktor. Doktor hati diperlukan bagi merawat jiwa-jiwa kekosongan, hati-hati yang parah, luka berdarah :) Tak begitu, doktor. Guru juga begitu, guru rohani diperlukan bagi mengisi jiwa-jiwa lesu :)

Apa jua sekalipun, guru, doktor, jurutera, penyelidik, bahkan tukang jahit dan tukang masak/chef juga memainkan peranan yang besar bagi menyempurkan amanah ini. Fikir-fikirkan sementara kewarasan ini masih milik kita, anugerah daripada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doktor=Guru. Kesimpulannya, no versus, ada titik persilangan antara keduanya. Jika buat persamaan serentak mesti dapat jawapan. No error :)

Waallahu'alam.

23/4/2010 Tiba-tiba aku teringin mengerjakan haji, terasa rindu menghadap kaabah yang tersergam indah. Sempatkah? Masih banyak tanda tanya, tetapi yang pasti itu urusan Allah.

Rindu hendak meluahkan segala isi hati.
Kerana hanya Allah memahami.

2 Buah fikiran:

SF said...

assalamu'alaikum...

=)

solehah suka!

^^

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

wa'alaikumussalam..

:) amal lagi suka..suka3!

Semoga bermanfaat ya..insyaAllah

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates