Mampukah?
Dalam diri ada tekad untuk berubah menjadi lebih baik.
Mahu menjadi baik.
Tahu bagaimana ingin menjadi baik.
Tetapi mampukah aku?
Mampukah aku istiqamah dalam perubahanku?
Insan lemah sering tersungkur.
Namun bangkit semula demi Tuhan.
Aku bersyukur.
Mampukah?
Teruskan berubah.
Istiqamah itu perlu diperlajari.
Perlu tahu bagaimana ingin istiqamah dalam perbuatan.
Dalam niat dan lisan.
Terus mencuba..
Seorang sahabat baik pernah berpesanan, "Ingatlah bahawa iman manusia itu ada turun naiknya." Engkau sahabat yang baik.
Ya! Iman manusia itu ada turun naiknya ibarat pasang surutnya air, air laut itu tidak akan kering kontang, cuma surut buat sementara. Ada turun naiknya kerana kita manusia.
Ya! Iman manusia turun naik ibarat ECG -- electrocardiogram. Puncaknya tinggi, rendahnya menjunam. Waallahu'alam.
3/5/2010 Mari berubah jadi baik. Aku pasti dia pasti sedang berubah jadi baik. Mari sama-sama kita jadi baik.
Berubah kerana Allah!
:)
Sesungguhnya kelazatan syurga itu menanti hambaNya.
1 Buah fikiran:
salam kak amal.. saya merupakan pelajar kolej matrikulasi perak first intake pst. Saya tak sangka kak amal sebenarnya ada semasa orientasi tersebut. Saya pernah membaca blog kak semasa saya form five lagi.PAtutlah nama kak macam pernah dengar,saya masih ingat 2 orang penuntut Unimas MD semasa sesi perkenalan atas pentas hari tu,. Saya bercita-cita untuk belajar di unimas dalam bidang MD. Harap dapat berjumpa dengan akak tahun depan. Saya juga kehilangan ayah semasa tahun 2007. Dan saya masih ingat lagi tahun lepas saya baca entri akak, akak dalam dilema nak pilih antara unimas dan rcmp kan? Kakak saya pun belajar di unimas dalam bidang sains pengurusan sumber haiwan,kampus kota samarahan. Saya baru balik dari sarawak 2 hari lepas melawat kakak saya. Saya harap kita dapat terus berhubung, email saya: farahacs@gmail.com nombor telefon 0179132104.
Wasalam
Post a Comment