Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, April 12, 2009

Alfoon Mabrook!

Assalamualaikum wbt,



Buat akak2 dan abang2 2nd year kerana telah melepasi detik2 genting..hehe, CONGRATULATIONS! for successsfully pass the Profesional Exam =) Kejayaan milik kalian atas usaha dan tawakkal kalian padaNYA. Tahniah! Semoga kelak menjadi pendorong to take one step forward -- become a taqwa, faithful doctor, insyaALLAH.




To all my coursemate + matric pals + o'll school friends, all the best..Believe in ALLAH n u'll be fine..struggle, be smart..insyaALLAH, semoga ALLAH merahmati langkah2 perhambaan kita padaNYA. Menuntut ilmu kerana ALLAH..Kejayaan bukan semata2 terletak result anda tetapi dimana letaknya redha ALLAH padanya ..Fikir2kan. Usaha..usaha..usaha..Itu yang akan dinilaiNYA, insyaALLAH. Mak ayah jangan dilupa, restu mereka amat berharga =) Semoga cemerlang dunia akhirat~

"SEMAI BENIH DI DUNIA, TUAI HASILNYA DI AKHIRAT KELAK"

Friday, April 10, 2009

Terima kasih, Pak Guard!

Assalamualaikum

Mesti kalian pelik dengan tajuk entry kali ni. Hmm, tidak tahu mana perginya muslimin semua tatkala solat isyak berjemaah tadi. Aina antum? Afwan, bukan hendak bersangka buruk..Na'uzubillah min zalik tapi mana kalian ketika itu? Sedih hati..adakah ini petanda dunia akhirat zaman. Memang dunia ini sudah tua, benda yang berat dipadang ringan. Betullah, perkara yang paling berat adalah amanah..amat berat. Tetapi kini ia diringan-ringankan. Ana tahu kalian ada tanggungjawab ditempat lain, tidak kira sama ada di bilik sendiri atau urusan luar sehingga tidak sempat turun. (penulisan tidak sepedas kata-kata) Tetapi amanah tetap amanah (cili hanya pedas bila digigit ya)

Terima kasih pak guard! Tersentuh hati mendengar bacaan pak cik (sebagai imam) seperti menyampaikan sesuatu tadi, sudah lama tidak mendengar bacaan imam sedemikian disini. Bacaannya teratur dengan alunannya, satu-persatu..subhanallah. Semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan hidup pak cik, InsyaALLAH. Amin..

Tiba-tiba teringat KMPk (Kolej Matrikulasi Perak) yang banyak meninggalkan kenangan. Tempat yang paling meninggalkan kesan adalah masjid al-Maghfirah. Sesuai dengan namanya..tersergam indah, tempat pengabdian diri, memohon keampunan padaNYA. Disini tidak pernah kosong, jemaah solat lima waktu disini itu tetap terlaksana walaupun jadual padat. Imam-imam muda melaksanakan tugas mereka. Azan berkumandang bila tiba masanya, kedengaran sehingga ke kolej kediaman perempuan (kecuali kalau elektrik takde, senyaplah jawabnya..hehe) Namun, keadaan itu tiada disini. Rindu detik2 disana, insyaALLAH akan terjejak semula kaki ke sana cuti nnt =)


Indahnya tersergam, subhnallah..kenangan disini tidak akan dilupakan

Hidup manusia hanya sementara,
Masa hanya tinggal sedetik cuma,
Sedangkan tanggungjawab melebihi masa yang ada,
Sedarkah kita?

Perjanjian bertemu Yang Maha Esa kelak terlaksana,
Tiada lain yang dilihatNYA,
Hanya amalanmu, taqwamu, level iman yang di measure,
Bukan harta, atau sehebat mana anda bermain kata,
Waallhu'alam..

Maaf sekiranya tersalah kata, kerana itu hakikat yang perlu diterima. Yang baik itu datang daripadaNYA =) senyum selalu..Semoga harimu dilimpahi rahmah dan inayahNYA, InsyaALLAH.

Friday, April 3, 2009

Keluarga satu ANUGERAH

Assalamualaikum

Menulis lagi..Hari ni nak perkenalkan keluarga angkat amal di UNIMAS under family health program..bertujuan utk promote healthy lifestlye, enhance quality of life by building up da awareness to safety and health =) my partner is Emily Ng, nice to work with her..semua berjalan lancar.


mak & ayah angkat (sebelum kami berangkat pulang..)

Ibu angkat kami adalah surirumah sepenuh masa tapi tibanya musim perayaan, dia akan mengambil upah menjahit baju. Manakala bapa angkat kami bekerja sebagai buruh kasar, buat bangunan..berat kerjanya (",) Tetapi itulah kehidupan yang mesti ditempuh..Kesabaran kalian pasti ada ganjarannya =)


adik-adik angkat saya! =) comel mcm saya..

Banyak pengajaran yang dapat diambil daripada program ni. Walaupun mereka berbahsa sarawak dan kadangkala berbahasa melayu..itu tidak menghalang kami untuk berkomunikasi. Matlamat tidak menghalang cara =) Hidup mereka sebar sederhana, agak susah kerana perlu menyara 8 org anak. Namun demikian, ini tidak menghalang mereka untuk terus berusaha demi masa depan anak-anak mereka. Nama bapa angkat : Jeni bin Boh dan Mary bin Usaup, ibu angkat kami. Mereka baik =) Setiap kali nak balik, ada sahaja buah tangan yg disediakan..Semoga dimurahkan rezeki buat mereka, insyaALLAH, aminn~



ALLAH tidak memandang sedikit pun harta kita melainkan sekiranya kita membelanjakan harta itu ke jalan yang hak dan diredhaiNYA. Kesusahan dan kesenangan, adalah ujian buat hambaNYA. Adakah kita layak digelar beriman jika tidak diuji? Fikir2kan..Dalam kita bersenang-senang jangan dilupakan mereka yang didalam kesusahan.

Kesusahan itu indah,
Jika disulami dengan ingatan padaNYA,

Kesusahan itu perit,
Jika keluh kesah putus harap padaNYA,

Kesenangan itu nikmat,
Jika disalurkan ke jalan yang diredhaiNYA,

Kesenangan itu bencana,
Jika hanya cintakan dunia, lupakan MATI..

One more thing..HARGAI KELUARGA ANDA, salah satu hadiah bernilai didunia..Waallhu'alam.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates