Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, December 10, 2015

Berkat Basmallah

Alhamdulillah bakal menempuh posting ke 4 daripada 6 posting dalam alam housemanship ini. Pejam celik, pejam celik sudah setahun saya berkhidmat dalam KKM. Alhamdulillah. Pelbagai pengalaman diperoleh, daripada sebutir mutiara yang boleh disimpan sehingga segumpal sampah yang boleh dibuang selepas direnyuk-renyukkan (sampai begitu sekali!).

Kena marah?
*angkat tangan tinggi-tinggi*
"Saya pernah kena marah depan orang ramai."

Kena puji?
*angkat tangan sambil lambai-lambai*


Kena marah. Kena puji. Itu lumrah yang datang silih berganti. Bukan dalam bidang perubatan sahaja, malah dalam segala apa jua bidang, ia serupa. Yang bezanya, adakah kita terasa, ambil hati dan makan hati, atau menjadikannya sumber inspirasi untuk pecut ke hadapan.

Apa orang kata? Batu lonjatan.
'Awak marah saya, saya lompat atas awak nak naik ke atas.'

*Toing* (begitukah? Oh tidak!)

TIPS:
Bila kena marah, jangan menangis (bagi kaum wanita) di hadapan pemarah. Dengar apa yang dimarahkan itu. Sila berwajah tenang ya, selawat dalam hati banyak-banyak, ingat Allah. Nak nangis, nangis belakang-belakang :)

Sebenarnya lain perkara utamanya yang ingin disentuh disini. Jauh pula perginya. Saya hanya seorang doktor amatur, baru setahun jagung dalam bidang ini. Alhamdulillah masih mampu berdiri lagi sehingga ke hari ini. Daripada seorang yang sentiasa takut-takut, kini lebih yakin diri. Saya jadi begini bukan kerana saya hebat, O'sem, luar biasa, marvelous atau seangkatan dengannya. Tetapi dalam masa bergerak pantas ini, saya mulai sedar semua ini berlaku dengan izin Allah.

Ya, semua dengan izin-Nya.
Tiada yang lain.

Step yang paling mudah untuk kita mulakan dan amalkan adalah dengan menyebut Bismillaahir rahmaanir rahiim. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan dengan izin-Nya, semua dalam aturan-Nya.

Dahulunya saya seorang yang suka melebamkan tangan pesakit-pesakit saya, sehingga rasa gerun, tidak yakin untuk mengambil darah, set line semua (macam buat promosi produk kesihatan pula). Tidak percaya? Banyak tangan-tangan yang telah menjadi mangsa saya. Maaf sangat-sangat, saya tidak sengaja, saya mengaku akan kelemahan diri saya.

Namun dari sehari ke sehari, saya terus mencuba. Perfect practice makes perfect! Menambah keyakinan diri, dan yakin Allah akan permudahkan, akan membuka jalan bagi segala kesulitan. Saya mula mengamalkan Basmallah ini, bukan untuk 'aku baca ni, sure dapat/senang punya lah'. Tetapi lebih kepada menambah keyakinan diri, dan kebergantungan pada-Nya.

Dipermudahkan, Alhamdulillah.
Jika diberi sedikit kesulitan, jangan putus asa.
There is a way!
Keep positive!

TIPS:
Bila nak ambil darah atau insert line, baca basmallah, sediakan peralatan, aim betul-betul tempat yang ingin dicucuk dahulu. Kemudian cucuklah dengan basmallah lagi, jangan putus atas, yakin pada Allah. Allah yang jadikan salur darah itu, Dia jualah yang akan ketemukan. Jangan risau. Yakin, do it yourself, tawakkal ya. Selamat mencuba.

Kalau berjaya, Alhamdulillah.
Jangan pula riak, sombong.

Kalau tidak berjaya, cuba sekali lagi.
Jika tidak dapat juga, mintalah bantukan sahabat kita.
Inilah masa untuk eratkan hubungan persahabatan.
Apa yang penting, Kerjasama!

Alhamdulillah sekarang tiada lagi lebam-lebam seperti dulu. Tiada lagi sesakit dahulu, semua dengan izin-Nya.

'Kenapa doktor cucuk tak sakit?'
'Eh, mana ada cucuk tak sakit Pak Cik, cuma kurang sakit sahaja kot. Kalau Pak Cik nak sakit, saya boleh cucuk lagi' begitulah saya ni, suka berseloroh dengan pesakit.

Betul-betul rasa macam tengah promosi produk, sebab ada before and after. 
Cubalah ya, jom amalkan bersama.

'Amal ni asyik positif je.'
Sebab saya tidak ada sebab untuk become negative.


Rasulullah bersabda, “Setiap perkara yang tidak dimulai dengan bismillah (dalam riwayat lain: dengan mengingat Allah), maka amalan tersebut terputus (kurang) keberkahan-Nya.”

Jom amalkan, sebahagian daripada sunnah Rasulullah juga. Moga kehidupan kita lebih diberkati dan kebergantungan kita tidak putus-putus pada-Nya.


Kegunaan Basmallah ini sangat universal, tidak tertumpu pada satu-satu tempat atau situasi sahaja. Mahu melalui selekoh, baca basmallah. Mahu lintas jalan, baca basmallah. Mahu bermusafir, baca basmallah. Mahu keluar bekerja/belajar, baca basmallah.

Insya Allah sama-sama amalkan.
Tak mahu amalkan seorang-seorang.

Selamat beramal!
Waallahu'alam.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates