Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Masih lagi bernafas di pagi Jumaat ini. Penghulu segala hari. Lama sangat jari-jemari tidak menari-nari atas
keyboard. Kalau ada jari menari-nari atas
keyboard pun, sebab buat
discharge summary pesakit-pesakit di wad, sebab order ubat-ubatan buat pesakit kesayangan.
Sekali buka untuk edit blog, nampak mesej daripada adik-adik mencurah-curah tidak berbalas. Maaf sangat-sangat sebab sudah lama tidak membuka laman ini atas kesibukan yang hanya dijadikan alasan selama ini. Maka
entry ini buat menjawab mesej-mesej yang ada, harap sedikit sebanyak membantu, mungkin juga tidak membantu sebab ada soalan yang di luar pengetahuan diri ini.
Jom jawab~
Maka soalan-soalannya digunting dan tampal.
Assalamualaikum.
Saya nk tnya, btul ka rmai stdent dgree yg susah nk grduate kt unimas
sbb sstem ny agak lain or lbih kurg mcm sstem kt unimas ni agak strict
sgt2. Sbb ada snior saya yg ckp mcmtu, tp saya x ykin sgt. Lgpun saya
bru nk msuk asasi kt unimas jugakk. Tiba2 rsa tkut pulak nk smbung dgree
T.T.
Respon: Waalaikumussalam. Susah nak graduate? Alhamdulillah sudah ramai para graduan UNIMAS yang kini bergelar pegawai perubatan yang berjaya dan ada di kalangan mereka yang bergelar doktor pakar. Sistemnya agak strict (pandangan peribadi) tetapi sangat-sangat membantu dalam berdepan dengan alam kerjaya yang jauh lebih mencabar. Jangan biarkan perasaan takut itu menghalang adik mengejar cita-cita adik ya :)
Next...
Hai,akak.saya mndpat twaran tmuduga utk medic di unimas.tmuduga dia mcm mna ea?mungkin ad aptitude test ke?
Respon: Maaf sangat-sangat untuk soalan perihal interview. Zaman akak dahulu tidak ada interview. (Ok, nampaknya pemilihan untuk kemasukan semakin ketat). Semoga berjaya! Doa dan tawakkal bebanyak.
Ada banyak lagi soalan tetapi banyak yang sudah lama, harapnya adik-adik ini sudah mendapat jawapan bagi soalan mereka di sumber lain. Pertanyaan yang ditujukan di e-mail lebih cepat dibalas (memerlukan 2-3-4 hari juga, maaf jika tidak berbalas sebab terlepas pandang). Maka boleh cuba bertanya melalui e-mail ini, amalathirah@yahoo.com.
Doakan moga-moga selepas ini boleh menulis lagi, boleh berkongsi lagi pengalaman, ilmu untuk dijadikan pengajaran dan nilai tambah dalam hidup kita. Walaupun tidak banyak, biar sikit daripada tidak berisi apa-apa.
Jom lumba-lumba jad baik!