Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, August 8, 2015

SS

SS bukan Syok Sendiri
SS bukan juga Senyum Sorang-sorang :)

Tetapi SS kali ini untuk Siapa Sangka.
Alhamdulillah. Segala rencana ini atas izinNya jua.
Alhamdulillah.

Siapa sangka...
Jari-jemari masih menari-nari di laman ini setelah kian lama menyepi walaupun realitinya hidupnya tidak pernah sepi, sebaliknya kesibukannya melanda sehari-hari. Hampir 10 bulan dibiarkan laman ini berdebu, tidak dibersihkan. Kasihan...


Siapa sangka...
Dalam masa 10 bulan ini juga macam-macam sudah berlaku dan berlalu. Daripada sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar rencana aturan Allah. SubhanAllah.

Dalam percaturan hidup sehari-hari, kita diberi pilihan, ya 2 pilihan. Untuk teruskan mengejar matlamat hidup kita selama ini atau berhenti setakat mana kita berada, dan berada di titik itu sehingga Allah memanggil kita pulang. Sedangkan kita tahu bukan hasil itu yang Allah lihat, malah perjalanan kita ini sentiasa di bawah pemerhatian Allah.

Siapa sangka...
Bulan Disember tahun lalu, aku memulakan langkah sebagai seorang yang bergelar doktor. Walaupun selama ini, doktor bukanlah cita-citaku. Ya, cita-citaku ingin menjadi seorang guru (cita-cita pertamaku saat pertama kali disoal sewaktu zaman sekolah). Namun, inilah aku hari ini, seorang doktor, yang masih boleh dianggap junior dalam bidang ini.

Jejak aku dalam bidang ini, membuka mataku pada banyak perkara yang selama ini aku tidak tahu pun, atau senang cerita tidak ambil tahu pun. Alhamdulillah.

Jejak aku dalam bidang ini, awalnya menjadikan hidupku terumbang-ambing. Lebih-lebih lagi apabila suami berjauhan, meneruskan pengajiannya. Solatku, Al-quranku...Allah, hanya Dia yang tahu. Emosi juga turut turun naik bukit, air mata juga bertakung-takung dalam hati, tidak mampu dicurahkan lagi.

Jejak aku dalam bidang ini, memberi aku peluang mengenali ramai orang, daripada setinggi-tinggi pangkat manusia kepada pekerja bawahan. Kita semua serupa, semua bergelar manusia, semua daripada kita akan pulang bertemu Yang Maha Agung. Tiada beza.

Aku belajar daripada Iman Nasuha, Fawwaz, anak kecil yang luar biasa.

Siapa sangka...
Aku bakal masuk ke posting ke-3, Insya Allah. Moga terus bertahan untuk melengkapkan 6 posting ini. Mohon doa semua. Alhamdulillah. Moga terus diberi kesabaran dan ketabahan untuk teruskan segala apa yang sedang on going.

Benarlah, kita merancang, Allah jua yang yang menentukan.

Siapa sangka...
Auni Khadijah kini sudah 10 bulan lebih, Alhamdulillah. Salah satu sumber kekuatanku, walaupun hakikatnya, kekuatan ini hanya daripadaNya. Gelak dia, gelak aku. Nangis dia, nangis aku.

Kita sering mengeluh, hingga lupa sekecil-kecil perkara itu juga aturan Allah. Kita lihat perkara yang besar-besar sehingga tertutup pandangan pada perkara-perkara yang kecil. Contohnya, kita sedang menaip assignment/kerja yang perlu dihantar segera. Tiba-tiba, elektirk terputus dan kita lupa untuk save segala apa yang telah kita taip itu. Oh tidak!

Maka keluar bunyi-bunyi ini...
Ish...
Uhh...
Arghhh...
Aduhh...

Sehingga terlupa bekalan elektrik itu bukan daripada TNB tetapi daripada Allah hakikatnya. Insya Allah ada hikmahnya. Ada yang lebih baik menanti, usaha dan terus usaha.

*senanglah cakap, ingat senang nak taip semula*

 Bersangka baiklah padaNya, Insya Allah dipermudahkan. Yakin boleh! Positif selalu.

Allah nak aku buat lebih baik.
Allah nak aku terus berusaha dan tidak putus asa.

*bukan tuding jari pada orang lain, tetapi pada diri sendiri*

Aku juga manusia. Kita semua yang sedang membaca ini juga manusia.

Siapa sangka...
Awalnya merancang hendak tulis sikit-sikit saja tetapi tidak sedar sudah panjang. Rindu menaip seperti dahulu. Rindu ditarbiyyah dengan penulisan sendiri, yang pastinya ilham ini Dia yang punya.

Izinkan aku menulis lagi.
Insya Allah. Permudahkanlah.

"Ehem..lamanya menulis..." Ok ada suara dari belakang :)

Jaga masa untuk Dia.
Jom jadi baik!

*baik yang macam mana?*
Tepuk dada, tanya khabar Encik Iman :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates