Anak-anak sibuk mengejar cita-cita.
Bertahun-tahun lamanya berjauhan, belajar di perantauan.
Tidak cukup degree, berkejar untuk selesaikan master.
Anak-anak sibuk hendak menamatkan zaman bujang.
Sibuk mencari pasangan, calon teman hidup.
Sibuk buat persiapan walimah, planning jangka masa panjang.
Anak-anak sibuk bergerak dalam program di sana-sini.
Betullah, tanggungjawab melebihi masa yang ada.
Kadangkala kita terlepas pandang.
Namun, dalam duduk diam. Sayu datang menerpa diri. Sudahkah aku menunaikan tanggungjawabku terhadap anugerah Allah ini? Iaitu IBU dan AYAH. Allah...
Masa berlalu pergi, daripada tidak tahu berjalan. Kini mampu berlari jauh tanpa pimpinan. Wow, hebat kan? Sehebat mana kita, tanpa IBU dan AYAH, makanya kita bukan siapa-siapa. Tidak mungkin kita ada di dunia ini sehingga ke hari ini.
"Abah tu berat sebelah lah, sayang abang lebih...."
"Mak abah suka paksa-paksa, orang nak jadi doktor, orang nak jadi cikgu..."
"Bapak ni asyik marah je, tak pernah ambil berat soal anak-anak..."
"Mama ni, asyik berleter je..sakit telinga orang"
"Ayah ni sibuk sangat dengan kerja, selalu takde dekat rumah..."
Orang-orang itu mungkin juga saya, kamu, kamu dan kamu. Mengeluh. Sehingga menutup pintu kasih sayang dalam hidup berkeluarga. Sehingga memudarkan segala kebaikan yang sebelum ini disemai dalam keluarga. Suburkan kasih sayang itu selagimana Allah meminjamkan masa ini buat kita-kita.
Kini, saya ada IBU, AYAH telah 5 tahun pergi. Dan saat bersama itu akan selalu dalam ingatan, ibarat baru semalam dia pergi. Dan setakat itu sahaja saya mampu berbakti pada AYAH di dunia, InsyaAllah. Pada detik-detik akhir ini, sebelum melangkah ke alam baru, bertambah-tambah rindu kepada beliau. Allah..
"Babah, akan bakal sempurna harapan ini, InsyaAllah."
Masih ada ibu dan ayah, ibu atau ayah? Guna masa ini sebaiknya untuk berbakti dan dapatkan piala anak soleh/solehah itu. Jangan hanya berkejar degree, master, kahwin dan sebagainya sehingga terlepas pandang amanah di hadapan mata.
Wahai anak-anak,
Sudahkah cukup bakti kita pada IBU AYAH kita?
Sudah cukupkah kasih kita pada mereka?
Semua dengan izinNya.
Maka, dalam apa jua hal, kembalilah kepadaNya.
Dengan mengingatinya, hati akan sentiasa tenang.
InsyaAllah.
Sudahkah saya, kamu, kamu dan kamu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang anak? Sudahkah? Atau masih leka dengan agenda dunia semata-mata.
*dush*
Sila sedarkan diri sebelum terlambat.
InsyaAllah Allah sentiasa memberi masa yang sama rata kepada makhluk-makluknya.
Nak piala emas anak soleh/solehah?
*Nak..nak, angkat tangan tinggi-tinggi*
JOM-JOM!
:)
InsyaAllah moga dipermudahkan jalan ini.
4/1/2013 Ok rasa badan bongkok, tua dah ke? Pelihara masa muda, guna sebaiknya sebelum datang masa muda. Ada pula yang kata, guna sebaiknya masa 'single' sebelum masa 'married'.
Sila fokus pada matlamat akhirnya! :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment