Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, December 8, 2012

Teh Tarik Ais

Dalam duduk diam-diam, rehatkan diri di awal pagi. Terasa hendak berubah ke peringkat yang lebih baik. Level UP! Tetapi bila fikir-fikir semula, boleh kah?

"Dah cuba banyak kali ni, tapi last sekali u-turn balik ke jalan dulu."

Sudah berazam setinggi gunung. Namun masih jatuh tergolek-golek ke bawah. Bazir peluh!

Eh, mana ada bazir peluh. Berpeluh itu kan sihat. Allah bukan pandang setinggi mana kita panjat, bukan lihat gunung berapa meter kita daki. Pastinya Allah melihat pada usaha-usaha kita mendaki. Nak ke tak nak?

Tergolek-golek?
Jika bukan izinnya Allah, memang semua itu tidak akan terjadi kan. Sengaja digolek-golekkan pada awalnya sebab mahu melihat sejauh mana kita bertahan dengan sakitnya. Tahu erti sakit, biar lebih berhati-hati. Hati-hati, realiti kehidupan itu bukan semudah igauan kita.
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." [Surah Ar-Rum 36-37]
Rasa-rasa kalau dapat naik terus itu, rasa-rasalah kan ada tak rasa diri itu 'rendah' lagi? Atau sudah terpampang sana-sini, 'AKU SUDAH BERJAYA!' Snap satu gambar, post dekat facebook. Ramai LIKE! Adakah tu matlamat akhirnya. Pastinya tidak kan? Cuma kadang-kala perlu di POKE-POKE selalu.

OK bahasa facebook ^^'

Kembali kepada adegan golek-golek tadi, rasa sakit itu pengalaman itu kita mendaki lebih tinggi, dengan azam yang lebih melangit. Pengalaman itu menjadikan kita mendaki dengan penuh gaya! InsyaAllah.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta."[Surah Al-Ankabut 3-4]
Namun kalau LESU?

OK memang tipu lah kan kalau kata tenaga masih di tahap optimum. InsyaAllah bagi arah-arah kebaikan itu ada banyak lorong. Cuba! Belum cuba belum tahu kan. Cuba lorong kebaikan yang lain, yang dapat jadikan kita lebih komited dan istiqamah. Apa yang penting? Cari! Tak cari tak dapat ^^'

Kalau dapat sampai ke puncak, ucaplah ALHAMDULILLAH, maka istiqamahlah.
Sia-sia kalau sudah sampai ke puncak, namun hati dan azam tidak teringin untuk memuncakkan kembali ISLAM yang syumul atas muka bumi ini.

Apabila sudah berada dalam zon putih, maka istiqamahlah. Sebar luaskan zon itu menjadi satu empayar yang besar. Besarkan kembali PALESTIN dalam peta dunia! InsyaAllah.

Bagi yang masih mendaki (seperti aku!) yang masih berada antara zon hitam-putih (seperti aku!), jangan sesekali putus harapan. Sesungguhnya hanya kepada-Nya letaknya segala pengharapan, moga-moga suatu hari nanti dapat bergelar tetamunya yang bergaya di sana. InsyaAllah.

Usaha!
Dan teruskan pendakian OK!

InsyaAllah.
Waallahu'alam.

Yang baik itu hanyalah daripada-Nya.
Akhir kalam FIKRAA berhenti untuk saat ini ^^

OK hmm....

Nak jadi baik, namun bertangguh.
Rasa-rasa boleh ke AIS BATU nak cair tapi masih dalam suhu -100 degree celcius? Freeze!

Letak dalam Teh Tarik panas sedap ni!
Bagi cair, biar dapat serap dalam ruh baik-baik ^^'


 

8/12/2012 OK tajuk lari daripada isi asal (maaf-maaf). Kulit dan isi berpisah tiada, akhirnya bakal bersatu semula ^^ Plan nak tulis 5-6 baris, lain pula jadinya ^^' Aduhai!

Saturday, December 1, 2012

Oh Durian

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

 

Hening petang bersama bulatan bahagia, bercerita, berkongsi kisah, ilmu dan teladan. Buat hati terpaut dengan kebahagian berukhwwah. Di akhir berbulatan, sempat bertanya,

"Bulatan minggu depan nak apa-apa tak?"

"Akak, nak durian...!" sahut seorang adik dengan soalan itu.

"DURIAN? InsyaAllah, akak tak dapat janji, kalau sempat akak pecut pergi beli."

Maka, minggu berbulatan yang ditunggu-tunggu tiba lagi. Semerbak harum bau perfume baru surau, sehinggakan muslimin di bahagian sebelah turut dapat menghidu perfume baru itu. Bak kata orang, bila orang dah bau, kenalah hulur kan.

Dalam bulatan, sebagai penutup, letak sebiji durian atas pinggan, APA YANG ADIK-ADIK NAMPAK atau pinggan tu? (Ish, akak ni sempat lagi tanya-tanya sebelum bagi makan)

:)

Maka berpusinglah satu bulatan bahagia ini,

RESPON 1
"Durian ini berduri, kalau nak buka durian tu, kena hati-hati. Susah nak buka tetapi isinya manis. Maka hendak mendapat sesuatu kemanisan itu, kena bersusah-susah dahulu untuk dapatkan hasil yang baik. Kalau tidak sanggup bersusah-susah, macam mana kita hendak dapatkan rasa kemanisan itu kan."

RESPON 2
"Akak, saya nampak duri." :)

RESPON 3
"Saya nampak hijau."

RESPON 4
"Saya nampak tangkai." (tanpa tangkai, mana ada buah berduri tu)

RESPON 5
"Saya nampak ulat atas durian tu, lalu celah-celah duri durian. Ibarat melalui halangan dalam kehidupan ni."

Pelbagai respon daripada adik-adik, semuanya betul, tidak ada yang salah. Mulanya takut-takut untuk mengemukakan pandangan, akhirnya apabila keluar perkataan-perkataan ini, aku tahu mereka NAMPAK APA YANG MEREKA LIHAT.

 

DURIAN. Ya, buahnya berduri, berwarna hijau dan ada tangkai. Sebab itu namanya DURIAN sebab buahnya berduri-duri (betul kah konsep ni) Duri, hijau dan tangkai ini adalah IDENTITI DURIAN. Seperti kita-kita, ada identiti tersendiri. Ada yang bermuka bulat, bercermin mata, berkulit sawo matang. Itu aku! Setiap daripada kita ada identiti tersendiri. SubhanAllah! Hebat kan ciptaan Allah, menciptakan manusia itu dengan berbeza-beza acuan identiti. SubhanAllah!

DURIAN. Berduri itu ibarat IDEAL PERTAHANAN baginya. Bukan senang-senang orang mahu kumpulkan dalam sebuah guni. Bukan boleh senang balig-baling. Semua kena berhati-hati, silap baling jatuh atas kaki, menjerit kesakitan nanti.

Begitulah sepatutnya kita, perlu ada pertahanan diri. Bukan sahaja daripada pertahanan fizikal, malah spiritualnya juga. Fizikalnya, boleh lah bersilat dan sebagainya. Namun, yang lebih penting ada kubu pertahanan atau imunisasi rohani kita. IMAN kita, di mana letaknya? Adakah begitu mudah perkara mungkar boleh menembusi diri?

DURIAN. Buah yang punya rasa yang AWESOME! Isinya kekuning-kuningan, sedap! Tetapi sebelum dapat merasai itu semua, perlulah rasa sedikit keperitan ketika hendak membukanya. Luarnya sudah kental ada duri, isi dalamnya boleh sampai buat kita menggigit jari. SO MUSLIM yang AWESOME, kena baik luar dan dalam. Hati biar dipenuhkan dengan kemanisan iman. InsyaAllah jadi MUSLIM yang IDEAL.

MUSLIM yang IDEAL itu membawa haruman yang wangi seperti DURIAN. Cuba beli durian, bawa naik dalam kereta, InsyaAllah dalam tiga hari perfume itu akan bertahan. Biar kebaikan itu yang meninggalkan harumannya. Bersahabatlah dengan mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Pencipta, InsyaAllah haruman yang INGIN MENDEKAT itu akan melekat sekali pada kita.

Namun, jangan kita tinggalkan sahabat kita yang lain, cuba lekatkan sekali haruman kita padanya. Kalau ada bau sampah dengan durian, pastikan bau DURIAN itu menang! :)

InsyaAllah.
Sekadar satu perkongsian di pagi hari.
Semoga beroleh manfaat, dan berusaha menjadi MUSLIM IDEAL yang AWESOME.

InsyaAllah.
Lagi satu sebelum terlupa, IDENTITI itu, PERTAHANAN itu dan lahirnya MUSLIM IDEAL itu hanya dengan izin Allah. Rasa sedap, itu Allah yang jadikan. Duri tajam yang menyakitkan, itu Allah yang ciptakan. InsyaAllah MUSLIM IDEAL itu hanya Allah yang dapat bentuk dengan acuan hidayahnya.

 "Maaf terpanjang, tetapi itu yang mahu disampaikan. Peringatan untuk diri sendiri agar jangan cuma tahu makan, sebaliknya lebih daripada itu, makan sambil rasa kehambaan hidup berTuhan."

Waallahu'alam.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates