Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Kini semakin perlahan jari jemari untuk menaip cebisan idea, perkongsian dan mutiara ilmu yang diperoleh. Semakin banyak menulis, rasa perlu semakin ada rasa tanggungjawab dengan apa yang ditulis. Semakin panjang entry itu, semakin perlu ada rasa peduli untuk pastikan entry/post itu tidak sia-sia. Insya Allah.
Diri ini sememangnya kuat memerhati. Memerhatikan gerak geri manusia sekeliling. Mungkin kerana itu juga diri sendiri tidak sedar selama ini turut diperhati daripada jauh. Maka, berhati-hatilah selalu. Kita selalu diperhatikan, 24 jam! Jangan dirisaukan dengan pandangan manusia, pemerhatian manusia itu kerap kali meleset tafsirannya. Tetapi pandangan Allah itu jangan kita lupa, Allah Maha Melihat.
Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita mulia,
Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita soleh/solehah,
Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita tertib.
Rugi, kerana pandangan manusia itu tidak punya makna.
Setiap hari aku memerhati gerak geri manusia. Sangat gembira melihat orang sekeliling menjadi lebih baik, dan lebih baik. Melihat insan-insan tersayang mula bergerak daripada tidak tahu kepada tahu, dengan berkat ingin tahu daripada Allah.
SubhanAllah.
Alhamdulillah.
Melihat insan sekeliling yang dahulunya zero, kini perlahan-lahan melangkah menjadi hero/heroin. Hebat! Ramai insan sekeliling bergerak hatinya mendekati Pencipta. Alhamdulillah.
Namun, hati ini sayu dikala melihat terus ke dalam diri sendiri. Adakah aku akan berhenti setakat mana tahap aku berada sekarang ini? Adakah hanya sampai tahap ini sahaja aku mampu pergi?
Adakah langkahan ini hanya berhenti setakat ini?
Aku bukan sahaja aku tetapi kita semua. Adakah kita berpuas hati dengan amalan kita hari ini? Bagaimana dengan esok? Adakah sama dengan hari ini?
**********
Berbicara soal matlamat dengan beliau. SubhanAllah, matlamat kita sama, mungkin sahaja kebetulan. Insya Allah moga matlamat itu tidak hanya tinggal satu impian yang tidak dilaksanakan. Perlahan-lahan bergerak, mengatur langkah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Insya Allah.
Berbicara soal dakwah.
Dakwah itu perlu kreatif, perkembangkan usah diperkecilkan skopnya.
Hatta pemandu teksi, penjual tiket bas pun mampu menyampaikan.
Menyampaikan dengan mempamerkan akhlak yang baik, tutur kata yang sopan.
Itu ada nilainya yang tersendiri :)
Keluar kelompok selesa, dengan itu Insya Allah kita akan lebih rasa tanggungjawab.
Tugasan manusia itu semakin berat bilamana semakin meningkat umurnya. Dengan itu, amanah berat sedia menanti di hadapan sana. Tidak semudah yang disangka, sulaman dugaan itu perlu kita tempuh dengan tenang dan redha dengan aturanNya. Insya Allah akan mudah dengan izinNya jua.
:)
Insya Allah.
Persiapkan diri hadapi segala apa jua kemungkinan dalam aturan kehidupan ini.
Persiapkan diri untuk bertemu dengan Pencipta, bukan untuk bertemu dengan si dia.
Sila betulkan konsep dalam perubahan dan pembaikan.
Kerana Allah, bukan makhlukNya.
**********
Alhamdulillah beraya lagi.
Bila dikira berapa rumah sudah diziarahi di Sarawak ini, Insya Allah ada dalam 14 buah rumah.
Maka, lekatlah satu gambar kenangan :)
Kenangan hari ini tidak mungkin akan terukir sama di hari esok.
Maka hargai sebaiknya peluang dan kesempatan yang ada :)
Insya Allah.
Banyakkan muhasabah ya!
Waallahu'alam.
8/9/2012
Mabruk'alaikuma buat Zainab (Alumni KMPk) dan pasangan. Moga berbahagia sehingga ke syurgaNya. Insya Allah.
Membina generasi ummah yang KUAT!
Membina benteng pertahanan diri yang KUKUH!
:) Insya Allah.
(Pejam celik, kena belajar masak laksa sarawak ni! wajib!)