"Kita MANUSIA bukan ROBOT" :)
Dalam kita lalui mehnah kehidupan seharian ini, pandang sekeliling. Jika dihayati betul-betul, hidup ini HIDUP dengan USAHA dengan NIAT yang betul, hidup ini berjalan dengan aturan Allah dengan kudrat daripadaNya jua.
Bangun daripada tidur,
Dengan izin Allah jua selepas kematian sementara,
Dengan kudrat daripadaNya kita bangkit daripada tidur,
Dengan usaha dan niat keranaNya.
Pergi ke tempat kerja atau belajar,
Dengan izin Allah jua selepas persiapan diri yang sebaiknya,
Dengan kudrat daripadaNya jua kita melangkah,
Dengan usaha dan niat keranaNya.
Makan dan minum,
Dengan izin Allah rezeki itu melimpah ruah (ucaplah Alhamdulillah),
Dengan kudrat daripadaNya jua kita mampu untuk makan minum,
Dengan usaha dan niat keranaNya.
Tambah sahaja apa pun kegiatan seharian kita yang lain pada atasnya itu, kekalkan penyataan yang bawahnya. Penyataan itu tetap akan membawa kepada hakikat kehidupan berTuhan. Insya Allah.
Perkara simple! Cuma apabila kita lupakan Allah walaupun dalam kadar sekelip mata, maka rugilah kita. [peringaan terutamanya ditujukan buat diri sendiri, ketuk-ketuk] Rugi andai perkara yang kita lakukan, langkah ini hanya kerana dunia fana ini semata-mata. Rugi andai niat kita hanya kerana dunia yang indahnya hanya pada mata kasar kita.
Rugi!
Kita sering sibuk dengan hal ehwal dunia. Alangkah untungnya jika kita untung dunia dan akhirat. Untung sekiranya hal ehwal dunia ini kita connect dengan kemaslahatan akhirat. Untung kan? Saham kedua-dua dunia ini meningkat sama. Untung! Kurangkan rugi, tingkatkan untung.
Mahu fokus pada sesuatu perkara? Boleh, biar fokus itu ada SATU.. SATU FOKUS yang punya DUA HALA. Dua hala iaitu dunia dan akhirat dengan SATU MATLAMAT dan TUJUAN iaitu redhaNya. Dan seterusnya terbimbing ke arah SATU DESTINASI, mengharap redha Allah dan amalan lillah itu membawa kita ke syurgaNya. Destinasi idaman semua orang!
Untung!
Untung dua dalam satu (2 in 1)!
Jangan kita hanya JUARA di dunia, biar kita jugalah juara di akhirat nanti. Ya, kita dilahirkan sebagai juara, setiap daripada kita adalah juara. Bak kata seorang yang sangat dihormati, katanya, KITA ADALAH JUARA. Dalam bidang perubatan itu sendiri, persenyawaan itu berlaku apabila sperma daripada ayah disenyawakan dengan telur (ovum) daripada ibu. Dalam banyak-banyak sperma itu hanya satu yang akan disenyawakan (normal) selepas berlaku banyak persaingan. Juara hanya yang satu itu.
Kita adalah juara!
Untung!
Tetapi biarlah juara kita juara dua-dua. Dunia dan akhirat.
Insya Allah.
Re-fresh kembali tujuan kita hidup,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [Surah Adz-Dzariyat : 56]
Re-freshment!
Buat jiwaku dan jiwamu jua.
Hidup tidaklah lama, maka biar untung dua-dua. Carilah ibrah (pengajaran) itu daripada setiap inci jalan-jalan kehidupan yang kita lalui. Syukuri dalam setiap detik yang ada, kerana aturanNya itu sentiasa yang TERBAIK buat hamba-hambaNya. No doubt!
Kita tahu aturan Allah itu yang terbaik, tetapi kenapa masih lagi mengeluh?
Kerana mungkin pergantungan dan pengharapan padaNya itu kurang.
Kerana mungkin pengharapan pada dunia itu lebih tinggi dengan adanya rasa cintakan dunia.
Kerana mungkin lebih sukakan puji dunia dan lupa hina akhirat.
Muhasabah!
[Tepuk dada sendiri dahulu]
Waallahu'alam.
1/5/2012 Cepat benar masa berlalu~
Asalnya perkara lain yang mahu ditulis, tetapi lain pula yang tertaip.
Tegurlah diri ini yang punya banyak kelemahan.
Ucapan insan yang sangat dihormati, terkesan.
Jazakumullahu khayra katheera!
"Semoga Allah sentiasa memberkati, memberi rahmat, dan mempermudahkan segala urusan yang Amal lakukan sepanjang masa. Kami di sini sentiasa mengharapkan dan berdoa agar Amal berjaya dan diterangkan hati bagi dipermudahkan apa yang dipelajari. Insya Allah." [PCZ dan MCN]
Allahumma amin ya Rabb. Insya Allah.
Semoga kehidupan kalian sentiasa berada di bawah pemeliharaanNya jua. Insya Allah.
Amin.....
:)
0 Buah fikiran:
Post a Comment