Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, April 15, 2012

Luas Erti

'Istikharah itu punya pengertian yang luas, maka sebarkanlah...'

Kita selalu kaitkan istikharah dengan pemilihan jodoh kan. Memang tidak dapat lari. Apabila berkata perihal mencari pasangan hidup, istikharah akan turut diperkatakan. Tidak pada situasi yang lain, dimana kita perlu membuat pilihan. Tidak kiralah keputusan yang besar atau kecil dalam hidup kita. Kita tinggalkan istikharah itu dibelakang, lebih mencari jawapan daripada istisyarah. Istisyarah itu tidak salah, ada baiknya tetapi lebih baik sekiranya Allah itu kita dahulukan. Sila betulkan!

Istisyarah itu tidak akan lengkap tanpa istikaharah.
ISTISYARAH adalah usaha kumpul pendapat antara pro n kontra melalui mesyuarat (usaha).

Insya Allah sama-sama kita amalkan.
Amalan dimana agar selalu beringat bahawa hidup kita adalah dalam lingkungan pengetahuanNya 100% sama ada yang telah kita lalui, sedang atau bakal kita lalui di hari mendatang.

Ya, dan setiap amalan itu memerlukan kesungguhan.

Kata Ustaz Hasrizal, "Sebelum istikharah, kena istisyarah. Usaha kmpul pendapat antara pro and kontra. Then, solat istikharah untuk tetapkan hati buat keputusan. Jika nanti ada apa-apa yang di luar jangkaan berlaku sekali pun, tak terkilan kerana keputusan benar-benar dibuat dengan membulatkan hati kepada Allah."

Membulatkan hati kepada Allah selepas usaha.
Ya, di situlah letaknya tawakkal yang sebenar-benarnya.



ISTIKHARAH bermaksud memohon dan meminta yang terbaik.

Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah Taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Firman Allah Taala : "dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah).." (Surah al-Qasas : 68)

Imam Ibn Hajar ada menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari bahawa Al-Imam Hafiz Abdul Rauf al-Munawi berkata : "Istikharah adalah meminta yang terbaik daripada Allah taala pada sesuatu perkara yang ingin dilakukan, hakikatnya adalah kita menyerahkan ikhtiar dan usaha kita hanya kepada Allah taala, ini adalah kerana hanya Dialah sahaja yang mengetahui yang terbaik kepada setiap hamba-nya, dan Dialah penentu keatas apa sahaja yang terbaik sebagai pilihan kepada hamba-Nya."

Begitulah perihal seorang muslim disisi Tuhan-Nya, sentiasa menyerahkan setiap ceruk hidupnya hanya kepada Allah sebagai penentu setiap keputusan. Ya, setiap penjuru kehidupan itu termasuk dalam aturan Allah jua. Maka, mohonlah kepadaNya untuk membimbing langkah kita ke jalan yang Allah redha.

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah Taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)

Rasulullah ada mengajar kepada ummat baginda untuk beristikharah.
Maka, ia adalah sunnah!

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila merancang salah seorang daripada kamu dalam sesuatu perkara, maka hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat.." (Riwayat Imam Bukhari
)

Ia punya nilai tambah pada seseorang muslim itu, dimana terserlah kehebatan muslim apabila meletakkan Allah itu sebagai NO 1. Muslim itu hebat kan?

Imam ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari ada menyatakan tentang Solat Istikharah : "Telah berkatalah ibn Abi Jamrah : Ianya adalah umum dan dikehendaki dengannya khusus; Maka sesungguhnya perkara yang hukumnya Wajib dan Sunat tidak perlu dilakukan Istikharah pada mengerjakan kedua-duanya, adapun bagi perkara-perkara yang Haram dan Makruh juga tidak perlu dilakukan Istikharah dalam meningalkan kedua-duanya, maka bahawasanya Solat Istikharah hanya tertentu kepada perkara yang Harus sahaja."

Dan, apabila istikharah itu telah dilakukan, maka dengan petunjuk dan bimbingan Allah itu, bolehlah dibuatnya keputusan itu dengan hati yang tenang. Membulatkan hati kepadaNya, apa jua jalan yang bakal ditempuh selepas itu akan mengukir senyuman di bibir beserta zikrullah yang berpanjangan. Insya Allah.

Jawapan istikharah itu bukan daripada dorongan hawa nafsu!

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : "Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut."

Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : "Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)."

Untuk hujahan lanjut berkenaan dengan istikharah ini, boleh ke laman web ini, yang menjadi sumber penulisan saya pada hari ini. Banyak yang perlu kita pelajari, belajar untuk tahu dan usaha untuk mampu. Mampu melaksanakan ia dengan sebaiknya, hasilnya membawa ketenangan hati apabila usaha itu diiringi bimbingan Allah.

Moga gerak dan langkah ini semua dalam bimbingan Allah jua.
Insya Allah.

Praktikkan, istikharah itu bukan sekadar pada perihal mencari jodoh. Pengertiannya luas, sangat luas, di sana ada satu sumber kekuatan untuk melangkah den bergerak ke hadapan tanpa rasa ragu-ragu dan gusar. Insya Allah.

Istikharah buat milik individu, ia milik semua!

Buka mata, ISLAM itu INDAH! :)

Waallahu'alam.

15/4/2012 Penulisan di pagi hari, alhamdulillah.

Terima kasih kepada yang Allah, juga perantaraan yang memberi ilham kepada diri ini untuk menulis. Terima kasih! :)

Insya Allah. Untuk jiwaku dan jiwamu juga.
Moga hari ini lebih baik daripada hari sebelumnya.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates