Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Masih jua diberi kesempatan untuk menulis walaupun sebenarnya punya banyak masa tetapi tidak mampu meluahkan kata-kata apa yang ingin disampaikan dan dikongsikan bersama. Belum tentu ada orang yang membaca blog ini tetapi biar ia menjadi kenangan, menjadi catatan mata yang melihat. InsyaAllah.
Biar tidak ada orang baca, kerana blog ini sebenarnya, asalnya bukan untuk siapa-siapa. Kerana ianya untuk memberi peringatan buat diri penulis yang selalu lupa dan alpa. Penulisnya juga bukan siapa-siapa apatah lagi punya daya penarik, cuma menulis untuk ajar diri supaya melihat isi alam dengan sewajarnya. InsyaAllah.
Depan MATA.
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, ditayangkan keindahan berbaitul muslim di hadapan mata. Bukanlah bermaksud penulis sudah dekat ke arah itu, cuma apabila melihat keindahan itu, terasa subhanAllah, nikmat ISLAM itu luas!
Depan MATA (1)
Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat berprogram bersama adik-adik junior serta beberapa orang fasilitator daripada kampus induk. Mereka adalah Ummi, Amirah dan Kak Hidayah.
SubhanAllah.
Seorang insan yang sebelum ini pernah bertukar-tukar pendapat melalui laman mukabuku, akhirnya kami dipertemukan di dalam program ini. Siapa? Dialah Ummi Noorhanifah, adik junior matrikulasi. Sangat-sangat terkejut, juga bahagia dapat dipertemukan dalam satu program tanpa dirancang. Itu aturan Allah jua.
Waktu ice-breaking fasilitator dan AJK,
"Assalamu'alaikum, ana Ummi xxxxx....selaku camp com di sini, InsyaAllah."
Tidak berapa jelas nama itu, tetapi waktu diperkenalkan dirinya dihadapan peserta,
"Assalamu'alaikum, nama akak Ummi Noorhanifah....."
SubhanAllah, inilah insan yang pernah bersua di alam maya.
Alhamdulillah 2 hari bersama bagai sudah kenal terlalu lama. Gurau senda, gelak tawa, itulah ikatan ukhwah yang sangat-sangat indah. Catat-catat di sini, biar terus kekal dalam ingatan. Kembali semula kepada perkara utama, semasa berada dalam program ini, ada sebuah keluarga yang turut serta di mana salah seorangnya adalah pegawai pengiring program ini.
Memerhati daripada kejauhan.
Solat jemaah bersama-sama.
Ke tepi pantai bersama-sama.
Mendengar pengisian ilmu bersama-sama.
(Sehingga anak-anaknya itu tertidur, bed time!)
Indah!
Indah andaikata ISLAM itu dipraktikkan sepenuhnya.
Depan MATA (2)
Dengan aturanNya jua, tidak dapat terus berada di dalam program bersama adik-adik kerana perlu segera pulang ke Kuching, seterusnya bertolak ke Serian untuk District Hospital and Family Medicine.
Baru dapat rasa, hidup bergerak!
Moga-moga dengan gerak itu, hati juga turut sama.
InsyaAllah.
Semasa hendak pulang, tiada siapa boleh teman sebab masing-masing punya tugas dan amanah yang belum selesai. Alhamdulillah. Ustaz yang menyampaikan slot terakhir pada tengah hari itu menawarkan 'khidmat' menunjukkan jalan.
Alhamdulillah.
Berhenti solat zohor di surau berdekatan.
Ya, keluarga ustaz juga berjemaah dalam solatnya. SubhanAllah. Sudah alang-alang berada di tempat kejadian, maka ikutlah sekali berjemaah. Alhamdulillah diperlihatkan di hadapan mata, usrah-usrah (keluarga-keluarga) sakinah. Harmoni! Semua orang di antara kita impikannya bukan?
InsyaAllah.
Tiada yang mustahil!
[Memandu sendirian memang mencabar, lebih-lebih lagi bila kena ikut kereta ustaz daripada belakang :) Bila mula rasa mengantuk, nyanyi nasyid yang berkumandang semasa itu kuat-kuat. Laju juga, Alhamdulillah ustaz bantu dalam adegan potong-memotong. Jazakallah ya Ustaz Sulaiman!]
Depan MATA (3)
Alhamdulillah baru-baru ini di Serian. Untuk posting yang baru, satu jam perjalanan dari Kuching. On-call time!
Waktu solat maghrib, berjalan kami ke surau hospital. Kebetulan ada sekumpulan jemaah sedang solat bersama. Selepas solat, ada seorang wanita ke bahagian tempat solat lelaki.
SubhanAllah.
Rupa-rupanya ada sesi tadarus al-Quran dengan suaminya.
Setiap bacaan yang tidak betul, diperbetulkan.
Dibacanya al-Quran itu bersama-sama.
[Lagi best kalau dapat tadabbur bersama kan?]
**********
Manusia, apa yang diperlihatkan itu kurang kita 'lihat', kurang diperhatikan betul-betul dan ambil pengajaran. Open your eyes, look around yourself! Pengajaran, tarbiyyah daripada Allah itu terbentang luas, istimewa buat hamba-hambaNya. Istimewa! Tetapi kita kurang 'melihat'.Kita memohon, "Ya Allah, tunjukkanlah kami kekuasaanMu."
Kita memohon, "Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang Engkau redhai."
InsyaAllah, Allah tunjukkan semua itu. Tetapi andaikata MATA itu tidak MELIHAT, iaitu mata hatinya tertutup rapat. Maka, apa jua yang hendak diperlihatkan itu tidak dapat kita ambil pengajaran/ibrah.
Jalan yang Allah redha? InsyaAllah, Allah sentiasa bimbing, tetapi jika kita sendiri tidak sedarkan diri, tidak cuba kejutkan diri yang lena. Maka, jalan itu tidak dapat kita lihat. Cuba bayangkan, kita mahu ikuti jalan, mahu kehidupan yang Allah redha tetapi dalam setiap inci perbuatan kita, ada atau tidak kita fikir, "Allah redha ke tidak dengan apa yang aku buat ni?" Ada kita fikir, "Allah suka tak hambaNya buat begini dan begini?"
Ya, benar.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan maksiat.
Hatta golongan alim ulama' juga tidak terlepas, kerana kita bukan ma'sum.
Namun, tidak salah mencuba kan?
Tidak salah mencuba untuk jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang jauh daripada rahmat Allah. Tidak salah mencuba kan? Tidak salah untuk kita lakukan kan?
Tidak salah!
Pilihan itu ada dalam genggaman tangan kita,
Aturan hidup kita hanya dalam pengetahuanNya.
InsyaAllah, sama-sama bergerak ke arah zon putih, zon selamat.
Muhasabah itu penting, untuk nilai semua tahap iman dalam diri.
Andai kurang, tambah.
Andai stabil, istiqamah.
Sama-sama muhasabah.
InsyaAllah.
Waallahu'alam.
30/3/2012 Pantang tulis bab baitul muslim, timbul banyak spekulasi :) hentikan.
InsyaAllah sekadar satu perkongsian, mungkin boleh diambil pengajaran untuk contohi dalam keluarga. Lihat dengan mata hati, moga hati-hati ini masih segar, dan belum layu. Takkan pernah layu! InsyaAllah.
Jauhi kontroversi,
Tingkatkan prestasi,
Banyakkan muhasabah diri! :)
4 Buah fikiran:
As salam...
syukur alhamdulillah kerana Allah beri peluang untuk kita "bersua" dengan setiap "pertemuan" yg boleh kita mbil hikmah pertemuan tersebut..terpulang dgn diri kta untuk menilai..
Wa'alaikumussalam kak wawa!
:)
InsyaAllah moga pertemuan itu punya redha Allah. Walaupun seketika, tetapi disitu ada banyak pengajaran yang kita dapat, InsyaAllah.
Kak wawa, rinduu!
rindu kat amal & adik2 yang lain gak..
rinduu kak wawa dan kakak2 y lain juga..jom baling lepas gawai nanti, hujung bulan 6 amal akan ke sibu! :)
Post a Comment