Kekasih Allah
Muhasabah cinta buat jiwaku dan jiwamu.
Re-fresh rasa RINDU pada yang HAQ!
Engkaulah utusan Allah, kekasih Allah s.w.t.
Wahai jiwa, cintailah Allah, cintailah RasulNya,
Pengorbananmu
Niat sucimu menyampaikan risalah Islam kepada manusia, dituduh dengan pelbagai tuduhan palsu dan hina.
Ketika engkau solat di Ka’abah, ‘Aqabah Abi Mu’it datang mencekikmu.
Suatu ketika engkau sedang sujud solat, engkau dilemparkan dengan najis sembelihan dan ditertawakan oleh musyrik Quraisy. Engkau menanggung pelbagai kejian dan maki-hamun. Wajahmu diludah. Engkau dan para sahabat diuji sehingga terpaksa makan daun-daun dan pucuk kayu semasa pemulauan.
Di Taif, engkau dilontar dengan batu-batu sehingga berdarah kedua belah kakimu.
Di tengah kehangatan perang Uhud, besi perisai menusuk pipimu. Dahimu dicalari, darah mengalir di wajahmu. Kesemuanya engkau hadapi dengan tabah, demi perjuangan dakwah ilAllah.
Nikmat Islam dan Iman yang mendamai di jiwa kami ummatmu, adalah hasil kegigihanmu. Terlalu hebat kegigihanmu, terlalu besar pengorbananmu.
Engkaulah Cahaya
Di saat kegelapan mengisi ruang hidup manusia, engkau hadir wahai Rasulullah.
Kegelapan yang menyesakkan dada dan menyedihkan perasaan manusia.
Kegelapan yang perlu kepada cahaya yang menyuluh jalan petunjuk.
Engkaulah cahaya wahai Rasulullah.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
Rindu
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.
Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan)…[Riwayat Muslim]
Wahai jiwa, rindukah engkau kepada Baginda s.a.w. ?
Cintakah engkau kepadanya?
Inginkah engkau bertemu dengannya?
Apakah usahamu?
Di manakah mujahadahmu?
Kesempurnaan Iman
Daripada Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada dirinya, keluarganya serta seluruh manusia. (Muttafaqun ‘alaih)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata:
“Sesungguhnya engkau yang paling aku cintai daripada segalanya, kecuali diriku.”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidak! Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, sehingga aku menjadi orang yang paling engkau cintai, walaupun terhadap dirimu sendiri.”
Umar terdiam sejenak, dia memahami bahawa hak Rasulullah s.a.w lebih penting daripada yang selainnya, lebih utama daripada seluruh makhluk termasuk jiwanya sendiri yang wajib dikorbankan demi Rasulullah, kerana bagindalah yang telah menyelamatkan jiwanya daripada api neraka.
Akhirnya Umar berkata: “Sekarang, demi Allah! Sesungguhnya engkaulah yang paling aku cintai walaupun terhadap diriku sendiri.”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Sekarang (sempurnalah Imanmu), wahai Umar.” (Riwayat Bukhari)
Wahai jiwa,
Adakah baginda insan yang paling utama dalam hidupmu?
Ya RasulAllah
Ya RasulAllah,
Kami merinduimu
Kami ingin mencintaimu
Kami berusaha mencintaimu.
Maafkan kealpaanku, dalam menuruti jalanmu.
Maafkan ketidakgigihanku, dalam menghayati risalah Islam yang engkau perjuangkan.
Maafkan ketidaksungguhanku, dalam menyambung perjuangan dakwahmu.
**************
RINDU hanya pada yang haq, yang halal bagi kamu. InsyaAllah barakah Allah itu akan sampai terus ke hati yang akan membuahkan rasa tenang, bukan lagi resah atau gelisah.
RINDU hanya pada yang haq itu merupakan terapi hati untuk rasa bahagia, bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat sana. Di mana ada redha Allah, maka itu yang kita cari-cari. Bukan lagi menjauhi tetapi mendekati.
RINDU hanya pada yang haq akan membuatkan kita selalu ingat matlamat hidup kita, sentiasa sedar dakan setiap tindakan, walaupun gerakannya hanya seinci cuma. Namun, itu dirasakan penuh makna.
Jika Rasulullah rindukan KITA?
Adakah KITA rindukan Rasulullah?
Apakah pembuktian rasa RINDU itu?
Tepuk dada, tanya apa guna hidupbernafas?
Tepuk dada, tanya apa guna hidup punya pancaindera?
Jom muhasabah di pagi hari :)
InsyaAllah.
Waallahu'alam.
21/3/2012 - Be productive muslim! :)
Productive + Proactive = ________FILL IN THE BLANK_______
Banyak sungguh mahu dikongsikan, mahu dicatat sebagai pengabadian. Namun apakan daya, alasan lagi! [muka innocent] ;)
Forensic posting --> District hospital & Famili medicine :)
InsyaAllah, Allahu yusahhil..
0 Buah fikiran:
Post a Comment