Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 28, 2011

One and Only

Sedang buka mukabuku, terlihat satu video klip lagu terbaru maher zain barangkali. Sekali dengar, subhanAllah teringat mama di rumah. Dahulu diri ini kecil, tatih berdiri yang kini boleh berlari. Number One for Me :) Ini liriknya.

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain i put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are The Number One for me

You know you are The Number One for me
You know you are The Number One for me
Number One for me

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
‘Cos now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now i’m trying to do it to
Love my kids the way you do (InsyaAllah)

There’s no one in this world
That can take your place
Ooo I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Mama, kadangkala air mata tumpah, mengalir jua kerana tidak dapat berdekatan selalu denganmu tetapi doa ini selalu menghubungkan kita, sentiasa setiap waktu, InsyaAllah.

Kekuatan mama anugerah Allah menjadi inspirasi diri sepanjang waktu, biar jatuh, biar rebah. Namun tidak sesekali terus tersungkur, tetap akan terus bangkit kerana kehidupan itu bukan bermatlamatkan mudah menyerah. Sebaliknya, penyerahan 100% padaNya, InsyaAllah dengan itu hati akan sentiasa tenang walaupun pelbagai ujian datang dan pergi.

Mama,
I'm all grown up now,
By time,

I'd learn a lot from you,

How to be a strong person,

How to strive in this life,

How to confront with real life,

Mama,

You're the greatest gift from Allah,

There's no one can take your place,

I'll try my best to make you smile,
I'll try my best to make to happy,
Be proud of us,


Mama,

I'm all grown up now,

The time for me to put a smile on your face,

As you do to me during I'm cry,


Mama,

Even I'm far away from you now,

I'm really hope you're happy there,

Always ask Allah to make you happy throughout the day,

Always ask Allah to ease your day,

Mama,

Your strength is my spirit,

Miracle gift to make me stronger,
As you see,
I'm grown up now,


Yes, to make you happy,

To keep your smile at your face,


Mama,
I love you so much!

Maka, syukuri anugerah Allah yang berada di sekeliling kita. Hargailah seadanya selagimana ada peluang untuk berbuat demikian. Peluang itu datangnya hanya sekali, ambil kesempatan dalam peluang yang Allah berikan untuk berbuat kebaikan. Ya, kebaikan di dunia yang membawa kebahagiaan abadi di akhirat kelak. InsyaAllah.

Setiap hari,
Perbaiki diri,
Jadi anak soleh/solehah,
Perjuangkan status hamba,
Hamba yang tidak berhenti bergerak,
Cari jalan pulang yang terbaik,
HambaNya yang sedar akan pulang akhirnya kepada Pencipta.

Muhasabah diri.
Hadiah apa yang kita akan persembahkan padaNya tanda cinta kita padaNya?
Adakah sekadar kata syukur pada bait-bait kata sahaja?

Sila sedarkan diri wahai diri!

Waallahu'alam.

28/10/2011 Learn to be a better person, from day by day. May Allah blessing it! InsyaAllah.

Perjuangkan matlamat yang SATU,
Ya, perjuangkan cinta yang SATU itu.

Monday, October 24, 2011

Jaga Kesihatan

Sekadar satu perkongsian yang boleh diamalkan. InsyaAllah.
Daripada sini.



BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Alhamdulillah jam 12.30 am terbaca artikel di atas. Ya, moga hati-hati kita semakin dekat dengan Allah dan rasulNya, InsyaAllah.

Waallahu'alam.

24/10/2011 Perkasa diri, hiasi peribadi!

Sunday, October 23, 2011

Jaga Diri

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Hari demi hari kita lalui, suka duka sudah kita rasai. Kekuatan yang datang tanpa kita sedari semua itu daripadaNya. Apabila dikenang kembali peristiwa lampau yang perit, buat kita tertanya-tanya;

'Bagaimana aku boleh hadapi semua tu dahulu?'

'Macam mana aku boleh kuat macam tu?'

Apabila kita lalui hari-hari ini dengan pengharapan juga ingatan padaNya, InsyaAllah ketenangan itu akan datang sendiri tanpa diundang. Apabila kita serahkan segala usaha dan penat lelah itu padaNya, InsyaAllah dianugerahkanNya yang terbaik buat kita.

Namun begitu, dalam menjalani hari-hari ini kita perlu selalu JAGA DIRI, jangan hanya berserah tanpa usaha untuk JAGA DIRI.

JAGA DIRI,
Termasuklah zahir dan batinnya sekali.

Biar terjaga hati dan perbuatannya,
Biar terjaga tutur kata dan peribadinya,
Biar terjaga pancaindera, juga langkahnya.

Kerana dengan menjaga diri itu, membuat agama kita terpelihara, terjaga martabatnya yang ulung, juga maruahnya yang agung. Apabila Islam itu bermula daripada dalam diri, maka InsyaAllah sejahteralah kehidupan dunia yang bertunjangkan akhirat.

Maka, jangan sesekali pisahkan agama dengan kehidupan.

Tidak kira dimana, tidak kira semasa berhadapan dengan siapa pun.
Tidak kira ke mana kita dicampakkan, ke dalam golongan mana sekalipun.

Jangan pernah kita goyah,
Jangan sesekali kita rebah,
Jauh sekali untuk berubah.

Seandainya, di sekeliling kita insan-insan yang sefikrah, insan-insan yang alim, berilmu. Maka bersyukurlah kerana dengan itu kita selalu beringat, kita selalu ditegur, terasa selalu diperhatikan. Namun, perbetulkan hati, agar apabila suatu hari nanti apabila ditakdirkan kita berada ditengah-tengah kelompok yang berbeza, kita tahu JAGA DIRI.

Seandainya, di sekeliling kita pada masa ini, insan-insan yang tidak sefikrah dengan kita atau kurang faham akan agama. Maka, usah risau, mereka juga makhluk ciptaan Allah yang berhak tahu tentang agamanya. Dengan itu, sampaikanlah, moga-moga dengan itu pegangan kita bertambah utuh, tidak lagi ampuh.

Maka, dalam situasi apa pun kita tetap insan bertuah.
Asalkan pandai JAGA DIRI walau dimana, saat bila sekalipun.

Jangan disalahkan orang-orang disekeliling kita.
Jangan disalahkan persekitaran yang tidak seberapa.

Kerana apa?

Kerana semuanya bermula daripada dalam diri kita.
Diri kita, dan bukan orang lain mahupun persekitaran.

Jadilah ibarat bijih benih (yang berkualiti), sekiranya dicampakkan ke daratan, tumbuh subur dan semakin subur. Sekiranya dicampakkan ke lautan menjadi pulau yang mampu menyelamatkan serta menjadi tempat perlindungan dikala kesesatan.

[hyperbola dan personifikasi yang terlebih had]

Hebat!
Manusia, makhluk ciptaan Allah semua hebat!

Jangan pula cuma mengikut arus aliran sungai, sehingga akhirnya hanyut. Andai ingin mengikut arus itu tidaklah salah, tidak salah jika tujuannya ingin menyelamatkan sahabat, teman, insan yang hanyut.

Menyelamatkan itu kerja mulia!

Maka, JAGA DIRI agar tidak hanyut,
JAGA DIRI semasa menyelamatkan insan lain.

Kata kunci di sini : JAGA DIRI!

Ya, untuk menjaga diri itu bukan satu perkara yang mudah kerana ia perlu disertai dengan mujahadah yang berterusan. InsyaAllah, bersama kita usahakan.

Bersama muhasabah diri,
Agar selepas ini lebih pandai jaga diri.

Waallahu'lam.



23/10/2011 'Amal, sila jaga diri kamu elok-elok' monolog pada diri :)

'Amal, kini bertambah satu lagi ilmu yang perlu dipelajari' monolog lagi.
Sila jaga diri!

Tuesday, October 18, 2011

Bakal Pulang

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Peperiksaan End of Posting masih berbaki 2 hari, tetapi tangan tetap juga mahu menaip walaupun cuma ringkas sekadar mengguna waktu terluang di waktu petang.









Bakal pulang,

InsyaAllah bakal pulang ke semenanjung dua hari daripada sekarang, InsyaAllah. Ya, dengan izin Allah jua. Tiket yang telah dibeli sebulan lebih dahulu akhirnya sampai masa untuk digunakan. Agenda sudah beratur untuk hujung minggu ini, maka laksanakanlah mengikut kemampuan diri. InsyaAllah, program!

Namun, tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.
InsyaAllah, andai digerakkan jasad ini ke sana, maka sampai juga ke sana.

Yang paling penting, setiap saat, setiap waktu, tajdid niat seorang hamba itu sangat penting. Kerana manusia itu hakikatnya mudah lupa, mudah juga untuk leka.

Tajdid niat,
Ya kerana manusia itu BAKAL PULANG,
Pulang kepada Penciptanya,
Pulang mencari kebahagiaan dan ketenangan hakiki di sana,
Moga itu sebaik-baik tempat pulang.

Sewaktu ke program atau majlis ilmu, tajdid niat,
Sewaktu hendak melangkah keluar rumah, tajdid niat,

Kerana niat itu mudah terpesong andai tidak selalu diperbaharui, tidak selalu diingatkan. InsyaAllah dengan itu juga membuat kita selalu ingat kepadaNya, di setiap saat, setiap waktu. Indahnya!

Bakal pulang,

Jangan hanya ingat untuk pulang ke pangkuan keluarga saja, kena lebih-lebih lagi ingat untuk pulang ke pangkuanNya. Tidak perlu tiket, tidak perlu apa-apa pengakuan, tetap akan pergi juga apabila tiba masanya.

Hidup itu InsyaAllah, mati itu pasti!
Semua dengan izinNya jua.

Kita semua bakal pulang.
Sudah bersediakah?

Manusia,
Mudah leka,
Tidak kira daripada perkataannya,
Mahupun perbuatannya,
Mahupun hatinya,
Sering jua leka, dan lupa.

Jaga perkataan,
Jaga perbuatan,
Jaga hati.

Moga semuanya selamat-selamat sahaja hendaknya, InsyaAllah. Kata-kata buat peringatan diri sendiri yang turut juga bergelar manusia. Ya, manusia biasa. Ingatlah, matlamat hidup itu bukan dua, bukan tiga, cuma SATU!

Hidup bermatlamatkan SATU!

Mencari redhaNya yang boleh membawaku ke syurgaNya.
Indah, subhanAllah.

Muhasabah diri, mencari jalan pulang yang terbaik.
Yang Allah redha, InsyaAllah.

Lupa-lupa, ketuk!
Ketuk dengan kata-kata sendiri :)

Waallahu'alam.

18/10/2011 bakal pulang, bakal berjumpa dengan dia! :) "Mama! I'm home"

Cukup dengan menggembirakan hati orang yang kita sayang mampu membuat hati kita turut tersenyum :D InsyaAllah, anugerah terhebat dariNya.
Align Center
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates