Dua malam lepas, diri ini memandu ke hospital bersama teman-teman yang lain. Masuk ke Gynae Ward, melihat kakak-kakak dan mak cik-mak cik,
'Siapa yang inginku bersoal jawab ni?'
'Tidak menggangukah malam-malam hari begini?'
Dilema,
Esok harinya itu ada bed-site teaching,
Giliran aku untuk present case!
Akhirnya, terlihat seorang kakak sedang duduk di atas katilnya. Senyum berbalas senyuman.
'Assalamualaikum kak. Bila masuk wad ni?'
'ooo..bila mula rasa sakit tu kak?'
Bersoal jawablah kami, soalan-soalanku disambut baik oleh kakak itu. Alhamdulillah, dipermudahkanNya. Tersenyum memanjang kakak ini, walaupun berada dalam keadaan sakit begini, dia mampu tersenyum. Kita?
Kita,
Ada masalah, bermuram, masam muka.
Tiada masalah, tetap sama.
Mana letaknya senyuman itu?
Senyumlah :)
Anugerah Allah, sinarnya mampu membuat semua gembira.
Gembira, tenang melihatnya.
Namun,
Senyuman itu bersyarat!
Terus bersoal jawab dengan kakak itu.
'Sudah berapa lama sakit macam ni kak?'
'Ada dalam seminggu lebih. Mula-mula sikit-sikit saja. Lama-lama makin sakit.'
'Akak mula rasa sakit teruk tu bila?'
'Pukul 5 pagi, hari akak datang hospital ni. Datang sini pukul 9.'
'Kenapa tak datang terus?'
'Tunggu suami akak hantar anak pergi sekolah dulu.'
Ya, kakak itu bersabar menahan sakit. Sanggup tunggu, kenapa? Kerana memahami tugas, tanggungjawab suaminya yang perlu menghantar anak-anak ke sekolah.
SubhanAllah.
Faham, jadi manusia yang memahami, InsyaAllah kelak difahami.
Cuma kadangkala, realitinya manusia hanya mahu difahami terlebih dahulu sebelum memahami. Tidak pula cuba untuk memahami, melihat keadaan sekeliling untuk lebih memahami. Sebaliknya, kesalahan itu pula diletakkan pada bahu mereka yang tidak memahami.
Sila faham, untuk difahami.
:)
Terus bersoal jawab lagi. Kasihan pada kakak, terus-terusan menjawab soalanku malam-malam hari begini. Sehingga satu jawapan daripadanya yang membuat aku memujiNya dalam-dalam.
'Kak ada berapa orang anak?'
'Akak ada 9 orang anak.'
'Gaji bersih suami akak berapa sebulan?'
'Ada dalam RM700..'
'Cukup ke kak untuk sara keluarga?'
'InsyaAllah, cukup.'
Ya Allah,
Duit yang banyak bukan jaminan untuk hidup sempurna,
Bukan jaminan untuk hidup bahagia.
SubhanAllah.
Maha suci Allah!
Tersenyum dari luaran sampai tersenyum di dalam hati. Ketabahan dan syukur dengan apa yang ada akan menjadikan kita rasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan. Membuatkan kita rasa tenang walaupun hidup serba kekurangan, berusaha untuk memperbaiki apa yang lemah.
Siapa kata, belajar cuma daripada kitab-kitab sahaja, siapa kata belajar daripada guru sahaja? Kerana hakikat sebenarnya mereka iaitu guru-guru atau kitab-kitab ini adalah perantaraan Allah. Ya, hakikat tarbiyyah itu daripadaNya jua.
Belajar daripada alam,
Belajar daripada pesakit-pesakit,
Belajar di mana-mana ada nilai ilmu,
Nilai ilmu yang tiada tolok bandingnya,
Ilmu yang besar nilainya,
Ya, ilmu Allah jua.
Waallahu'alam.
2/10/2011 Bulan 10 sudah, 4 bulan lebih lagi, InsyaAllah permudahkan hambaMu ini masuk ke tahun ke-4. Allahumma amin..
Ya Allah, kuatkan aku untuk membuat keputusan ini..Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu, Allah knows best! InsyaAllah, mujahadah!
Belajar daripada alam,
Belajar daripada pesakit-pesakit,
Belajar di mana-mana ada nilai ilmu,
Nilai ilmu yang tiada tolok bandingnya,
Ilmu yang besar nilainya,
Ya, ilmu Allah jua.
Waallahu'alam.
2/10/2011 Bulan 10 sudah, 4 bulan lebih lagi, InsyaAllah permudahkan hambaMu ini masuk ke tahun ke-4. Allahumma amin..
Ya Allah, kuatkan aku untuk membuat keputusan ini..Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu, Allah knows best! InsyaAllah, mujahadah!