Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, March 7, 2010

Lupa

Assalamualaikum,

Penulisan di pagi hari, hukuman akibat terlupa. Hari ini ada Kuliah Fiqh! Selepas solat Subuh, baca Yaasin, selepas itu sarapan pagi, sempat lagi duduk depan TV. Lepas tu, azizah telefon.

"Assalamualaikum. Amal pergi Kuliah Fiqh tak?"

"Ya ALLAH, Amal lupa. Takpelah, kirim salam pada semua. Nak tunggu Amal bersiap lama pula nanti."

Amal..Amal..macam mana boleh lupa. LUPA antara penyakit utama manusia. Ada yang acute dan ada juga yang chronic. Oleh itu, penulis menghukum diri untuk menulis. Sekurang-kurangnya dapat juga penulis ini belajar sesuatu.

Hari ini diperbincangkan soal NIFAQ. Sebelum ini ada adik yang bertanya, kenapa seseorang itu masih nifaq walaupun kuat biah soleh? Soalan yang agak mantap. Penulis bukanlah seorang yang kuat biah solehah, masih di peringkat biasa-biasa sahaja. Sesiapa ada pendapat, boleh tinggalkan komen disini.

Bagi pendapat penulis, NIFAQ itu berkait rapat dengan hati.
"Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging apabila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI" [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kadangkala tanpa kita sedar, kita membiarkan hati kita mati. Jika tidak mati sekalipun, kita membiarkan seketul daging itu kotor.



Ibarat disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Jika susu itu rosak, boleh lagi ditukar dengan susu yang lain yang masih elok. ALLAH jadikan lembu dan kambing bagi kemaslahatan manusia juga. Gunakan sebaiknya.

Jika HATI? Nak tukar melalui organ transplant kah? Jika rosak, maka rosaklah semuanya walaupun organ-organ lain berfungsi dengan baik sekalipun. Walaupun ada mesin sokongan atau sebagainya, fungsi hati itu tetap tidak mampu berfungsi secara normal.

Begitu juga dalam hal ini, kuat dalam biah soleh tidak menjamin tahap keimanan seseorang itu. Tetapi biah soleh itu merupakan salah satu cara untuk kita perbetulkan dan menetapkan hati pada jalan-Nya. Adik boleh rujuk pada mereka yang lebih arif dalam soal ini ya.

Pasti ada yang tertanya, APAKAH ITU NIFAQ?

NIFAQ itu dari segi bahasanya bermaksud lubang tempat bersembunyi [Lihat An-Nihaayah V/98 oleh Ibnu Katsir] atau satu lubang tempat keluarnya yarbu’ (haiwan sejenis tikus) dari sarangnya, dimana jika ia dicari dari lubang yang satu, makaia akan keluar dari lubang yang lain.

Dari segi syaraknya pula bermaksud menampakkan Islam dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dinamakan demikian kerana ia masuk pada syari’at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain.
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." [4:145]
Dari sini

Nifaq turut dibincangkan,
"The antonym of ikhlaas is nifaaq. On the basis of the principle, things are recognized by reference to their opposites, it is essential to be aware of nifaaq (hypocrisy). A proper awareness and understanding of the meaning of nifaaq will produce a corresponding awareness and understanding of ikhlaas. The perfection and elevation of ikhlaas increase in proportion to abstention from nifaaq. The greater the elimination of nifaaq, the higher the condition of ikhlaas. It is therefore necessary to elaborate on, the meaning of nifaaq."
Oleh itu, mari bersama kita pelihara setiap nikmat kurniaan ALLAH supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmat. HATI itu anugerah, jagalah dengan baik supaya ia dapat dimanfaatkan bagi pembangunan Islam itu sendiri.

Jauhi NIFAQ, dekati ALLAH dan RASULNYA!

Waallahu'alam.

7/3/2010 YA ALLAH peliharalah HATI kami serta bimbinglah kami dalam menelusuri jalan di atas bumi-Mu yang penuh barakah ini. Amin.



Pagi ini, penulis mendapat mesej yang menarik. Mari kita kongsikan, khas buat muslimah di luar sana. Ya! Mesej ini seindah pengirimnya. Terima kasih, adik Diana! Moga menjadi salah satu kuntum mawar berduri.

Jadilah khazanah kerahsiaan,
Seperti mawar yang dipagari duri,
Tidak mudah disentuh apatah lagi didekati,
Menjadi idaman sang kumbang walaupun getir dan sukar dimiliki,
Akhirnya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri itu untuk terus mekar di taman keredhaan-Nya.

2 Buah fikiran:

Sirr said...

jadinya..hipokrit tu lebih kurang sama dengan nifaq? gitu ke amal?

Amal Athirah Zarzilah said...

Hipokrit yg d maksudkan apabila kitapura-pura beriman di hadapan orang sedangkan kita buat perkara-perkara yang ALLAH larang.

Hipokrit dalam perspektif Islam, bukan hipokrit tu bermaksud nifaq.

Masdar fa'il utk nifaq ni adalah munafiq..mungkin ni maryam faham :)

Jauhi NIFAQ!
:)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates