Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, December 28, 2008

SUBUH..Subhanallah (o_o)

Subuh..Jangan biarkan ia berlalu tanpa menyedarkan kita daripada dodoian tipu syaitan laknatullah. (Peringatan buat diri sendiri juga) Sempena bulan muharram..penghulu segala bulan hijriah..Marilah kita tanam tekad, memperbaiki diri kita, meningkatkan kualiti ibadah kita dan juga mengilap semula iman yang tanpa kita sedar telah tercalar atau berhabuk. Di sini ada beberapa hadith yang ingin dikongsikan dan diharapkan dapat meningkat kesedaran kita bersama.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Apa tunggu lagi..SELAMAT BERAMAL!

"Jangan ditunggu sehingga hari esok, kerana esok bukan hari ini" Majaz tahap apa pun..tak tahu la..hehe..renung2kan kerana ada sesuatu yang ingin disampaikan. Waallahu'alam =) sokmo!


Friday, December 19, 2008

Ia datang lagi...~

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (surah Al-Baqarah : 216)

Hari ini, terasa ujian semakin berat sedangkan matlamat, tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan..'sama ada mencapai matlamat atau terhenti ia kerana syahid' antara bait kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna..pernah juga beliau menyatakan bahawa 'tanggungjawab itu melebihi masa yang ada'..Ujian apakah kali ini? Hidup kita tidak akan pernah lari drpd ujian..cuma kita sedar atau tidak ia datang. Sesungguhnya, ALLAH lebih mengetahui setiap sesuatu yang DIA turut, bukanlah sia (peringatan buat diri sendiri juga..hee) Usah berhenti bermuhasabah diri, perbaiki kelemahan dan terus meletakkan pengharapan padaNYA. Bersangka baiklah padaNYA, itulah yang sebaik2nya. Mohonlah hanya padaNYA kerana rintihan itulah yang dirinduiNYA..bukanlah DIA tidak memandangmu, sedangkan dia Maha Mendengar..cuma ALLAH itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus." (surah Al-Fatihah : 5-6)

Bersabarlah dengan setiap ujian yang mendatang..Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang bersabar, InsyaALLAH. Kesedihan ubatnya adalah mengingatiNYA, kerana itu lebih indah daripada kita memikirkan pkara tersebut sedangkan ia hanya di dunia..akhirat disana menanti kedatangan kita. Tatkala Israfil meniup sangkakala..maka musnah punahlah dunia.

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siagalah dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung." (surah Al-Imran : 200)

YA ALLAH, kuatkan diri ini tatkala ujian melanda. Sesungguhnya, hanyaMu yang Maha Mengetahui setiap sesuatu. Izinkanlah hambaMu ini melaksanakan amanah ini. Amiinn~

Friday, December 12, 2008

Korban atau Terkorban??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Raya Aidiladha telah berlalu meninggalkan kita mencari erti pengorbanan sebenar..KORBAN ATAU TERKORBAN? Ini adalah tajuk ceramah Aidiladha di Surau Kolej Perubatan baru2 ni oleh Ustaz Hassan al-Basri. Best..Ustaz bijak memanipulasikan idea yang tersurat dan tersirat..hehe, ayat lengkap, bahasa ibunda jangan dilupa =) Korban atau terkorban? Tersurat dan tersirat..YA! Semua antara kita tahu maksud korban..apatah lagi berkorban seperti dibawah :

1. Pengorbanan ilmu bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunan ummah.
2. Pengorbanan akal fikiran dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana.
3. Pengorbanan harta benda dan tenaga bagi membantu orang yang memerlukan bantuan sebagai usaha bagi mewujudkan hubungan baik dengan sesama manusia.
4. Pengorbanan masa untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala.
5. Pengorbanan jiwa dan raga sebagaimana yang dilakukan oleh angkatan tentera demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta masyarakat.

Tetapi adakah kita sedar terdapat tergelintir antara kita kian terkorban samada tidak sengaja atau mmg membiarkan diri terkorban. Terkorban apa? Akidah, jati diri, maruah dan seangkatan dgnnya. Zaman kian berubah tetapi ini tidak bermakna kita turut berubah. Moga bermanfaat walaupun sedikit tetapi sekurang2nya kita beringat daripada menjadi mangsa korban tersebut.

Semua bentuk pengorbanan sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat. Waallahu’alam.

"BAJAILAH BENIH, SEMAILAH BAJA, SIRAMILAH TUAIAN..AGAR KELAK MENJADI BEKALAN BERTEMU YANG MAHA ESA KERANA DISANA JUALAH TEMPAT PENGISTIREHATAN YANG HAKIKI"
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates