Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, September 27, 2008

Puasa di Perantauan (sik jauh pun..)

Assalamualaikum

Hari ini, jejak telah kakiku dirumah..hehe..Baru sampai, flight lambat berlepas tadi. Tapi alhamdulillah akhirnya sampai dengan selamat walaupun masa dekat atas tadi ada masalah sikit dengan cuaca. Puasa di FPSK, Kuching boleh dikatakan menarik. Kenapa? Ni antara aktiviti sepanjang bulan Ramadhan ni :
  • Berbuka puasa kecil-kecilan (kurma & air)
  • Terawikh berjemaah
  • Tadarus Al-Quran
  • Majlis TRIO Ramadhan (Nuzul Quran, Khatam Al-Quran, Iftar Jamaie')
  • Berbuka puasa bersama anak-anak yatim
  • Berbuka puasa 1st year student
  • Moreh (Menarik nih!) Giliran rumah ke rumah..

Pengalaman demi pengalaman ku tempuh..InsyaALLAH dalam tempoh 5tahun ni, akan tamat pengajian di sarawak. Moga diutuhkan semangat, ditetapkan tekad. InsyaALLAH~

“Sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang tahun segalanya menjadi Ramadhan” (Al-Hadith)

Berpuasalah sepertimana yang telah disyariatkan dalam surah al-Baqarah ayat 183. “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa” Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan diri daripada melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa. Kurangkanlah daripada banyak berkata2 kerana dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Kualiti puasa perlu dijaga agar dapat dilihat hasilnya selepas Ramadhan kelak. Insya-ALLAH.

SELAMAT BERPUASA n SELAMAT HARI RAYA. Jika berkesempatan, jemputlah datang ke rumah pada bulan Syawal nanti..tapi 5 Syawal nak balik ke Sarawak. Boleh eratkan ukhwah yang renggang..Hee..Jangan malu2 ye (buat sahabat2 yang akrab dalam persahabatan)

“PERJALANAN MASIH JAUH TETAPI SERINGKALI KELETIHAN TERASA SETIAP KALI HENDAK MELANGKAH, BERPENAT2LAH DAHULU..MOGA REDHANYA MENANTIMU DI PENGHUJUNGNYA”

2 Buah fikiran:

Anonymous said...

heheh ...kenangan ramadan pertama d srwk...rindu

Anonymous said...

rindu sgt..~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates