Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, January 25, 2008

Maksiat??!

Assalamualaikum..

Cakap psl maksiat ni..mmg mustahil utk kita banteras habis-habisan..kerana bagi an, itu sebahagian daripada dunia..Itulah kenyataan, betul atau tidak..terpulang kepada golongan yang berpemikiran..Ha! teringat buku karya Harun Yahya - Bagi Golongan Yang Berpemikiran. Buku ni mmg best sgt2..tahap petala ke lapan? em, cubalah bace ek =D

"Sesungguhnya dunia ini neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir"

Kat cni nak diskusi skit ttg maksiat dan cara-cara mencegahnya..InsyaALLAH..Sblum ni ada entry bertajuk 'Syarat-syarat Melakukan Maksiat'..Dah bace ke blum? Bace lah ye..Kali ni 'Cara-cara Mecegah Maksiat'.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah dan RasulNya, kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya..Tidakkah anda sedar, nikmat anugerah ALLAH itu terlalu banyak jika ingin dibandingkan dengan kesyukuran yang kita limpahkan kepadaNya..Benar atau tidak? Tepuk dada, tanya iman anda. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya".

Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A, Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.
  • Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga lidah Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.
    Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.
    Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
  • -------------------------------------------------------------------------------------------
  • Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikanNya kepada kamu..Sedarlah, siapa kamu diatas muka Bumi ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang yang buruk itu datangnya daripada ALLAH tetapi disandarkan diatas kelemahan diri ini sendiri..Sumber : daripada seorang sahabat tetapi dh lupa siapa..syukran 'alaik! Waallahua'lam.

Thursday, January 24, 2008

Mohon dengan sangat..~

Ya Allah
Aku ini insan yang kalah
Balutlah hatiku yang terbelah
Juga terpisah-pisahYa Allah
Hanya pada Mu aku meminta
Dan hanya pada Mu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepada Mu
Ampuni dosaku

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang merobek diri
Ku tak tahan lagi

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasih Mu

Ya Allah
Kepada Mu aku menyeru
Ku mohon jangan pisahkan aku
Mohon dengan sangat

Lapangkanlah hatimu dalam musibah
Dan bersabarlah di jalan Allah
Jangan hanya memeluk dunia fana
Yang bersalut dengan dosa

Ingat azab neraka
Akan mengejarmu saat kau mati
Jadi jujurlah harungi hidup ini
Jauhi azab ilahi

Bersyukurlah selalu
Dan jangan ragu
Nescaya jauh azabmu

Ni actually lirik lagu..lagu pe? cuba carik eh..Lirik ni mmg menarik..gabungan dua buah lagu..he3, pepandai je kan..x baik..tp juz sukakan lirik ni..mnyentuh perasaan [ayat 't0uching'..bak kata seorang ustaz] he3..cuti tinggal lagi bape hari ni..adakah masa di manfaatkan?? em, mcm 'tak'..tapi dapat pengalaman jaga budak2 kecik..he3..susah gak, suara emas sume keluar, kepala naik penin nk tahan marah..he3..ape nak jadi amal ni..abaikan..Doakan an dapat mcapai cita2 demi agama dan bangsa..10 thn akan dtg..Sempatkah?

Buat sahabat2, gud luck 4 UPS2 result..seterusnya PSPM2..do ur best k, never give up.."Sesungguhnya hidup ini meletihkan dan kerana ini jugalah hidup diciptakan" dan " Berusahalah sedaya upaya anda, samada mencapai matlamat atau gugur di pangkuan syahid kerana disana terdapat sebuah kebaikan"

Ni ada pic nk kongsi..sblum tu i wanna to say 'CONGRATULATIONS' kepada semua calon MUET sesi NOV 2007..Band ape pun yang anda dapat..itulah yang terbaik =)

Waallahua'lam~

Tuesday, January 22, 2008

Arghh...!!~

TENSION!!! he3..cm kelaka pun ade..tension tapi rasa nak ketawa lak..kes serius nih..kene jadi baby-sitter..baby ni asyik nangis je..kakak dia wat hal g pukul budak lagi sorg tuh..budak tu balas balik..ish, penin3.. Ni ada image nak kongsi..x sempat nk taip artikel or info2 lain..nantikan eh =)

"Jangan diuji diri ini jika belum lagi mengenali"

Buat sahabat-sahabat yang rasa gelisah, kecewa dengan diri buat masa ini..ini pesan buat anda, "Usah gelisah, usah kecewa wahai sahabat..kerana perasaan itu lumrah bagi setiap insan..kerana itu jugalah dunia diciptakan..bukan tujuan mengecewakan, tetapi memberi kemanisan selepas keperitan..Sahabat, kesusahan bukan selamanya..Tanpa kesusahan, hidup tiada makna..Keperitan itu jugalah yang akan menganugerahkan sebuah keindahan yang tidak disangka..Maka bersyukurlah wahai sahabat"

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur kerana sesungguhnya sedikit sekali hamba-hamba ALLAH yang bersyukur. Sedarlah~

Di sini ada ruangan DOWNLOAD, yang menyediakan pelbagai maklumat, ilmu-ilmu yang insyaALLAH boleh dimanfaatkan..khas buat teman2 seperjuangan..Dalam perjalanan menuntut ilmu dunia, jangan lupa BEKALAN untuk kesana k..Uhibbukum fillah wa lillah~

Lagu AZAB ILAHI..agak best untuk ddengar..dengar dengan pemikiran..HA! CAMNE TU?? Ask urself n u got it! Selamat bercuti buat semua pelajar matrikulasi..Khas buat teman2 di KOLEJ MATRIKULASI PERAK..good luck for da result UPS2 =)

Sunday, January 20, 2008

L3t's 3xpl0r3 it~

Assalamualaikum, sahabi & sahabiah..

L3t's 3xplor3 th!s v!d30..v3ry !nt3r3st!ng..L3t's tak3 a l0ok~ all b3n3fit fr0m this v!d30 h0p3fully can g!v3 all 0f u an 3xtra kn0wl3gd3..Salam'ala!k~






Saturday, January 19, 2008

20 tahun~

Salam. Em, teringat '20 tahun lagi'..an pun ada plan gak, bukan ustaz je..hu3..tp sudah semestinya tidak sama..h0pe berjalan dengan lancar, InsyaALLAH. Hidup perlu ada matlamat yang jelas..an skrg pun tgh menperjelaskn matlamat tu =)

Oncology?? InsyaALLAH an bertekad utk mendalami bidang ini..kerana disebalik bidang ni terselit beberapa pelengkap bg matlamat an..InsyaALLAH akan usahakan. BE A DIFFERENT!

Em, kenapa lagu AYAH dalam blog ni tgl music je?? em, musyhkil~


Impr0v3 and pr0v3 it!!~

Assalamualaikum sahabi wa sahabiah..

Sihat?? hu3..h0pe semua sihat wal 'afiat dan senantiasa di awah lingkungan rahmah ALLAH. Iman sihat? Ingatlah iman manusia itu sentiasa turun naik.. kerana kita hanya 'MANUSIA' bukan rasul, bukan malaikat..So, harap sama2 kita ingat mengingati antara satu sama lain.

Sudah hampir sebulan arwah meninggalkan amal..Sedih kadangkala menerpa, namun masih mampu bertahan. Babah..penyokongku NO1 dirumah, kawan gurau senda..namun tiada lagi kini..an perlu jadi lebih matang. Semua orang akan mengalaminya..KEMATIAN, bukan untuk ditakuti tapi sepatutnya dirindui..kerana disana hidup yang abadi, hakiki..Mungkin mnjadikan kita gusar adalah BEKALAN.. Betul kan?

Sahabat, masih belum terlambat. An pun masih dalam 'proses baikpulih' diri..An pun dahulunya jahil..Siapa yang baru kenal an hari ini, tdk akan terfikir siapa an dahulu. Sesungguhnya pengalaman yang perit itu adalah satu PENGAJARAN yang penuh bermakna. Maka, janganlah selalu mengadu domba pada manusia sebaliknya adukanlah segala kegusaran hati padaNYA.

Jika fikir dugaan/ujian yang kita hadapi itu perit, pahit..maka ingatlah, DUNIA INI MEMANG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS..InsyaALLAH hatimu akan tenang wahai sahabat~


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".
[surah al-Baqarah: 286]



Cuti Sem bermula!! Duk umah ni..makin terasa sedihnya..hu3. But it's ok..study3..he3 tp leh ke..sure u can! chayo`2..hihi =)

Wallahua'alam~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates