Sunday, November 25, 2007
Kisah Iktibar buat Teman
Hari ini ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama rakan2 sekalian. Cerita ape? Kisah benar seorang doktor di Amerika Syarikat. Sahih atau tidak cerita ini, waallahu'alam..yang pasti inilah ceritanya..SELAMAT MEMBACA! Suka diingatkan, baca bukan sekadar baca..Bacalah dengan pemikiran kerana itu insyaALLAH akan lebih bermanfaat buat kita semua. SELAMAT MEMBACA!
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987
Sekian dahulu buat masa ni..Akan disusuli dengan kisah, cerita yang akan datang. Doakankan kejayaan semua k..Ma'at taufiq wan najjah!!!
Sunday, November 11, 2007
5 Syarat Melakukan Maksiat
Assalamualaikum,
Sebelum berangkat pulang ke KMPk, tataplah satu kisah yang boleh dijadikan iktibar dan insyaAllah sekaligus merapatkan hubungan renggang kita dengan Allah.
Bermulalah kisah...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekiNya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Demikianlah kisah..Moga setiap cebis pengajaran diambil dengan hati yang terbuka. Terang dan jelas segala apa yang kita ingin lakukan bersyarat. Sampaikan hendak melakukan maksiat pun bersyarat. Syaratnya amatlah berat...kecuali bagi mereka yang beranggapan setiap perkara itu akan jadi mudah jika kita fikir ia 'mudah'. Untuk hal lain mungkin boleh diterimapakai bagi perkara lain tapi bukan pada maksiat.
Allah itu Maha Menerima Taubat. Maka, bertaubatlah kerana pintu taubatNya sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya. (peringatan buat sahabat-sahabat dan insn kerdil ini sendiri)
Waallahu'alam~
sumber: Al-Hafiz (InsyaAllah). Jazakallahu khairan kathiran. Syukran.
Friday, November 9, 2007
Virus vs Macrophage?!
Nape rase 'down' sgt hari ni..hm, cuti tgl 2 hari je. Study di matriks..quite tough but something has to be done. Nothing impossible b'coz i'm possible..the main thing is 'HIM possible'. Stated by Dr Shukri Abdullah..u knoe him, right?
Ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini. Izinkan hambaMu ini merasai indahnya tawakkal kepadaMu. Ya Allah, aku mendambakan kasihMu ya Rabb, Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Pengharapan padaMu tidak akan luntur..InsyaAllah. Harap rakan2 lain pun begitu ye =) Sama kita berjuang walaupun bukan dalam bentuk fizikal. Seperti yang kita sedia maklum, zaman skrg ni..'serangan hendap' ataupun penularan anasir-anasir luar banyak di bawa masuk melalui media yang 'tersirat'..melalui virus yang sgt merbahaya. Bukan pc ni jer leh kena serang. Minda kita juga..Hehe, tetiba rasa seronok nk cakap psl virus nih.
Virus...dahsyat kalau dah kena serang. sampai kadang2 tu kena format balik pc nih..nak format balik memakan masa..lama..sebab nak kena install balik software, file dalam D:// , microsoft office dan seangkatan dengannya..hehe. Macam ape je..Kalau taknak format pun takpe tapi virus ni dormant, anytime can be activated..takde loading2 lagi. Oleh yang demikian, kena ada anti-virus. Kalau setakat anti-virus yang dikenali pada nama, baik tak payah kan..anti-virus yang baik akan bertindak sebagai macrophage yang akan engulf pathogen2 yang dikenalipasti..Paham ke? =D
- Virus act as ???
- Software act as ???
- file D:// (back up file), microsft office etc act as ???
- Anti-virus act as ???
Sesiapa ada pendapat, boleh la letak dekat SHOUTBOX tu..sama2 kita renungi kembali, memuhasabah diri.. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Yang baik itu datang daripada Allah dan segala kekurangan datangnya juga daripada Allah tetapi disandarkan di atas kelemahan diri ini sendiri. Waallahu'alam.
p/s: Sem2..wait for me~~ ALLAHUAKBAR!!!
Thursday, November 8, 2007
Buatmu Mujahidah Solehah...
"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnya
melainkan apa yang dibina dengan amalan-amalan-nya."
Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat. Di sini diharapkan teguran dan nasihat. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, emailkan kepada athir_amz@yahoo.com.my.
Hm, rasa mcm dpt ilham untuk buat analogy tapi kejap lagi la mula menaip. Ada kerja sikit nih..SELAMAT MEMBACA! Waallahu'alam.
Tuesday, November 6, 2007
Selamatkan Masa Mudamu
- Ilmu bermanfaat yang diamalkan
- Sedekah jariah dari hati yang ikhlas kerana Allah
- Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
Sebenarnya bukan ini yang ingin dihighlightkan, just peringatan buat diri saya & rakan-rakan. Al-maklumlah, melayu mudah lupa..huhu..Berdasarkan karikatur diatas, jom kita imarahkan masjid atau surau. Jangan masjid 'hidup' bermusim je..Bukan apa, rasa sedih..masjid yg indah-indah. Lengang tanpa penghuni..Tapi bila menjelang hari raya? Sendiri mau ingatlah ye =) "Mana datang umat manusia seramai ini?" Ini persoalan yang bermain di fikiran. Ada siapa2 leh jawabkan tak? Erm...
"Hayya 'ala Sholah...Hayya 'ala Falah"
Sedarlah, muda kita dua kali..Pilihlah yang mana menjadi idaman hati. Muda di dunia yang sementara atau Muda di akhirat di dalam syurga yang kekal abadi. Rebutlah masa mudamu sebelum masa tuamu. Semoga tabah menjalani liku2 hidup yang mencabar pada masa akan datang kelak. SELAMAT BERJUANG, SAHABATKU!
"Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan"