Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 18, 2012

Asas

Bangunan itu perlu ada tapak untuk ia berdiri


Bangunan itu perlu berdirinya utuh untuk terus kekal berdiri kukuh

Ini adalah hasil ketika cuti tempoh hari, kira-kira 2 bulan yang lalu. Bermain dengan adik-adik yang mama jaga, sempat main bina-bina jambatan ni. Daripada jambatan, terus jadi bentuk lain. Tetapi asasnya, SUATU BINAAN ITU ADA TAPAKNYA.

Cuba cari bangunan tanpa tapak.
Cuba cari bangunan yang dibina daripada bahagian atas.

ISLAM itu juga dibina daripada tapak, bukan mudah untuk membina tapak yang benar-benar kukuh. Bahan binaan juga perlu diambil kira, salah bahan, rendah kualiti bahan, maka mudahlah bangunan itu runtuh. Begitu mudahlah binaan itu rosak.

Apabila dilihat, diperhati alam sekeliling sekali pun, POKOK, asalnya daripada benih yang berakar, akhirnya menumbuhkan batang, dahan dan dedaunan. Begitu juga BUNGA. Kita-kita MANUSIA juga bermula daripada sekecil-kecil zarah iaitu, telur dan sperma itu bersatu, dan akhirnya membentuk kita hari ini.

Daripada ASAS ini, kembalilah kita kepada ASAL kita.

Sehebat mana asas kita, lebih daripada orang lain.
Jika ianya tidak bersandar kepada Pencipta ASAL ini, maka ia jadi sia-sia.

Di setiap penjuru alam ini, ada peringatan buat hamba-hambaNya.
Di setiap penjuru alam ini, ada peluang untuk hamba-hambaNya mengingati Tuhannya.
Di setiap penjuru alam ini, ada ruang untuk hamba-hambaNya jadi lebih baik.

Insya Allah.

Berdoalah, moga-moga petunjuk Allah di hadapan mata dapat kita hargai. Dapat menjadi tunjuk arah pada diri untuk berusaha mencipta jalan pulang yang terbaik. Insya Allah.

Buka MATA untuk melihat seadanya.

Muhasabah untuk jiwaku dan jiwamu jua.
Waallahu'alam.

18/5/2012 Kanak-kanak ini berazam untuk jadi lebih dewasa, tranformer! :D

Tulis-tulis untuk ingatkan diri, ketuk-ketuk!

Thursday, May 17, 2012

Klinik

Di Klinik Petra Jaya,
Banyak meninggalkan kenangan,
Banyak perkara dipelajari,
Banyak ilmu yang diperolehi,

 Tertarik dengan 'Oaths of Muslim Physician' yang tertampal di dinding,
Doktor muslim itu perlu amalkan ISLAM dalam setiap sudut kerjayanya.

Bukan Doktor sahaja, tetapi semua bidang. Amalkan cara hidup ISLAM itu dalam setiap inci ruang kerjaya kita. Indah! Dr. Sadiah banyak memberi pengajaran dalam diri dengan tingkah lakunya.

INSYA ALLAH tidak pernah lekang daripada bibirnya.
Perhatiannya bukan hanya penyakit pesakit tetapi seluruhnya.
Gerakannya lembut tetapi pantas.
Kata-katanya punya hikmah, terkesan!

Terima kasih Dr!
Terima kasih Allah!

 Ini bukan Dr Sadiah, tetapi anak muridnya selama seminggu :)
Sempat jadi baby-sitter selama 5 minit di klinik.
 
Jazakillahu khayra katheera!
Barakallahu lak!

Penulisan sebuah kenangan :)
Ambil pengajaran wahai diri. Insya Allah.

Wednesday, May 16, 2012

Satu Kali


Planning...

Alhamdulillah bermula cuti 3 minggu, selepas bergelut dengan peperiksaan District Hospital and Family Medicine. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di pagi hari jumaat ini, penghulu segala hari. Insya Allah.

Lihat poster di atas!
Peluang menarik untuk tambah ilmu, tambah kesedaran.

Insya Allah,
Apabila orang kata hidup ini hanya sekali,
Maka inilah masanya untuk kita sama-sama turun,
Peluang itu hanya sekali, kali kedua mungkin jauh lagi,
Maka rebutlah peluang ini!

:)

Apabila orang kata hidup ini hanya sekali,
Semua perkara mahu dicubanya,
Betul salah sudah jadi belakang kira,
Kenapa? Hidup ini kan hanya sekali,
Kalau tidak cuba sekarang, bila lagi kan?

Apabila difikir-fikirkan semula. Betulkah sekali? Entah-entah dua kali? Ya, bukan sekali. Hidup ini berantai antara satu sama lain, dan sangat-sangat berkait. Sedar atau tidak, itu adalah kenyataan di mana kita-kita semua tidak dapat lari daripada itu.

(1) Alam Ruh, kita sudah pun hidup KALI PERTAMA. Jantung berdenyut laju, walaupun masih dalam kandungan ibu. SubhanAllah! Seawal 3 bulan kandungan, sudah boleh dilihat denyutan jantung si dia di dalam rahim ibu melalui mesin scan. Ditunjukkan pada si ibu, si ibu tersenyum gembira dengan perkembangan si dia di dalam kandungan.

(2) Alam Dunia, yang indahnya hanya sementara. Di sini, manusia itu, iaitu kita-kita akan kata, "HIDUP INI HANYA SEKALI". Lupa bahawa, dunia itu bukan sekali. Alam yang pertama itu akan mempersiapkan kita menghadapai alam kedua, dan seterusnya alam kedua ini akan mempersiapkan kita menghadapi alam ketiga.

Alam pertama, alam ruh ini akan mempersiapkan kita untuk menghadapi alam kedua iaitu alam dunia. Bagaimana? Di situlah organ-organ ini membesar, berkembang mengikut fasanya dengan ketetapan masa yang telah Allah tetapkan. Mahu dilahirkan dalam keadaan tiada hidung, telinga? Mahu dilahirkan dalam keadaan separa siap, satu hidung, satu mata? Inilah persiapan, untuk kita berhadapan dengan dunia yang serba mencabar ini. Begitu jugalah untuk alam yang beikutnya, DI SINI DIRI KTA PERLU DISPERSIAPKAN.

(3) Alam Akhirat, timbang tara menjadi taruhan, syafaat dari Rasulullah menjadi dambaan, REDHA dan RAHMAT ALLAH menjadi impian. Tetapi cukupkah hanya sebuah dambaan dan impian semata-mata? Usaha beserta tawakkal kepadaNya 100% amat diperlukan.

Maka inilah masanya,
Rebut peluang untuk hadir ke majlis-majlis ilmu.

Hidup itu ada yang KETIGA nya :)

Hargai hidup bukan beerti kita nikmatinya dengan perkara sia-sia.
Hargai hidup bukan beerti kita gunakan anugerah ini untuk hidup saja-saja.
Hargai hidup bukan beerti kita raikan ia dengan kemewahan dan kesenangan semata-mata.

Cari erti hidup.
KERANA HIDUP INI LUAS.

Waallahu'alam.

18/5/2012 Planning waktu cuti, 3 minggu

Seminggu, di Sarawak (ikut arahan mama untuk study) Baik bos!
Seminggu, di Matrikulasi (berkongsi apa adanya untuk adik-adik) I'll be back there!
Seminggu, di RUMAH (PRECIOUS TIME EVER) NO 1 FOR ME!


Semua dengan izin Allah jua :)
Insya Allah.

Wednesday, May 2, 2012

Untung 2 in 1

Penulisan yang ringkas, curi-curi masa yang ada, Insya Allah.


"Kita MANUSIA bukan ROBOT" :)

Dalam kita lalui mehnah kehidupan seharian ini, pandang sekeliling. Jika dihayati betul-betul, hidup ini HIDUP dengan USAHA dengan NIAT yang betul, hidup ini berjalan dengan aturan Allah dengan kudrat daripadaNya jua.

Bangun daripada tidur,
Dengan izin Allah jua selepas kematian sementara,
Dengan kudrat daripadaNya kita bangkit daripada tidur,
Dengan usaha dan niat keranaNya.

Pergi ke tempat kerja atau belajar,
Dengan izin Allah jua selepas persiapan diri yang sebaiknya,
Dengan kudrat daripadaNya jua kita melangkah,
Dengan usaha dan niat keranaNya.

Makan dan minum,
Dengan izin Allah rezeki itu melimpah ruah (ucaplah Alhamdulillah),
Dengan kudrat daripadaNya jua kita mampu untuk makan minum,
Dengan usaha dan niat keranaNya.

Tambah sahaja apa pun kegiatan seharian kita yang lain pada atasnya itu, kekalkan penyataan yang bawahnya. Penyataan itu tetap akan membawa kepada hakikat kehidupan berTuhan. Insya Allah.

Perkara simple! Cuma apabila kita lupakan Allah walaupun dalam kadar sekelip mata, maka rugilah kita. [peringaan terutamanya ditujukan buat diri sendiri, ketuk-ketuk] Rugi andai perkara yang kita lakukan, langkah ini hanya kerana dunia fana ini semata-mata. Rugi andai niat kita hanya kerana dunia yang indahnya hanya pada mata kasar kita.

Rugi!

Kita sering sibuk dengan hal ehwal dunia. Alangkah untungnya jika kita untung dunia dan akhirat. Untung sekiranya hal ehwal dunia ini kita connect dengan kemaslahatan akhirat. Untung kan? Saham kedua-dua dunia ini meningkat sama. Untung! Kurangkan rugi, tingkatkan untung.

Mahu fokus pada sesuatu perkara? Boleh, biar fokus itu ada SATU.. SATU FOKUS yang punya DUA HALA. Dua hala iaitu dunia dan akhirat dengan SATU MATLAMAT dan TUJUAN iaitu redhaNya. Dan seterusnya terbimbing ke arah SATU DESTINASI, mengharap redha Allah dan amalan lillah itu membawa kita ke syurgaNya. Destinasi idaman semua orang!

Untung!
Untung dua dalam satu (2 in 1)!

Jangan kita hanya JUARA di dunia, biar kita jugalah juara di akhirat nanti. Ya, kita dilahirkan sebagai juara, setiap daripada kita adalah juara. Bak kata seorang yang sangat dihormati, katanya, KITA ADALAH JUARA. Dalam bidang perubatan itu sendiri, persenyawaan itu berlaku apabila sperma daripada ayah disenyawakan dengan telur (ovum) daripada ibu. Dalam banyak-banyak sperma itu hanya satu yang akan disenyawakan (normal) selepas berlaku banyak persaingan. Juara hanya yang satu itu.

Kita adalah juara!
Untung!

Tetapi biarlah juara kita juara dua-dua. Dunia dan akhirat.
Insya Allah.

Re-fresh kembali tujuan kita hidup,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu [Surah Adz-Dzariyat : 56]

Re-freshment!
Buat jiwaku dan jiwamu jua.

Hidup tidaklah lama, maka biar untung dua-dua. Carilah ibrah (pengajaran) itu daripada setiap inci jalan-jalan kehidupan yang kita lalui. Syukuri dalam setiap detik yang ada, kerana aturanNya itu sentiasa yang TERBAIK buat hamba-hambaNya. No doubt!

Kita tahu aturan Allah itu yang terbaik, tetapi kenapa masih lagi mengeluh?
Kerana mungkin pergantungan dan pengharapan padaNya itu kurang.
Kerana mungkin pengharapan pada dunia itu lebih tinggi dengan adanya rasa cintakan dunia.
Kerana mungkin lebih sukakan puji dunia dan lupa hina akhirat.

Muhasabah!
[Tepuk dada sendiri dahulu]

Waallahu'alam.

1/5/2012 Cepat benar masa berlalu~

Asalnya perkara lain yang mahu ditulis, tetapi lain pula yang tertaip.
Tegurlah diri ini yang punya banyak kelemahan.


Ucapan insan yang sangat dihormati, terkesan.
Jazakumullahu khayra katheera!

"Semoga Allah sentiasa memberkati, memberi rahmat, dan mempermudahkan segala urusan yang Amal lakukan sepanjang masa. Kami di sini sentiasa mengharapkan dan berdoa agar Amal berjaya dan diterangkan hati bagi dipermudahkan apa yang dipelajari. Insya Allah." [PCZ dan MCN]

Allahumma amin ya Rabb. Insya Allah. 
Semoga kehidupan kalian sentiasa berada di bawah pemeliharaanNya jua. Insya Allah.
Amin.....


:)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates