Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, March 30, 2012

Depan Mata

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Masih jua diberi kesempatan untuk menulis walaupun sebenarnya punya banyak masa tetapi tidak mampu meluahkan kata-kata apa yang ingin disampaikan dan dikongsikan bersama. Belum tentu ada orang yang membaca blog ini tetapi biar ia menjadi kenangan, menjadi catatan mata yang melihat. InsyaAllah.

Biar tidak ada orang baca, kerana blog ini sebenarnya, asalnya bukan untuk siapa-siapa. Kerana ianya untuk memberi peringatan buat diri penulis yang selalu lupa dan alpa. Penulisnya juga bukan siapa-siapa apatah lagi punya daya penarik, cuma menulis untuk ajar diri supaya melihat isi alam dengan sewajarnya. InsyaAllah.

Depan MATA.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, ditayangkan keindahan berbaitul muslim di hadapan mata. Bukanlah bermaksud penulis sudah dekat ke arah itu, cuma apabila melihat keindahan itu, terasa subhanAllah, nikmat ISLAM itu luas!



Depan MATA (1)

Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat berprogram bersama adik-adik junior serta beberapa orang fasilitator daripada kampus induk. Mereka adalah Ummi, Amirah dan Kak Hidayah.

SubhanAllah.

Seorang insan yang sebelum ini pernah bertukar-tukar pendapat melalui laman mukabuku, akhirnya kami dipertemukan di dalam program ini. Siapa? Dialah Ummi Noorhanifah, adik junior matrikulasi. Sangat-sangat terkejut, juga bahagia dapat dipertemukan dalam satu program tanpa dirancang. Itu aturan Allah jua.

Waktu ice-breaking fasilitator dan AJK,
"Assalamu'alaikum, ana Ummi xxxxx....selaku camp com di sini, InsyaAllah."

Tidak berapa jelas nama itu, tetapi waktu diperkenalkan dirinya dihadapan peserta,

"Assalamu'alaikum, nama akak Ummi Noorhanifah....."

SubhanAllah, inilah insan yang pernah bersua di alam maya.

Alhamdulillah 2 hari bersama bagai sudah kenal terlalu lama. Gurau senda, gelak tawa, itulah ikatan ukhwah yang sangat-sangat indah. Catat-catat di sini, biar terus kekal dalam ingatan. Kembali semula kepada perkara utama, semasa berada dalam program ini, ada sebuah keluarga yang turut serta di mana salah seorangnya adalah pegawai pengiring program ini.

Memerhati daripada kejauhan.

Solat jemaah bersama-sama.
Ke tepi pantai bersama-sama.
Mendengar pengisian ilmu bersama-sama.
(Sehingga anak-anaknya itu tertidur, bed time!)

Indah!
Indah andaikata ISLAM itu dipraktikkan sepenuhnya.

Depan MATA (2)

Dengan aturanNya jua, tidak dapat terus berada di dalam program bersama adik-adik kerana perlu segera pulang ke Kuching, seterusnya bertolak ke Serian untuk District Hospital and Family Medicine.

Baru dapat rasa, hidup bergerak!
Moga-moga dengan gerak itu, hati juga turut sama.
InsyaAllah.

Semasa hendak pulang, tiada siapa boleh teman sebab masing-masing punya tugas dan amanah yang belum selesai. Alhamdulillah. Ustaz yang menyampaikan slot terakhir pada tengah hari itu menawarkan 'khidmat' menunjukkan jalan.

Alhamdulillah.
Berhenti solat zohor di surau berdekatan.

Ya, keluarga ustaz juga berjemaah dalam solatnya. SubhanAllah. Sudah alang-alang berada di tempat kejadian, maka ikutlah sekali berjemaah. Alhamdulillah diperlihatkan di hadapan mata, usrah-usrah (keluarga-keluarga) sakinah. Harmoni! Semua orang di antara kita impikannya bukan?

InsyaAllah.
Tiada yang mustahil!

[Memandu sendirian memang mencabar, lebih-lebih lagi bila kena ikut kereta ustaz daripada belakang :) Bila mula rasa mengantuk, nyanyi nasyid yang berkumandang semasa itu kuat-kuat. Laju juga, Alhamdulillah ustaz bantu dalam adegan potong-memotong. Jazakallah ya Ustaz Sulaiman!]

Depan MATA (3)

Alhamdulillah baru-baru ini di Serian. Untuk posting yang baru, satu jam perjalanan dari Kuching. On-call time!

Waktu solat maghrib, berjalan kami ke surau hospital. Kebetulan ada sekumpulan jemaah sedang solat bersama. Selepas solat, ada seorang wanita ke bahagian tempat solat lelaki.

SubhanAllah.
Rupa-rupanya ada sesi tadarus al-Quran dengan suaminya.
Setiap bacaan yang tidak betul, diperbetulkan.
Dibacanya al-Quran itu bersama-sama.
[Lagi best kalau dapat tadabbur bersama kan?]


**********

Manusia, apa yang diperlihatkan itu kurang kita 'lihat', kurang diperhatikan betul-betul dan ambil pengajaran. Open your eyes, look around yourself! Pengajaran, tarbiyyah daripada Allah itu terbentang luas, istimewa buat hamba-hambaNya. Istimewa! Tetapi kita kurang 'melihat'.

Kita memohon, "Ya Allah, tunjukkanlah kami kekuasaanMu."

Kita memohon, "Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang Engkau redhai."

InsyaAllah, Allah tunjukkan semua itu. Tetapi andaikata MATA itu tidak MELIHAT, iaitu mata hatinya tertutup rapat. Maka, apa jua yang hendak diperlihatkan itu tidak dapat kita ambil pengajaran/ibrah.

Jalan yang Allah redha? InsyaAllah, Allah sentiasa bimbing, tetapi jika kita sendiri tidak sedarkan diri, tidak cuba kejutkan diri yang lena. Maka, jalan itu tidak dapat kita lihat. Cuba bayangkan, kita mahu ikuti jalan, mahu kehidupan yang Allah redha tetapi dalam setiap inci perbuatan kita, ada atau tidak kita fikir, "Allah redha ke tidak dengan apa yang aku buat ni?" Ada kita fikir, "Allah suka tak hambaNya buat begini dan begini?"

Ya, benar.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa.
Manusia tidak dapat lari daripada melakukan maksiat.

Hatta golongan alim ulama' juga tidak terlepas, kerana kita bukan ma'sum.

Namun, tidak salah mencuba kan?
Tidak salah mencuba untuk jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang jauh daripada rahmat Allah. Tidak salah mencuba kan? Tidak salah untuk kita lakukan kan?

Tidak salah!

Pilihan itu ada dalam genggaman tangan kita,
Aturan hidup kita hanya dalam pengetahuanNya.

InsyaAllah, sama-sama bergerak ke arah zon putih, zon selamat.
Muhasabah itu penting, untuk nilai semua tahap iman dalam diri.

Andai kurang, tambah.
Andai stabil, istiqamah.

Sama-sama muhasabah.
InsyaAllah.

Waallahu'alam.

30/3/2012 Pantang tulis bab baitul muslim, timbul banyak spekulasi :) hentikan.

InsyaAllah sekadar satu perkongsian, mungkin boleh diambil pengajaran untuk contohi dalam keluarga. Lihat dengan mata hati, moga hati-hati ini masih segar, dan belum layu. Takkan pernah layu! InsyaAllah.

Jauhi kontroversi,
Tingkatkan prestasi,

Banyakkan muhasabah diri! :)

Wednesday, March 21, 2012

Rindu

Petikan daripada sebuah artikel. Kilik sini.

Kekasih Allah



Muhasabah cinta buat jiwaku dan jiwamu.
Re-fresh rasa RINDU pada yang HAQ!

Engkaulah utusan Allah, kekasih Allah s.w.t.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Ali ‘Imran: 31]

Wahai jiwa, cintailah Allah, cintailah RasulNya,

Pengorbananmu

Niat sucimu menyampaikan risalah Islam kepada manusia, dituduh dengan pelbagai tuduhan palsu dan hina.

Ketika engkau solat di Ka’abah, ‘Aqabah Abi Mu’it datang mencekikmu.

Suatu ketika engkau sedang sujud solat, engkau dilemparkan dengan najis sembelihan dan ditertawakan oleh musyrik Quraisy. Engkau menanggung pelbagai kejian dan maki-hamun. Wajahmu diludah. Engkau dan para sahabat diuji sehingga terpaksa makan daun-daun dan pucuk kayu semasa pemulauan.

Di Taif, engkau dilontar dengan batu-batu sehingga berdarah kedua belah kakimu.

Di tengah kehangatan perang Uhud, besi perisai menusuk pipimu. Dahimu dicalari, darah mengalir di wajahmu. Kesemuanya engkau hadapi dengan tabah, demi perjuangan dakwah ilAllah.


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [At-Taubah:128]

Nikmat Islam dan Iman yang mendamai di jiwa kami ummatmu, adalah hasil kegigihanmu. Terlalu hebat kegigihanmu, terlalu besar pengorbananmu.

Engkaulah Cahaya

Di saat kegelapan mengisi ruang hidup manusia, engkau hadir wahai Rasulullah.

Kegelapan yang menyesakkan dada dan menyedihkan perasaan manusia.
Kegelapan yang perlu kepada cahaya yang menyuluh jalan petunjuk.
Engkaulah cahaya wahai Rasulullah.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.


Dengan (Al-Quran) itu Allah memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan-jalan keselamatan, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada cahaya (Iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [Al-Maidah: 15-16]

Rindu

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “Sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”.

Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan)…[Riwayat Muslim]

Wahai jiwa, rindukah engkau kepada Baginda s.a.w. ?
Cintakah engkau kepadanya?

Inginkah engkau bertemu dengannya?
Apakah usahamu?
Di manakah mujahadahmu?

Kesempurnaan Iman

Daripada Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada dirinya, keluarganya serta seluruh manusia. (Muttafaqun ‘alaih)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata:

“Sesungguhnya engkau yang paling aku cintai daripada segalanya, kecuali diriku.”

Rasulullah s.a.w menjawab: “Tidak! Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, sehingga aku menjadi orang yang paling engkau cintai, walaupun terhadap dirimu sendiri.”

Umar terdiam sejenak, dia memahami bahawa hak Rasulullah s.a.w lebih penting daripada yang selainnya, lebih utama daripada seluruh makhluk termasuk jiwanya sendiri yang wajib dikorbankan demi Rasulullah, kerana bagindalah yang telah menyelamatkan jiwanya daripada api neraka.

Akhirnya Umar berkata: “Sekarang, demi Allah! Sesungguhnya engkaulah yang paling aku cintai walaupun terhadap diriku sendiri.”

Rasulullah s.a.w menjawab: “Sekarang (sempurnalah Imanmu), wahai Umar.” (Riwayat Bukhari)

Wahai jiwa,
Adakah baginda insan yang paling utama dalam hidupmu?

Ya RasulAllah
Ya RasulAllah,
Kami merinduimu
Kami ingin mencintaimu
Kami berusaha mencintaimu.

Maafkan kealpaanku, dalam menuruti jalanmu.
Maafkan ketidakgigihanku, dalam menghayati risalah Islam yang engkau perjuangkan.
Maafkan ketidaksungguhanku, dalam menyambung perjuangan dakwahmu.

**************

RINDU hanya pada yang haq, yang halal bagi kamu. InsyaAllah barakah Allah itu akan sampai terus ke hati yang akan membuahkan rasa tenang, bukan lagi resah atau gelisah.

RINDU hanya pada yang haq itu merupakan terapi hati untuk rasa bahagia, bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat sana. Di mana ada redha Allah, maka itu yang kita cari-cari. Bukan lagi menjauhi tetapi mendekati.

RINDU hanya pada yang haq akan membuatkan kita selalu ingat matlamat hidup kita, sentiasa sedar dakan setiap tindakan, walaupun gerakannya hanya seinci cuma. Namun, itu dirasakan penuh makna.

Jika Rasulullah rindukan KITA?
Adakah KITA rindukan Rasulullah?
Apakah pembuktian rasa RINDU itu?

Tepuk dada, tanya apa guna hidupbernafas?
Tepuk dada, tanya apa guna hidup punya pancaindera?

Jom muhasabah di pagi hari :)
InsyaAllah.
Waallahu'alam.

21/3/2012 - Be productive muslim! :)

Productive + Proactive = ________FILL IN THE BLANK_______

Banyak sungguh mahu dikongsikan, mahu dicatat sebagai pengabadian. Namun apakan daya, alasan lagi! [muka innocent] ;)

Forensic posting --> District hospital & Famili medicine :)
InsyaAllah, Allahu yusahhil..

Wednesday, March 7, 2012

1234

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hari ini Allah memberi kesempatan untuk menulis lagi. Kadangkala bila ada perkara untuk dikongsi, ada idea untuk diluahkan, tetapi waktu itu juga tidak ada di hadapan laptop, maka perkara atau idea yang hendak ditulis akan hilang begitu sahaja. Alangkah ruginya!

Dalam hidup, masing-masing, semua orang berkehendakkan pembaikan dalam diri, juga dalam setiap aspek kehidupan. Kita berkehendak, Allah juga berkehendak.

"Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara."


Belajar daripada BUAH-BUAHAN macam dalam gambar ini, curi-curi gambar dalam folder. Buah-buahan ada pelbagai rupa, bermacam-macam rasa. Daripada bentuk luarannya, kita tidak tahu rasanya.

Daripada luarannya, bersih, berkilat!
Tetapi belum tentu dalamnya MANIS.

Daripada luarannya, ada hitam-hitam!
Tetapi belum tentu dalamnya MASAM, tak sedap!

Jika diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita, untuk kita menilai seseorang itu berdasarkan luarannya sahaja, itu semestinya tidak adil bukan? Sedangkan manusia itu dicipta lengkap luaran dan dalamannya. Tidak adil bukan.

Belajar lagi, untuk tanaman buah-buahan yang elok, berkualiti, bukan bermula saat ia dipetik daripada pokok, tetapi bermula sejak pokok itu ditanam.

Bagaimana bajanya?
Di mana kawasan ia ditanam?
Bagaimana proses penjagaan pokok itu?
Itu semua diambil kira!

Begitu jugalah dalam kehidupan kita, generasi itu dibentuk daripada akar umbinya. Bukan sejak detik kelahiran itu tetapi sejak di dalam alam rahim lagi. Didikan, tarbiyyah yang berterusan dengan matlamat yang jelas itu, InsyaAllah akan melahirkan generasi yang patuh dan taat padaNya. Jom bersama generasi ummah membangun!

Kita bukan hanya perlukan family planning,
Tetapi juga LIFE PLANNING!

Kerana dalam perjalanan ini, ada dua, sama ada matlamat itu dicapai atau hanya berhenti di pertengahan jalan di saat telah tercatat di Luh Mahfuz untuk kita tinggalkan dunia ini, untuk meneruskan perjalanan di alam yang lain. Begitulah keunikan ciptaanNya yang sering berkait dengan kehidupan seharian kita.

1234!

Berkehendakkan diri untuk terus matang, untuk terus bergerak ke hadapan.
Berkehendakkan diri untuk terus tambah nilai ilmu, terus baiki lubang-lubang kejahilan.

InsyaAllah.

Banyakkan muhasabah.
Ingat Allah more than 24 hours boleh?
Tekad! Kena lumba-lumba ni!

:)

InsyaAllah.
Waallahu'alam.

7/3/2012 Mohon doa semua! Agar perjalanan ini ada bimbingan dariNya. InsyaAllah.

1234! Terima kasih semua!
Bakal pulang, Allahu yusahhil...
Bakal masuk tahun 4! Alhamdulillah..1234!
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates