Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, January 19, 2012

Parking



Duduk diam-diam, fikir dalam-dalam...

Kenapa perlu malu?
Untuk bertanya perkara yang perlukan kepastian,
Sanggup membiarkan diri tertanya-tanya jawapan yang belum tentu betulnya,
Selepas itu membuat andaian yang bukan-bukan,
Sehingga kadangkala timbul fitnah yang membawa kepada Murka Allah.

Kenapa perlu malu?
Untuk pakai baju longgar-longgar,
Untuk kenakan pakaian yang labuh-labuh,

Kenapa perlu malu?
Untuk menadah tangan membaca doa di khalayak ramai,
Nampak pelikkah?
Risau dianggap menunjuk-nunjukkah?
Tanyalah fatwa hatimu.

Ya, malu untuk berbuat baik? Salahkah?

Begitu banyak persoalan, namun kesimpulannya, kini kita malu kepada kebaikan. Sedangkan kebaikan itu yang perlu kita dekati, dekat-dekatkan diri dengan zon putih. Ya, malu itu diletakkan pada tempat yang salah, tempat yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya,

Kenapa tidak malu?
Untuk berpegang-pegang tangan,
Untuk bermesra-mesraan dengan lelaki atau perempuan ajnabi,
Sebaliknya itu dijadikan kebanggaan,
Sebaliknya itu dijadikan satu kelebihan.

"Aku ada makwe, kau ada?"

"Pakwe aku romantik tau, kau ada?"

Kenapa tidak malu?
Untuk melebihkan perkara-perkara dunia berbanding akhirat,
Adakah lupa bahawa hidup ini ada akhirnya?

Kenapa tidak malu?
Untuk mendedahkan apa yang perlu ditutup rapi,
Untuk membiarkan perhiasan diri menjadi tontonan ramai,
Sebaliknya itu menimbulkan rasa tinggi diri,
Sebaliknya itu menjadikan diri rasa sangat-sangat sempurna.

Ya, malu itu salah tempatnya.

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan sebahagian daripada Iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.

Malu adalah lambang iman, lambang keutuhan iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” [Riwayat Bukhari]

Bahaya kan? Tanda-tandanya sudah mula hilang sudah kita lihat depan mata. Hilang sedikit demi sedikit, tanpa kita sedar atau pun tidak. Nilai ini kian terhakis, hilang. Jika ada sekalipun, tempatnya juga telah salah. Malu itu tidak lagi pada tempat yang sepatutnya.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan." [Hadis riwayat Ibn Majah]

Berhati-hatilah!
Jangan leka mahupun alpa.

Jangan biarkan manusia yang dicipta sebagai semulia-mulia umat ini menjadi seorang yang dibenci dan menjijikan. Pelihara diri sebaiknya sebagaimana penciptaan manusia itu iaitu dicipta dengan sebaik-baik kejadian. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang bermaksud: "Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Ya, malu itu menghasilkan kebaikan andai diletakkan pada tempat yang betul. Dan kebaikan ini akan kelak memandu kita melakukan hal-hal yang bermatlamatkan redha Allah. InsyaAllah.

Jom letak malu pada tempatnya!
InsyaAllah.
Right PARKING :)

Sharing..Jom, BACA!



Bilakah masa ini akan tiba? Graduasi!
2 more years, InsyaAllah.
May Allah ease our way..till END.

Sesiapa yang bakal bergraduasi tahun ini, TAHNIAH!
Kejayaan itu titik permulaan untuk lebih dekat dengan Tuhan.
Kerana Dialah yang menganugerahkan detik itu.

Waallahu'alam.

19/1/2012 BM!

Balik esok! InsyaAllah..adakah bakal besarkan badan di rumah? :)

Wednesday, January 18, 2012

Hadiah



Ku tahu betapa risaunya hati seorang ibu,
Yang membenarkan anaknya merantau jauh mencari ilmu.

Ku tahu betapa beratnya hati seorang ibu,
Yang membenarkan anak yang pernah terlantar di atas katil hospital ini untuk pergi jauh.

Ku tahu betapa risaunya hati seorang ibu,
Yang membenarkan anaknya merantau jauh tanpa jagaan siapa-siapa.

Ku tahu itu.
Manusia itu dibawah jagaan Tuhannya :)

Hari ini, ku bawa hadiah berharga pulang, selepas setahun mengulang.
Ya Allah, inilah saat dan masanya untuk ku teguhkan langkahan.

Ku tahu dia risau,
Risau diri ini tidak mampu bertahan.

Percayalah,
Anakmu tidak akan sesekali putus harapan,
Anakmu tidak akan sesekali patah semangat,
Anakmu tidak akan sesekali hentikan langkahan.

Hadiah, untuk ibu bapa itu bukanlah harta, bukan juga wang ringgit berjuta-juta. Cukup dengan kasih sayang, itu cukup membahagiakan. Kerana apa? Kerana harta itu tiada kekalnya, wang ringgit itu juga apabila tiba masanya akan habis dibelanja. Dan kasih sayang pula itu punya nilai yang sangat tinggi, kasih sayang yang luar biasa, tidak pernah pudar.

Kasih sayang anugerah Allah :)
Sungguh membahagiakan!

Hadiah, ibu bapa tidak berkehendakkan semata-mata anaknya cemerlang dijulang.

Cuba lihat,
Menerusi panggilan telefon sendiri ada buktinya,
"Mama, sihat?"

"Alhamdulillah, mama sihat. Amal? Dah makan belum? Tengah buat apa tu?"
Lihat!

Pertama, kesihatan menjadi perhatian ibu-ibu kita. Sihatkah anaknya ini?

Kedua, pemakanan menjadi satu isu utama :) Apabila perut lapar, susah mahu fokus pada pelajaran, makankena cukup, usah berlebihan. Berlebihan itu cuma anjuran syaitan.

Ketiga, kegiatan anaknya sangat-sangat ingin diketahui. Mana tahu anak itu lalai, leka dengan perkara yang sia-sia. Ibu, pendidik yang paling setia, tidak kira di mana kita berada.

Setelah panjang-panjang berborak,
Barulah ditanya,
"Macam mana belajar?"

"Alhamdulillah, baik-baik aja. InsyaAllah."
Keempat, pelajaran anak itu tidak pernah dilupakan, bagi memastikan niat dan matlamat menuntut ilmu itu tidak pernah dilupakan. Fokus pada matlamat!

Ibu-ibu itu sangat-sangat istimewa.
Tidak kurang juga ayah-ayah :)

Ya, sangat merindui arwah ayah.
Rasa mahu bagi hadiah juga, InsyaAllah hadiah doaku sentiasa ada buatmu.
Seorang ayah yang sangat-sangat istimewa.

"Babah, Amal sayang babah! Sangat-sangat!"
Anugerah, teman gurau NO.1!

Hargai selagi masih ada, itulah anugerah Allah paling berharga.

InsyaAllah.
Jom sama-sama...

Aim, jadi anak soleh/solehah!
Aim, jadi pelajar yang sentiasa terpelihara niatnya!
Aim, jadi ......

Last but not least, paling penting!

Aim, jadi HAMBA ALLAH yang sedar!
Aim, jadi HAMBA ALLAH yang patuh dan taat!
Aim, jadi HAMBA ALLAH yang tahu bersyukur!

InsyaAllah.
Usaha bergerak, melangkah ke zon putih!

Waallahu'alam.

18/1/2012 Makin dekat! Bersediakah?

Wahai anak-anak, jangan lupa jasa ibu ayah.
Wahai anak-anak, jangan lupa untuk berbakti!
InsyaAllah.

Hadiah buat mama! :)
All yours!
From Allah, the greatest creator.

Thank you Allah!
Alhamdulillah.

Next

"Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantalkan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan."
~~~♥ ♥ ♥ Sheikh Abdul Qadir Jailani ♥ ♥ ♥~~~

Kata-kata penuh makna.

Dalam menjalani aliran takdir itu bukanlah bermakna tidak ada gerak kerja untuk menjadi baik, bukanlah hanya berserah tanpa usaha ke zon putih.

Malah, sebaliknya berusaha untuk sentiasa redha dengan setiap aturan dan juga mencari jalan untuk jalani hidup ini sebaiknya sebagai seorang muslim. Namun,untuk merealisasikan gerak kerja serta hayunan langkah ini bukanlah mudah. Ya, tidak semudah yang disangka.



Tahun 2011 sudah beberapa minggu melabuhkan tirai. Kini agenda 2012 sudah beratur untuk dilaksanakan. Walaupun sebahagiannya masih dalam pengetahuanNya, namun kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua agenda hidup yang telah ditetapkan buat kita.

Ya, apa jua.

Kerana setiap aturan itu adalah sebaik-baik JALAN buat kita.

Tahun 2011, merakam pelbagai kenangan, suka dan duka semua ada. Juga mengerakkan diri supaya menjadi lebih dewasa daripada sebelumnya, seiringan dengan peningkatan usia dengan bertambah angkanya. Moga juga bertambah amalnya, dalam persiapan diri membina jalan pulang yang terbaik bertemu Dia.

Islam agamaku,
Itu juga yang tercatat, ternyata dalam kad pengenalan kita.
Tetapi sejauh mana kita mengamalkannya?

Islam agamaku,
Itu juga tercatat dalam maklumat peribadi column agama.
Tetapi sedalam mana kita menghayati, memahami agama kita?

Inilah masanya untuk bergerak ke zon putih, yang jernih tiada yang meragukan. Untuk bergerak perlukan langkah, perlu ada permulaan. Adakah kaki akan melangkah sendiri andai tiada kemahuan daripada dalam diri?

Dan lagi satu, jangan biarkan bayang-bayang kita dahulu menjadi penghalang untuk kita bergerak ke zon itu. Bayang-bayang turut berubah mengikut keadaan, biarkan bayangan semalam menjadi pengajaran untuk kita lebih berwaspada dengan tipu daya dunia.

Stand up!
Fokus pada matlamat akhirnya.

Matlamat tahun baru, 1433H.

Pelbagai agenda telah dirangka, namun Allah jua yang menentukan.
Sama ada terjadi ia, atau diaturkan olehNya agenda yang jauh lebih baik, tanpa kita sangka-sangka. Maka dengan itu, sila bersangka baik. InsyaAllah dengan bersangka baik itu akan membuat hati kita tenang. Kerana setiap saat, setiap dengan itu adalah dalam pengetahuan dan rencanaNya jua.

NO DOUBT!



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah masih memberi kita ruang untuk mencari jalan pulang yang terbaik.
Maka dengan itu, peluang akan digunakan dengan sebaiknya.
InsyaAllah.

InsyaAllah bakal melangkah setapak ke hadapan.
Dengan harapan, redha Allah ada bersama-sama.

InsyaAllah.
InsyaAllah.
InsyaAllah.

18/1/2012 Posting surgery :) Nice knowledge to know.

Call mama nangis-nangis, tangisan gembira seorang ibu. Menangis sama-sama :D
"Mama, terima kasih kerana doakan Amal!"
Next step! InsyaAllah.

Sahabat-sahabat, kita sama-sama akan melangkah lagi,
dengan satu tujuan dan harapan. InsyaAllah.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates