Bagaimana kita memanfaatkan baki hidup yang ada?
Sebelum itu, dipanjatkan seinfiniti kesyukuran kepadaNya atas segala anugerah, insan-insan di sekelilingku. Insan-insan istimewa, yang memberi aku peluang untuk belajar daripada mereka sama ada pada waktu sedar atau sebaliknya.Ya, dilihat luarannya gah, peramah,
Namun hatinya mudah luntur, goyah,
Ya, dilihat luarannya ceria, gembira,
Namun hatinya sedih tanpa suara,
Itulah insan bergelar manusia, yang berpotensi menjadi insan hebat pada pandanganNya. Kenapa? Mereka tahu apa yang mereka rasa, mereka tahu lemah itu pemusnah dan dilawannya dengan pelbagai cara. Mereka insan luar biasa! Teruskan berusaha dan nantikan hasilnya, InsyaAllah tidak mengecewakan.
Carilah DIA dalam segala urusan kita, mohonlah pimpinan dariNya agar kita tetap berada atas landasan sebenar dan tidak tersasar daripada apa matlamat yang ditetapkan.
Carilah DIA dalam solatmu,
Carilah DIA dalam doamu,
Carilah DIA dalam zikirmu,
Ingin berkongsi sedikit kisah yang mengetuk-ngetuk diri ini sewaktu di MPPB baru-baru ini. Datang seorang insan yang tidak dikenali selama ini, menghampiri dan memperkenalkan diri, juga apa hajat di hati.
Antara isi perbualan itu,Pertamanya, kepada ibu dan ayah,
"Akak, penting sangat ke solat ni?"
Terkejut tanpa kata-kata.
"Adik solat selama ni, apa yang adik rasa?"
"Tak rasa apa-apa, rasa kena paksa. Kalau tak solat, tak dapat apa yang saya minta."
Hati tiba-tiba luntur, sedih. Istighfar dalam-dalam.
Didiklah anak-anakmu dengan agama. Jangan sampai insan yang dahulunya suci ini kotor disebabkan tangan kita-kita sendiri. Ambil tahu, jangan biarkan hati insan-insan ini kering kontang apabila taman-taman hati mereka tidak disirami dan dibajai.
Kasihanilah mereka.
Mereka, insan-insan yang berhak mengenal agama mereka sendiri.
Keduanya, kepada insan itu,
Agama Islam itu indah dan lengkap, selengkap-lengkapnya. Maka amalkanlah secara keseluruhannya. Jangan tinggalkan yang kecil-kecil kerana barangkali yang kecil-kecil itu juga yang akan melengkapkan atau merosakkan amalan kita.
Juga pesanan buat diri ini.
Sedarlah wahai diri, ramai lagi insan lain yang memerlukan.
Kenapa perlu berdiam diri?
Terima kasih kepada adik itu kerana banyak mengajarku, suburkan taman-taman yang selama ini kering. Namun, kita-kita tidak mampu mengubah persepsi, tidak mampu menjadikan orang lain beriman atau tahu agama. Kita hanya manusia yang bergelar hamba.
Ubahnya persepsi,
Tingkatnya prestasi,
Semua itu dengan berlaku apabila terbuka pintu-pintu hidayah,
Hidayah itu DIA yang punya, bukan milik kita.
Maka, usaha dan mohonlah.
Itulah ikhtiar kita.
Cukup pendahuluan, intro, muqadimah entry ini :)
Sebenar-benarnya, ingin berkongsi konsep belajar atau menuntut ilmu daripada tokoh-tokoh ini. Mudah-mudahan semangat belajar itu meningkat, tekad pula melekat kuat-kuat dalam diri. InsyaAllah.
Menurut Imam Al-Ghazali,
Pendekatan belajar dalam mencari ilmu dapat dilakukan dengan melakukan dua pendekatan, iaitu ta’lim insani dan ta’lim rabbani.
Ta’lim insani adalah belajar dengan bimbingan manusia. Pendekatan ini merupakan hal yang lazim dilakukani oleh manusia dan biasanya menggunakan alat indrawi yang diakui oleh orang yang berakal. Alat-alat indrawi adalah seperti mata, telinga, mulut dan segala pancaindera, anugerah istimewa daripadaNya. Segalanya ada, maka syukurilah, manfaatkan anugerah ini sebaiknya.
Menurut Imam Al-Ghazali lagi, dalam proses belajar mengajar sebenarnya terjadi eksplorasi pengetahuan sehingga menghasilkan perubahan-perubahan perilaku. Percaya atau tidak, maka percayalah. Kerana apa? Kerana apabila kita tahu sesuatu perkara, berlaku perubahan dalam diri dan diri-diri ini akan cuba mengambil tahu lebih lagi supaya betul-betul tahu. Eksplorasi ini panjang, perjalanannya jauh, maka bersabarlah dalam menuntut ilmu.
Apabila kita menjadi tahu, maka berlaku perubahan secara perlahan-lahan. Contoh termudah, apabila anak-anak diajar, harimau itu garang. Maka kanak-kanak akan menjauhinya.
Selain itu, apabila dikatakan pada si kecil,
"Tak baik tipu, berdosa tau, Allah marah."
Maka si kecil pun memahaminya mengikut cara si kecil itu sendiri. Takut untuk berbohong, sentiasa bercakap benar walaupun yang benar itu akan membuatkan si kecil itu dimarahi. Kepada penjaga si kecil ini, hargailah kejujuran mereka. Mereka insan istimewa! Selain itu, si kecil ini suka menyampaikan, membuatkan mereka bertambah istimewa.
"Tahu tak, mama kita kata tak baik tipu, berdosa, Allah marah."
"Tahu tak, mama kita kata tak baik mencuri, berdosa, Allah marah, nanti tangan kena potong."
:)
Tetapi, sedarkah kita,
Apabila kita meningkat dewasa, begitu susah untuk menyampaikan kebenaran.
Mengapa? Kita ada jawapan.
Teruskan.
Menurut Al-Zarnuji,
Belajar bernilai ibadah dan mengantarkan seseorang untuk memperoleh kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Oleh yang demikian, belajar harus diniati untuk mencari redha Allah, kebahagiaan akhirat, mengembangkan dan melestarikan Islam, mensyukuri nikmat akal, dan menghilangkan kejahilan.
Belajar atau menuntut ilmu adalah manifestasi rasa syukur manusia sebagai hamba kepada Allah SWT yang telah mengurniakan akal. Buah ilmu adalah amal. Pengamalan serta pemanfaatan ilmu hendaklah berpaksikan keredhaan Allah, iaitu untuk mengembangkan dan melestarikan agama Islam dan menghilangkan kejahilan, baik pada dirinya mahupun orang lain.
Inilah buah daripada ilmu yang menurut al-Zarnuji akan membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.
Al-Zarnuji adalah salah seorang tokoh pendidikan abad pertengahan yang telah memberikan solusi atau penyelesaian tentang bagaimana menciptakan pendidikan yang tidak hanya berorientasi pada keduniaan saja, tetapi juga berorientasi keakhiratan.Bagi bakal-bakal guru atau pendidik,
Menurut Al-Zarnuji,
Para guru harus memiliki perangai yang terpuji.
Guru disyaratkan memiliki sifat wara’ (meninggalkan hal-hal yang terlarang), memiliki kompetensi (kemampuan) dibanding muridnya, dan berumur (lebih tua usianya).
Di samping itu, al-Zarnuji menekankan pada "kedewasaan" (baik ilmu mahupun umur) seorang guru. Hal ini senada dengan pernyataan Abu Hanifah ketika bertemu Hammad, seraya berkata: "Aku dapati Hammad sudah tua, berwibawa, santun, dan penyabar. Maka aku menetap di sampingnya, dan akupun tumbuh dan berkembang."
Sumber : Klik di sini
Muhasabah diri [wahai penulis, sila ketuk diri sendiri]
Dimana kita letak darjat ilmu itu dalam diri kita?
"Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat." [Surah Al-Mujadalah, ayat 11]
Rebut peluang dan ruang!
Waallahua'lam.
2/6/2011 Detik itu kian hampir, rebut peluang dan ruang!
Belajar daripada apa jua keadaan, daripada manusia mahupun Tuhan.
Selamat menuntut ilmu!
Kepada yang bakal bekerja, selamat menjalankan tugas.
Betulkan niat, ikhlaskan hati.
Jagai taman, jagai bunga :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment