Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, August 1, 2010

Y 317 : Senyum

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Wadah perjuangan tidak akan terhenti walaupun kadangkala tenang ibarat tiada apa-apa yang berlaku. Luka. Bila luka pasti rasa sakit, perit menahannya. Tetapi bila sembuh luka itu, apa yang tinggal, parut atau tiada kesan pada badan.

Luka zahir, mudah diubati tetapi luka batin ini sukar dikesan, apatah lagi dirawati. Rasulullah sendiri seringkali dilukai, zahir dan batin baginda sering terluka. Tetapi Rasulullah tetap sabar, masih mampu tersenyum :) Itulah yang patut kita contohi. Dalam perang Uhud, Rasulullah terjatuh dalam lubang hingga berdarah, tercabut gigi baginda. Dalam menyampaikan dakwah kepada orang awam, orang quraisy Makkah, baginda dilempar dengan batu dan najis tetapi baginda tetap bersabar dan mampu tersenyum. Hinaan, cacian menjadi makanan sehari-hari dalam usaha menyampaikan kebenaran kepada seluruh masyarakat.

Luka diubati dengan senyuman [kurang sakitnya]
Antibotiknya, redha dan yakin pada Allah.
Balutannya adalah iman dan taqwa.

Nabi S.A.W merupakan manusia yang paling banyak tersenyum sehinggalah di saat-saat akhir hayat baginda. Di antara beberapa peristiwa yang paling berkesan di hati ialah kejadian terakhir dari senyum Nabi S.A.W dan sekaligus menjadi penutup dari senyuman-senyuman dalam hidup baginda. Senyuman baginda merupakan pantulan keredhaan terhadap umatnya.
Anas bin Malik r.a. berkata: “Sesungguhnya Abu Bakar solat (menjadi imam) ketika Nabi S.A.W sakit yang disusuli dengan kewafatan baginda. Pada hari Isnin ketika kaum muslimin berada dalam saf, Rasulullah menyingkap kain tabir bilik lalu memandang ke arah kami dalam keadaan berdiri seakan-akan wajah baginda ibarat sehelai kertas. Kemudian Rasulullah S.A.W tersenyum. Kami seperti bingung ketika bersolat kerana merasa gembira Nabi S.A.W akan keluar. Abu Bakar undur ke belakang untuk mencapai saf dan menyangka baginda akan keluar untuk mengimamkan solat, namun Rasulullah memberi isyarat dengan tangannya yang bermakna: “Selesaikanlah solat kamu!”. Kemudian baginda masuk dan menjatuhkan kain tabir.” Anas berkata : “Rasulullah wafat pada hari itu juga.”(Riwayat Muslim).
Dalam riwayat lain, Anas bin Malik berkata, “Kali terakhir aku melihat Rasulullah tersenyum adalah ketika baginda membuka kain tabir pada hari Isnin.”(Riwayat Muslim)
Senyuman Rasulullah menggambarkan indahnya akhlak baginda.
Senyuman kita?

Orang selalu kata, "senyum..senyum, ada maksud lain la tu" :)



Maka senyumlah, kerana pada senyuman itu ada kuasa luar biasa :) dapat mengindahkan taman-taman hati kita. Supaya redha dengan segala ketentuanNya.


Senyumlah kerana disana ada penawar.
Senyumlah kerana disana ada gula :)
Senyumlah kerana disana ada sedekah yang tidak ternilai harganya..

Senyum itu tiada impak sekiranya hanya senyuman meleret tanpa pimpinan daripada hati untuk mengingati Allah, tunduk, patuh dan bertawakal kepadaNya. Senyum dengan kerendahan hati, senyum itu nikmat, dengan senyuman kita bersedekah. Senyumlah pada tempatnya, sesuai dengan keadaannya.

Waallahu'alam.

1/8/2010 Jika melukai itu jalannya, kita turuti jua. Semoga kelak rasai nikmat hidup berTuhan, tindakan bersebab dan bermatlamat, fikirkan jika mahu melihat, renungkan jika mahu fahami.

Ayat amal semakin berfalsafah, siapa yang dapat memahami. [berfalsafah ke berbelit-belit?] :) InsyaAllah perlu perbaiki diri, persediaan hari mendatang.

Mama, anak mama makin membesar ni :D
Alhamdulillah Allah beri amal peluang menulis lagi..suka3 :)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates