B-B -- Belek-belek
Inilah hasil belek-belek, di saat mengadapi peperiksaan ini. Ini yang sempat dibuat, belek-belek. Teringat segala kenangan lalu, walaupun yang baru berlalu.
Hargai persaudaraan yang terjalin. Kerana esok lusa, belum tentu indahnya seperti hari ini.
B -- Bintang
Bintang-bintang dilangit menghiasi malam-malam yang tenang. Seperti ukhwah yang terjalin di sana-sini, wujudnya dalam suasana damai di bumi sejahtera milik Tuhan.
B -- Bulan
Cahaya bulan pantulan matahari menerangi setiap penjuru alam mengikut peredarannya. Pantulan cahayanya meluas, menarik perhatian siapa sahaja yang sedar akan kewujudannya. Juga ibarat ukhwah yang indahnya ibarat bulan purnama, buat hati-hati yang inginkan cahaya cinta Tuhan bersatunya kerana Yang SATU.
"Dulu kita suka tengok bintang dan bulan di matrik. Indahnya, subhanAllah. Ya, di sana aku belajar banyak perkara. Terima kasih bulan, bintang. TERIMA KASIH ALLAH"
Waallahu'alam.
29/8/2010 Nak tambah lagi..sambung belek-belek nanti..
B-B -- Budak Baik...Jom jadi budak baik!
:)