Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, April 25, 2009

Mutiara Dasar Lautan

Assalamualaikum,

Jam 12:10 --> 25th April 2009

Hikmah? Apa itu hikmah? Hikmah itu boleh diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin. Perkataan ini selalu kita perkatakan. Ada hikmah disebalik setiap ujian dan musibah yang melanda. Em, hikmah, di mana??

"Hikmah itu adalah barangan tercicir (dari tangan) orang mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang berhak terhadapnya" AL-HADITH

Bagaimana dengan mereka yang perasan akan barang yang tercicir itu, maka rugilah golongan itu. InsyaALLAH ada hikmah lain yang menanti. Bagaikan mutiara, ia berharga..tetapi untuk mendapatkannya perlu menyelam ke dasarnya. Berbagai rintangan dilalui untuk sampaike destinasi..bila digenggamnya mutiara itu, tidak akan dilepaskan. Cuma adakah mutiara itu akan dihargai atau disimpan sahaja. Cicirkan dalam almari..renung2kan.

Kadangkala hikmah itu ada depan mata, cuma samada kita sedar atau tidak. Interpretkan hikmah itu yang boleh membawa kebaikan pada diri dan insyaALLAH pada orang lain. Muhasabah diri, berfikir demi agama ISLAM nan indah =) InsyaALLAH keindahannya yang kita cari2 selama ini akan kita temui.



Keindahan ISLAM itu ada dimana2..tajamkan mata anda
(Tulisan Khat MPI 2009)

End of Block Exam baru je lepas..Alhamdulillah, pertolongan ALLAH ada dimana2, usaha perlu diikuti dengan tawakkal. Apa jua keputusannya kelak, akan diterima dengan hati terbuka. OSHA! Tak baca lagi..Exam Isnin ni.

Alhamdulillah, hari ini genap 20 umurku =) tua sudah..Tetapi apa sumbanganku untuk agamaku? YA ALLAH, semoga dengan ini dapat mentaqarrubkanku denganMu..bertambah umurku, bertambah amalanku, insyaALLAH.


Waallahu'alam.

"JANGAN BUTAKAN MATA KITA YANG CELIK, KURNIAAN ALLAH ITU PERLU KITA SYUKURI..HAYATILAH CIPTAAN-NYA"

5 Buah fikiran:

atiqahmki said...

sanah helwa, amal.
semoga diberkati selalu, dan bahagia dalam redhaNya.
=')

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

salam'alaik, atiqah..
syukran!
insyaALLAH, begitu juga buat atiqah..mcm mn lah keadaan atiqah skrg..hehe..take care~

Anonymous said...

salam,...khat tu amal buat kn? mabrook!! menang kan??
kak fatin here...
sesungguhnya hikmah yang diaturkn Allah itu mmg tersembunyi, hanya org bijak shj yg dpt merasainya dn moga segala dugaan yg kita tempuhi tidak melemahkan; bahkan menguatka n semangat kita utk terus berjuang kerana Allah!!!
nuruliman_fatin@yahoo.com

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

salam..kak fatin!!!
lme xnmpak kak fatin..
Aturan ALLAH itu adalah sebaik-baik pengaturan..adanya hikmah tersembunyi yg perlu kita terokai..yang perlu kita hayati..moga dugaan2NYA tidak sesekali melemahkan kita..berjuang dan terus berjuang..ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA~

Sayang kak fatin!!!
amalathirah@yahoo.com

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

khat tu masa pertandingan MPI..alhamdulillah, ada rezeki disini, sblum ni pernah masuk, tp xdpt menarik phatian hakim pun..mgkin tulisan ni lbh matang..hehe~

=)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates