Hari ni nak menulis agi..bukan selalu. Hari rabu depan nak balik dah..sebulan lps tu br balik, InsyaALLAH..lepas kursus hari tu, uish.letih n ada sedikit tensi0n =) tp sekejap je..dapat berhadapan dgnNYA, tenang rasanya.. x percaya? cubalah, jaminan peratusan yang infiniti! Kaedah yang mudah..tak memakan masa yang lama.
Cuma, lps solat..duduk then think what u've done..is't right? or it's a wr0ng way..fr0m that, u can improve urself to be closer to HIM..not t0o difficult..Just need a second! Ada riwayat yang mriwayatkan bhw BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAH SUNAT. Maaf ye, amal tidak pasti siapa perawi hadith ni =)
4 Disember 2007..Result? Alhamdulillah..Act, x yakin sangat. Tapi ALLAH tidak pernah memungkiri janji. Amal redha & akan berusaha kuat agi! Rancangan nak ke Timur Tengah..tp kita hanya merancang tetapi ALLAH knows better..Perangcangn DIA amat teratur..Jangan sesekali menyalahkan takdir dan nasib yang menimpa diri kita. Think n think..don't stop! Hikmah yang tersembunyi tidak akan terungkai sendiri, kita perlu usahakan. Hari ini nak cerita ape eh..nak bkongsi ilmu sedikit. Harap dapat dimanfaatkan~
SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah [lagh0!]
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al ashr 1-3)
Oleh yang demikian, sahabat2 sekalian, usah bazirkan waktu kalian [nasihat ini ditujukan juga pada diri sendiri..hehe] Harap dapat d manfaatkan bersama =) k, berhenti dulu setakat ini..waktu maghrib dah masuk. InsyaALLAH lain kali amal smbg eh~
Waallahu'alam
0 Buah fikiran:
Post a Comment