Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, December 24, 2007

Babah...

Hari ini...

Aku kehilangan orang yang tersayang..
Babahku pergi buat selama-lamanya..
Perginya dengan tenang..
Tanpa aku disisi..

Babah sihat..
Tapi siapa sangka..
Dengan tenang babah pergi..

Pergi bertemu Yang Maha Esa..

Babah..
Amal sayang BABAH..
BABAH, nasihat dan tunjuk ajarmu..
Tidak akan kulupa..
BABAH, janjiku akan kutepati..

Al-Fatihah..

Antara detik2 terakhir bersama BABAH,

>> Babah, makan sayur yer..ni amal beli nasi goreng lakna, beli kat jj..kat KMPk sedap bah!
>>>> Hehe..babah makan la ni..tapi kenapa sayur je dalam nih.
>> Ha'ah la babah, kat jj nyer x sedap (huhu...)..takpe, nnt masa babah hantar amal balik..kita g makan kat cafe KMPk yer..sedap bah!
>>>> Yela..nnt g cuba
>> Babah esok amal masak sayur utk babah..babah makan tau!
>>>> Hm =)


"Semoga BABAH ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beramal soleh, dan bertaqwa.. InsyaALLAH..Kepada ALLAH kita datang, kepadaNYA kita kembali..Maka, insafilah diri"

"Sesungguhnya HIDUP itu InsyaALLAH, manakala MATI itu pasti.."

Saturday, December 22, 2007

buZz (o_o)

Ha, ni ada satu image utk d kongsikn..d ambil dari www.senikehidupan.com website yang mantap! suka sangat..hehe..Harap kalian dapat bfikir sewajarnya. Think b0ut ur deen..u'll not regret! See it...say thank to SENI KEHIDUPAN. Nice pic =D

Nikmat ALLAH..tidak ternilai~

Assalamualaikum,

Hari ni nak menulis agi..bukan selalu. Hari rabu depan nak balik dah..sebulan lps tu br balik, InsyaALLAH..lepas kursus hari tu, uish.letih n ada sedikit tensi0n =) tp sekejap je..dapat berhadapan dgnNYA, tenang rasanya.. x percaya? cubalah, jaminan peratusan yang infiniti! Kaedah yang mudah..tak memakan masa yang lama.

Cuma, lps solat..duduk then think what u've done..is't right? or it's a wr0ng way..fr0m that, u can improve urself to be closer to HIM..not t0o difficult..Just need a second! Ada riwayat yang mriwayatkan bhw BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAH SUNAT. Maaf ye, amal tidak pasti siapa perawi hadith ni =)


4 Disember 2007..Result? Alhamdulillah..Act, x yakin sangat. Tapi ALLAH tidak pernah memungkiri janji. Amal redha & akan berusaha kuat agi! Rancangan nak ke Timur Tengah..tp kita hanya merancang tetapi ALLAH knows better..Perangcangn DIA amat teratur..Jangan sesekali menyalahkan takdir dan nasib yang menimpa diri kita. Think n think..don't stop! Hikmah yang tersembunyi tidak akan terungkai sendiri, kita perlu usahakan. Hari ini nak cerita ape eh..nak bkongsi ilmu sedikit. Harap dapat dimanfaatkan~





SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah [lagh0!]

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-
pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al ashr 1-3)

Oleh yang demikian, sahabat2 sekalian, usah bazirkan waktu kalian [nasihat ini ditujukan juga pada diri sendiri..hehe] Harap dapat d manfaatkan bersama =) k, berhenti dulu setakat ini..waktu maghrib dah masuk. InsyaALLAH lain kali amal smbg eh~

Waallahu'alam

Friday, December 21, 2007

Kursus ke makan angin?!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi peluang menghembuskan nafas di Bumi yang fana' ni. Dunia sementara tapi masih ramai yang lupa. Mengagungkan dunia hanya mbawa kepada kebinasaan. Bertepatan dengan perumpamaan :

"Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin,
dan ibarat syurga bagi orang yang kafir"

Dah lama tak update blog nih..nak kata bz, tak juga. Buat2 bz k0t..he3..31-2 Disember hari tu, saya ada mengikuti kursus kepimpinan ko-kurikulum. Byk ilmu baru yang diperolehi.

31 Nov 2007 :
Bertolak dari KMPk, x dapat hadiri taklimat isi UPU 'online' [rugi o0o0] tp apa leh buat, tanggungjawab+amanah dari kelab kami. Setiap kelab menghantar 4 org wakil termasuk saya, insan yang lemah ni..Banyak kekurangan yang perlu diperbaiki =) Di teluk batik, satu bilik 7 org..hush, best ramai2 nih..tp ada 2 katil [cuba bayangkan..hurm] amal satu bilik ngan Aliya Fatin, Nina, Zila, Faeza, dan Ika =D

1 Dis 2007 :
Setiap masa ada slot..penerangan ttg kertas kerja+minit mesyuarat+perlembagaan+tugas-tugas penting & byk lagi..x sume 'masyuk' [pepaham jelah ek...] Pada hari ini juga, pertemuan amal dengan BANAN.. [[lama dh nak jumpa tapi x jumpa2 juga..hehe] BANAN, KENAL TAK SAPA NI? hehe..BANAN, akhirnya kita bersua. Salam ukhwah fillah wa lillah~ Petang tuh kami berjalan2 kat tepi pantai..besh!

2 Dis 2007 :
Hari terakhir di teluk batik resort..sempat jugak la beli sedikit barang utk dibawa pulang ke rumah..utk roomate [utk amal?? hehe..x dapat nk beli c0z 'pulus' xcukup] tp xpa, family first..hehe. Akhirnya, alhamdulillah...sampai juga semula ke KMPk. Tak dapat nk cter byk2, byk kenangan..great mem0ry as a matriculation student~

Huhu...4 Dis 2007 adalah hari bersejarah! Result will come 0ut..nnt saya cter kemudian. Ada kerja nk siapkan nih. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates